23 + child alter and jeon's family

39 4 0
                                    

author's

" Goodnight, Jungkook. "

Jungkook tersengeh. Padahal baru dapat mesej Yeorim tak sampai 5 minit dah buatkan dia rasa ada rama-rama bertebangan di dalam perut.

Kedua mata dipejam mahu tidur. Tidak sampai sesaat Jungkook kembali buka mata. Senyuman yang tadi lebar kini perlahan-lahan mati.

Dia teringatkan abang sulungnya Wonwoo.

" H-hyung dah bencikan Kook ke? "

Teringat kembali kenangan dia sewaktu dia kecil bersama abangnya. Mereka bergurau bersama dan terkadang bergaduh disebabkan hal kecil. Gaduh-gaduh manja.

Tetapi selepas umur Jungkook menginjak pada usia 7 tahun hubungan dia bersama Wonwoo makin renggang. Si ibu juga malah selalu melebihkan dirinya dan bukan pada Wonwoo.

Dan ketika itulah dia dengan Wonwoo selalu bergaduh. Puas si ibunya menyuruh mereka berhenti tetapi makin lama mereka kerap bergaduh. Sehinggakan Wonwoo sendiri pernah mahu membunuh dirinya dengan menolak Jungkook ke tengah jalan.

Mujur ketika itu, dirinya tidak dilanggar.

Tanpa sedar, air mata lelaki itu jatuh.

" Mama.. chim rindu mama... "

Lelaki itu menangis. Semakin teresak tangisan miliknya sehingga bergema di dalam bilik dia yang sunyi.

.

.

.

" Kamu kemana malam-malam ni? "

Tegur si puan jeon selepas melihat susuk tubuh anak sulung , Wonwoo yang barusan melangkah masuk ke dalam rumah. Tubuh si anak didekati.

" Kenapa dengan muka kamu ni Wonu?! Kenapa lebam ni?! Kamu bergaduh ke Wonu?! Jawab soalan mama! "

Tangan si ibu ditepis. Wonwoo menjeling ibunya sekilas sebelum melangkah memaauki dapur. Kelibat si ibunya diendahkan. Meja didekati kemudian penutup tudung saji dibuka.

" Mama tak masak ke? Laparlah! "

Tudung saji diletak secara kasar sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Sudahlah perut lapar ini pula ibunya sibuk bertanya kemana dia pergi tadi.

" Mama tak masak. Mama ingatkan kamu tak balik. Dah dua hari kamu tak balik, kamu pergi mana selama ni? Ni kenapa lebam ni? Kamu buat apa ni Wonu? kamu bergaduh kan?! "

Wonwoo mengguling biji mata. Terasa mahu berasap telinga. Bingit telinganya mendengar bebelan dari si ibu. Selamba Wonwoo melangkah menaiki tangga ingin pergi ke bilik.

" Kamu dengar tak ni Wonu?! Kamu pergi mana selama ni?! "

" Bisinglah! Mama dahlah tak masak! Aku laparlah! " tengking Wonwoo selamba.

" Jawab soalan mama kamu pergi mana selama ni hilang tak balik!? " Wonwoo menyerabutkan rambutnya geram.

Hal ini lah yang buatkan Wonwoo tidak suka pulang ke rumah. Pasti ada sahaja ibunya yang sibuk bertanya kemana dirinya pergi ketika itu.

Terkadang dia tidak pulang ke rumah paling lama pun empat hari. Ini baru dua hari hilang dah memekak bising. Rimas!

" Baru hilang dua hari dah memekak! Kira baiklah ni aku balik awal! Yang kau sibuk kenapa?! Selama ni mama pernah ke ambil tahu pasal Wonu! Tch, mama mana pernah kisahkan Wonu. "

" Jeon Wonwoo! "

" Aku pergi jumpa Jungkook lah! " Wonwoo terdiam.

" Kamu cakap apa? J-Jungkook? Kamu jumpa adik kamu ke Wonu? Kat mana cepat bagitahu mama! "

Mahu menangis si ibu tika mendengar nama anak bongsunya, Jungkook. Sudah lama anak bongsunya itu menghilang. Tapi sebab Wonwoo yang sebut dia pasti anaknya itu masih hidup.

" Tak habis-habis Jungkook! Sejak bila mama kisahkan pasal Jungkook huh? Mama lupa ke mama yang buang dia dulu? Sedarlah mama Jungkook tu dah nak anggap kita ni keluarga dialah! "

PANG!

Pipi kiri kian terasa kebas. Wonwoo berdecit sinis.

" Kamu cakap apa ni?! Mama tak pernah buang Jungkook! Mama tak ada niat pun nak buang dia! Ini semua untuk kebaikan dia! Jaga sikit mulut kamu tu Wonu! Siapa ajar kamu sampai jadi kurang ajar macam ni!? " Wonwoo mengguling biji mata malas.

" Jadi? Kenapa mama buang dia? Mama ada sorokkan sesuatu kan dari Wonu? Apa benda yang Wonu tak tahu tapi mama tahu, huh? " Wonwoo tersenyum sinis tika melihat ibunya terdiam.

" Dari kecil mama selalu lebihkan Jungkook. Wonu? Sebelah mata pun mama tak pandang. "

" Adik kamu dia sakit Wonu.. sebab tu mama- "

" Aku tahulah dia sakit! Dia jadi macam tu pun sebab mama sendiri! Mama yang buat dia jadi macam tu! "

" Tak sayang bukan macam tu- " si ibu yang mahu memegang tangan Wonwoo ditepis kasar.

" Jangan tanya aku kenapa aku jadi macam ni. Ni semua salah kau. Kau yang buat aku jadi macam ni! "

Lama ditahan kini air mata wanita tua itu gugur jatuh mengenai pipi. Kelibat anaknnya yang sudah masuk ke dalam bilik dipandang sayu.

" M-maafkan mama... "

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now