Khayla 1

181 14 4
                                    

Nama aku, Khayla Ameera. Hidupku sebelum ni suram. Kalau bilik yang gelap kerana tiada lampu, percayalah hidup aku lebih gelap dari tu. Tiada ada apa yang boleh terangkan ruangan bilik gelap itu. Setiap hari aku akan ulang melakukan perkara yang sama. Pergi sekolah, balik sekolah, makan, buat kerja sekolah kalau rajin dan tidur. Nak bosan pun aku dah tak mampu nak rasa perasaan itu. Sudah sebati.

Niat untuk menjadi pelajar top one tu tinggi tapi itulah, hanya niat sahaja. Kemalasan aku melanda seperti tsunami setiap hari. Buka sahaja buku, aku terus tutup. Sepuluh kali aku cuba faham topik tu, dua puluh kali lah aku makin terpesong. Dari faham konsep topik tu, aku terus buat konsep sendiri.

Macam buat sejarah sendiri. Tapi bersyukur tak pernah gagal lagi. Jangan pula tanya tentang matematik, hancur seperti hancurnya hati tak dapat penuhi makanan yang kita idamkan. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh masuk kelas STEM. Ambil biologi pula tu. Mungkin cikgu kesian tengok aku yang tergopoh-gapah ni agaknya.

Kawan? Seorang aje kawan yang betul-betul aku anggap dia sebagai kawan. Dia lah paling jujur dan paling boleh dipercayai. Aku panggil dia, Mai atau Umairah. Tapi dia tak suka orang panggil nama penuh dia. Jadi orang akan panggil dia Mai atau Umai. Setiap hari aku di sekolah, aku akan habiskan segala masa aku dengan Mai.

Kami berkongsi pendapat, berkongsi cerita dan berkongsi emosi. Dia segalanya untuk aku. Kalau dia tak ada, aku memang tiada siapa-siapa. Mungkin aku akan jadi manusia paling pendiam di dunia. Aku tak suka bergaul dengan orang lain. Susah nak terima orang baru dalam hidup. Bukan benci tapi aku susah nak berkomunikasi dengan orang yang tak rapat.

Orang akan kata aku sombong, kerek dan memilih tapi percayalah aku sememangnya begitu. Aku memilih untuk terima orang dalam hidup aku. Takut kalau dia rosakkan perjalanan hidup aku yang memang dah tak bahagia ni. Tapi bukannya sombong sampaikan tak boleh tegur. Aku lah manusia paling murah senyuman. Ceh, angkat bakul sendiri.

Lagi empat bulan nak bermula tahun baru. Bermakna aku bakal menjadi calon SPM tahun hadapan. Perkara yang menakutkan bagi semua pelajar. Penentu hala tuju masa depan. Takut dan juga tak yakin dengan diri sendiri.

"Meera, kau nak makan nasi lemak ke rehat ni?" soal Mai. Memang semua orang akan panggil aku Meera. Nama Khayla untuk keluarga. Walaupun aku dah bagi greenlight kepada Mai untuk panggil aku Khayla tetapi dia tetap juga memanggil aku Meera. Katanya dah selesa dengan panggilan tu, jadi aku iyakan sahaja. Takkan nak bergaduh pula kan?

Persoalan Mai, aku beri anggukkan sebagai jawapan. Aku tak tahu lah kenapa dia tanya aku nak makan nasi lemak ke tak hari ni, sedangkan setiap hari memang aku makan nasi lemak. Tiba-tiba dia hulur bekal makanan. Aku angkat kening kanan.

"Mak aku masak untuk kau sekali,"

Muka yang keliru terus berubah menjadi teruja. Bulat bersinar mataku memandang bekal yang kini berada di tanganku. Mujur Mai bagi ketika sudah rehat, kalau lama lagi nak rehat, aku dah kebulur macam tak makan setahun.

Kami duduk di pondok berdekatan dengan kelas. Buka sahaja bekal makanan, bau sambal berjaya membuatkan perutku berbunyi kerana lapar. Baru sahaja mahu menerima suapan pertama, Mai menepis tanganku.

"Baca doa dulu!"

Aku sengih lalu kami membaca doa bersama-sama dan dengan itu mula lah sesi pelahap aku.

Mataku bagai dikunci. Mmemandang segala pergerakkan seorang manusia yang aku tidak pernah nampak. Mai berkerut dahi. Dia pelik dengan tindakan aku. Dia turut memandang tempat yang sama aku pandang.

"Kau pandang mamat tu ke?"

Aku angguk.

"Kau kenal ke? Dia siapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni?"

Mai mengucap dahulu sebelum memberi jawapan untuk persoalan aku tadi.

"Kenal la. Kau memang Meera! Mana nak tengok muka-muka pelajar dekat sekolah ni! By the way, aku rasa satu sekolah ni kenal dia. Eh, tak! Menengah atas je yang kebanyakkannya kenal sebab dia jarang tunjuk muka dekat perhimpunan. Nampak baik tapi memang baik cumanya aku tak beberapa gemar sangat dengan perangai dia,"

"Kenapa pula?"

"Dia jenis pendiam. Tak bergaul sangat dengan perempuan. Aku puji benda tu. Ramai juga kawan-kawan kita cuba dekat dengan kita, tapi fuh cara dia elak tu sangat sakit hati. Tapi never mind, bukannya salah dia sangat. Cumanya, dia buat apa je dia nak. Eh, entahlah! Susah nak cerita pasal dia tapi ni aku cerita secara kasar lah,"

"Jadi, apa yang kau tak gemar sangat tu?"

Mai mengangkat bahu.

"Maybe cara dia?"

Aku diam seketika.

"Apa nama dia, Mai?"

"Imran Khan."

*

Nama Imran Khan melekat dalam otak aku dari semalam hinggalah sekarang. Entah apa aku fikirkan tentang nama tu sampaikan tak boleh ketepikan atau buang langsung. Takkan lah cinta pandang pertama kut! Mengarut betul kau ni, Khayla.

Haih, nampaknya aku kena lebih mengenali kawan-kawan aku selepas ini. Kalau tidak pasti aku akan tertinggal gossip yang berlaku di sekolah. Tengok lah macam sekarang, lelaki yang memang wujud lama di sekolah ni pun aku tak kenal, ini kan jawapan addmath.

Kaitan? Sebab aku tengah buat addmath sekarang ni. Rasa nak cabut kepala aku lepas tu buang dalam tong sampah. Tak ada satu pun yang logik aku boleh fikir untuk jawab soalan ni. Belajar lain, soalan yang keluar lain. Setiap hari aku akan persoalkan diri sendiri, kenapa lah aku ambil addmath?

Namun nak buat macam mana? Nasi sudah menjadi bubur. Aku pun tidak boleh undur masa. Boleh, dengan drop subjek ni. Tapi apa lah fungsi aku masuk kelas biologi tapi drop addmath. Mahu kena kejar penyapu dengan mak aku.

Telefon berdering. Tengok sahaja nama Mai yang tertera, aku terus menjawab panggilan. Girang suaraku menyapanya dari jauh.

"Amboi, apa yang kau suka sangat ni!"

"Tak ada apa! Aku dah gila buat addmath ni!"

"Kau buat ke termenung?"

Aku gelak. Tahu-tahu sahaja Mai ni. Nak nampak bijak sikit pun tak boleh.

"Kau dah siap ke?"

"Dah! Aku buat sendiri lepastu tengok jawapan Aisha. Kau nak tahu tak?"

Maka, bermulalah sesi gossip kami. Laju sahaja tangan aku tutup buku dan hempaskan badan di atas katil.

"Aku pelik kenapa Aisha boleh jawab soalan addmath cikgu bagi tu, rupanya dia dapat jawapan daripada Imran!"

Entah kenapa hatiku bagai dipijak. Mungkin sebab Mai cerita yang Imran tak suka bergaul dengan perempuan.

"Serius lah?"

"Ya, babe! Kau mesti terkejut kan? Aku berganda-ganda terkejut. Boleh pula si Imran tu bekerjasama nak bantu orang lain. Patutlah Aisha gembira macam dapat nombor artis kpop dia!"

Aku ketawa.

"Mungkin sebab Aisha tanya pasal belajar kut? Dia kan student top one,"

"Logik juga. Kalau betul, habislah Imran akan dihujani dengan semua gadis-gadis. Semua nak minta dia ajarkan."

"Ajarkan ke minta jawapan?" soalku semula.

Mai ketawa.

*

BINTANGWhere stories live. Discover now