8 + kim mingyu

88 27 37
                                    

yeorim's

" Lepaslah ! Sakit! Mingyu ! "

Jerit aku sambil meronta minta dilepaskan. Genggaman tangan Mingyu yang memegang erat lengan aku sangat kuat. Seakan rasa mahu patah tulang !

Mingyu membawa aku keluar dan kami tiba di hadapan pintu hotel. Mujur disini tiada orang melainkan kami berdua.

" Sayang , awak tak bagitahu saya pun kan yang awak dah balik. Kenapa ? Awak masih marahkan saya ke ? " soal Mingyu.

Aku membalas tikaman mata Mingyu dengan tatapan tajam. Lengan aku ditarik kasar dari genggaman Mingyu. Sebelah tangan mengusap lengan sendiri.

" Perlu ke awak tahu ? "

Sedaya upaya aku tahan dari membiarkan air mata jatuh. Aku tidak mahu nampak lemah di mata lelaki ini.

" Yeorim.. "

Mingyu menapak selangkah mendekati aku tetapi aku mengundur ke belakang. Aku melihat riak wajah Mingyu yang berubah sedih dan simpati kepada aku. Detak jantung aku kembali berdetak laju.

Sungguh tidak percaya lelaki yang dahulu hilang tanpa khabar selama lima tahun kini kembali munculkan diri di hadapan aku.

" A-awak buat apa kat sini Mingyu... " ucapku perlahan.

" S-saya rindukan awak Yeorim.. "

Tutur Mingyu dengan suara gementar. Ucapan itu buatkan aku semakin sesak. Ayat itu sudah lama aku tidak dengar.

Dari lelaki yang pernah menjadi cinta pertama aku. Lelaki yang sangat aku sayang dan cinta. Lelaki yang juga hilang tanpa khabar berita meninggalkan aku terpelosok seperti orang gila.

Dahulu kami bersama sehingga 5 tahun. Dari waktu zaman belajar tahun akhir di sekolah , kolej dan sehingga tamat kami di universiti.

Mingyu memutuskan hubungan kami selepas dia hilang selama setahun. Dengan meninggalkan alasan bodoh yang dia katakan aku dengan dia tidak boleh bersama.

Selama itu juga aku dihantui perasaan serba salah dan tanda tanya.

Apa salah aku ?

Dia tidak tahu sepanjang dia hilang lelaki ini hampir buatkan aku jadi gila. Seperti orang bodoh aku mencarinya di serata tempat termasuk di tempat kami selalu lepak bersama. Tetapi hampa.

" Yeorim , listen to me.. "

Sejujurnya sehingga ke hari ini aku masih tidak boleh melupakan Mingyu. Jauh dari sudut dalam hati aku yang aku masih cintakan dia tetapi akibat perbuatan bodoh dia, amat membuatkan aku kesal.

" Baliklah Mingyu... " ucapku dengan nada berat.

" Saya boleh explain semuanya. I'm so sorry Yeorim. Saya akan jelaskan- "

" Awak sedar tak apa yang awak dah buat pada saya ? Awak curang dengan saya banyak kali ! Tapi saya masih lagi maafkan awak ! Awak tinggalkan saya macam orang bodoh ! Awak putuskan hubungan kita tanpa sebab ! Awak tahu tak sepanjang awak hilang saya macam orang gila cari awak ! Awak seksa saya Kim Mingyu ! "

" Maafkan saya please ? Saya- "

" No ! Saya tak nak dengar apa-apa alasan dari awak. Jangan kacau saya ! "

Aku yang mahu pergi tetapi dihalang Mingyu. Dia berdiri di hadapan aku mahu menghalang laluan. Ini kalau aku jahat dah lama kasut tumit tinggi aku melayang masuk ke dalam mulut dia-

" Tepilah ! "

" Yeorim sayang dengarlah dulu. Saya bukan saja-saja nak hilang tanpa khabar. Saya betul-betul busy dengan life saya- "

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now