16 + abang derhaka

66 23 24
                                    

author's

Selesai mengalas perut Jungkook melangkah keluar dari kedai makan. Angin dingin malam membuatkan rambutnya bergerak akibat ditolak angin. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket sweater.

Selepas Yeorim pulang semasa mereka berdua berada di tingkat paling atas kondo Jungkook tidak pulang ke rumah malah dia keluar pergi ke kedai ingin mengisi perut yang lapar.

Sewaktu Jungkook melangkah melintasi satu lorong di belakang kedai secara tidak sengaja dia melihat seorang lelaki yang amat dia kenali bersandar pada dinding. Mata mereka bertembung.

Lelaki itu tersenyum sinis ke arah Jungkook.

Jungkook membulatkan mata. Bergegas Jungkook sambung mengatur langkah pergi meninggalkan lelaki itu. Sejujurnya Jungkook tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dia tidak suka dan benci.

" Jeon Jungkook! " langkah Jungkook terhenti. Lelaki itu memanggil namanya.

" Kau pura-pura tak nampak aku kan? Mana adab kau sebagai seorang adik? Tak pandai nak hormat abang sendiri ke? " sinis dia membalas.

Dia, Jeon Wonwoo. Abang sulung kepada Jeon Jungkook.

" H-hyung buat apa kat sini? " soal Jungkook gementar. Sekejap dia angkat kepala melihat abangnya dan sekejap dia tunduk memandang tanah. Takut.

Makin gementar tubuh Jungkook tika dia melihat Wonwoo melangkah mara ke arahnya. Sudahlah di kawasan sekitar diaitu tiada orang melainkan mereka berdua.

" Kau tahu kalau mama tahu yang kau masih hidup mesti mama akan cari kau. Mama menyesal sebab buang kau dulu. "

Jungkook terdiam.

" Yelah dulu kau kan anak manja kesayangan mama. Mama pun suka lebihkan kau dari aku. Tapi aku masih hairan, kalau mama lebihkan kau dari aku tapi kenapa dulu mama buang kau? Ouh, aku tahu. Sebab kau sakit. Kesian. "

" Diam hyung. " Jungkook menggenggam kedua tangan.

" Kenapa harta mendiang ayah yang kat Jepun semuanya mama serahkan pada kau sedangkan dulu mama buang kau? "

" Sekarang yang lagi separuh harta ayah di Sweden mama akan agihkan. Tch, aku tak tahu kenapa mama bodoh sangat nak bagi pada kau juga harta tu. Sedangkan selama perempuan tu hidup aku yang jaga mama bukan kau! Tapi kenapa kau yang dapat! " tengking Wonwoo.

Wonwoo mencerlung tajam ke arah Jungkook. Disebabkan Jungkook, selama ini Wonwoo hidup bagai hilang arah tuju. Semua harta diserahkan pada Jungkook. Wonwoo? Satu sen pun tidak dapat.

Macam Jungkook tidak tahu. Semasa mereka di zaman sekolah tinggi Wonwoo mencuri separuh duit syarikat milik ayah mereka untuk membeli dadah.

Selepas ayah mereka meninggal, disebabkan itu lah ayahnya tidak mahu memberikan harta-hartanya pada Wonwoo. Takut akan Wonwoo menyalahkan guna kesemua duitnya. Wonwoo pun masih belum bekerja. Dia selama ini menganggur dan selalu melepak di kelab malam.

Tetapi satu sahaja yang Jungkook tidak tahu. Kenapa ibunya sanggup membuang dirinya? Sedangkan mereka dahulu hidup serba mewah. Masih mampu untuk menanggung diri Jungkook yang istimewa ini.

" Sejak dari kita kecil aku memang dah lama berdendam dengan kau. "

Tubuh badan Jungkook ditolak kasar sehingga Jungkook jatuh menyembah tanah.

" Kau nak panggil Taehyung tu keluar? Panggilah! Suruh dia keluar! Biar dua-dua mati dalam tangan aku malam ni. " sinis Wonwoo. Sebelah tangan mengeluarkan pisau lipat.

Raut wajah yang tadi ketakutan kini berubah tegang.

Dalam sekelip mata, pisau ditangan Wonwoo dirampas. Perut Wonwoo ditendang kuat dan kini tubuh Wonwoo pula ditindih. Pisau lipat dihalakan di bawah leher Wonwoo.

" Ouh, tak semudah itu. Langkah mayat aku dulu, brother. "

Segaris senyuman penuh sinis dihadiahkan oleh Taehyung.

tbc.

abang derhaka, jeon wonwoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

abang derhaka, jeon wonwoo

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now