Sudah lama aku tidak melihat dunia dengan keadaan yang tenang. Selama dua bulan ini, aku banyak sibukkan diri dengan kerja sehinggakan aku tidak ambil peduli tentang apa yang jadi di luar. Bangun pagi terus pergi kerja sampailah ke lewat malam baru pulang ke rumah.
Kalau kerja belum selesai, aku siapkan dulu sebelum tidur. Itulah rutih harianku selama dua bulan ini. Kini, rutin itu sudah tamat apabila projek kami sudahpun tiba di hari terakhir. Gembira dan bangga untuk diri sendiri. Tak sangka aku boleh jadi orang yang rajin macam ni. Satu pencapaian yang terbesar untukku.
Selama dua bulan ini jugalah aku berjauh dengan semua orang yang rapat di sekelilingku. Lagi-lagi Imran. Kalau Mai, kami akan berjumpa di rumah waktu sarapan. Jadi, ada jugalah topik berbual. Baru aku perasan sudah lama kami tidak bertemu mahupun mesej antara satu sama lain.
Jumpa dia waktu makan tengah hari pun tak. Aku pula langsung tak terfikir mahu jumpa dia di klinik. Mungkin Imran tak mahu kacau aku.
"Congratulations, everyone! You did the best!"
Semua orang menepuk tangan dan suasana office menjadi riuh. Inilah penutup yang ingin nanti-nantikan oleh semua orang termasuk aku. Hilang segala beban. Ringan sudah bahu aku. Selama ni berat fikir kerja tapi sekarang tak lagi. Aku dah boleh jalani rutin biasa seperti dulu.
"Bye, Meera! Jangan lupa lunch!" pesan Kak Syira.
"Bye, kak! Enjoy your lunch!"
Suka lah Kak Syira sebab dapat lunch dengan suami dia. Seronoknya ada suami yang caring. Selesai kemas meja, aku menuju ke pintu utama. Terserempak dengan Hafiz yang berjalan ke arah office ku.
"Hai, Meera! Long time no see!" sapa Hafiz. Tak sanga dia akan menegurku. Ingatkan dah lupa. Maklumlah, kami memang tak pernah berbual atau sapa menyapa.
"Hai! Lunch ke?"
Hafiz angguk laju dan mengusap perutnya.
"Of course! Perut kesayangan aku dah lapar, restoran pun dah panggil lai lai. So, kita kena makanlah!"
Aku ketawa kecil. Ada sahaja akal dia nak selitkan lawak. Dah lah aku ni cepat terhibur.
"Where's Imran?"
Biasa berkepit. Ni Imran hilang pula.
"Imran shift malam hari ni. Memandangkan kita dah terserempak, kau pun tengah single untuk hari ini dan aku memang single abadi, jadi marilah kita lunch sama-sama!"
Kali ni aku gelak kuat.
"Sure! Let's go!"
"Should I call Imran? Nanti Imran marah pula bawa kekasih hati dia makan tanpa minta kebenaran,"
"No need, Hafiz. He is not my husband,"
Hafiz mengangguk faham. Kami berdua berjalan menuju ke restoran pilihan Hafiz. Jarang orang yang bekerja di sini pergi makan tengah hari naik kereta. Biasanya mereka akan jalan kaki. Jadi jalan akan jadi sedikit sesak.
Menu restoran ni nampak sedap dan menyelerakan. Makin kelaparan aku dibuatnya. Disebabkan aku tak biasa di restoran ini, aku hanya ikut menu yang Hafiz pesan. Katanya sedap. Rasanya dia ni boleh dipercayai.
"Everything okay tak dekat klinik?" soalku ramah.
"Okay je. Cuma telinga aku ni kadang boleh jadi besar macam gajah sebab dengar luahan sakit orang. Tak pun kena dengar pesakit membebel bila kita bebel dekat dia. Tak tahu lah aku doktor ke pesakit tu doktor. Mungkin dia doktor level atas dari phd,"
Aku angguk.
"But Imran macam tak okay lately ni. Dia memang pendiam tapi sejak menjak ni makin bisu mamat tu. Kadang dia sanggup tulis pakai sticky note sebab nak jawab soalan aku. Aku ni dah macam orang gila pula. Asyik-asyik cakap dengan dinding,"
"Aik? Selama aku kenal Imran, tak ada pula dia buat macam tu!"
"That's why aku nak tanya ni. Kau gaduh ke dengan dia?"
Berkerut dahiku apabila menerima soalan begitu. Aku ni dah jarang mesej Imran apatah lagi berjumpa. Kalau gaduh tu adalah, itupun cerita masa sekolah menengah. Sekarang tak pernah bergaduh lagi.
"Mana ada gaduh. Aku dah lama tak mesej dia apatah lagi terjumpa mahupun terserempak,"
Tiba-tiba Hafiz memetik jarinya beberapa kali dengan muka yang bagaikan dapat jawapan. Aku menanti Hafiz untuk membuka mulut.
"I got it!"
"What?"
"Dia tunggu kau lah tu. Patutlah, dia selalu call perempuan tu! Nama dia tak silap aku, Mai. Imran selalu tanya dekat Mai,"
Melopong mulut aku. Mai tak pernah sebut tentang ni. Dah pandai berahsia minah ni! Patutlah kalau setiap pagi kami sarapan bersama, dia akan pandang aku dengan senyuman pelik. Ini kisah di sebalik senyuman tu.
"Tanya apa?"
"Nothing much. Just kau dah balik ke belum, kau makan ke tak. Tu je. Kadang aku dengar juga Imran kena bebel dengan minah nama Mai tu. Tapi Imran kata dia tak nak kacau. That's it,"
Rasa terharu pula aku dengar cerita Hafiz ni. Ingatkan Imran memang tak ambil kisah selagi aku tak mesej dia. Rupanya salah apa aku fikirkan sebelum ini.
Perbualan kami terhenti di situ sehinggalah selesai membuat pembayaran. Bergaduh jugalah aku dengan Hafiz. Masing-masing nak bayar tapi yang menangnya Hafiz. Kalau bab begini memang lelaki akan menang.
"Imran..."
Aku pandang Hafiz yang menggantungkan ayatnya. Lama kami berjalan sehinggalah mahu tiba di office barulah Hafiz hentikan langkahnya. Begitu juga aku.
"Imran apa?" soalku semula.
"Imran tak ada cakap apa-apa?"
Kepala aku menggeleng. Aku tak rasa Imran cakap apa-apa yang penting sekarang ni. Aku memeluk tubuh dan menjungkitkan kening. Nampak seperti Hafiz masih lagi befikir sama ada mahu beritahuku atau pun tidak.
"Come one! Just say it,"
"Ingat tak perbualan aku dengan Imran masa pertama kali korang jumpa tu?"
Perlahan kepala aku mengangguk sebagai jawapan.
"Aku just nak cakap, apa kau dengar masa tu semuanya betul. Tak ada sedikit pun aku bergurau dekat situ,"
Aku senyum. Senyum yang hampa.
"Aku tahu tapi aku tunggu Imran cakap pasal ni. Tapi dia tak pernah cakap apa-apa macam sebelum ni,"
"Actually, I don't know much about you and him. Imran tak cerita full story. Kau tahulah dia memang susah sangat nak bercerita lagi-lagi pasal diri dia. Aku tahu ni pun sebab aku korek,"
Aku angguk faham.
"So, apa point kau cakap pasal ni?"
Yakin sangat alasan Hafiz tadi bukan alasan utama. Pasti ada hal lain yang Hafiz mahu katakan. Sekali lagi, Hafiz kelihatan ragu-ragu.
"We should talk about this,"
"For what?"
"Nampak macam aku melebih tapi aku sebagai wakil untuk Imran. Aku nak dengar cerita daripada side kau dan aku akan cerita daripada side Imran. Don't get me wrong. Aku bukan nak masuk campur. Tapi aku nak kau tahu macam mana perasaan sahabat aku bila dengan kau. Well, in case something terjadi. Kau tahu apa yang kau sepatutnya tahu so that kau tak akan buat keputusan yang salah,"
"It's okay, aku faham. Sure! Bila kita nak talk?"
Hafiz tengok jam tangannya.
"9 malam. Tak jauh pun dekat taman depan tu dah okay,"
"Okay, boleh je! Tapi Imran bukan shift malam?"
"Tak apa, aku bagitahu Imran yang aku nak jumpa kau malam ni. At least, dia tak salah faham nanti,"
Aku angguk dan kami berpisah laluan. Malam ni, aku akan tahu segalanya. Semua soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan selama bertahun-tahun akan terjawab juga. Berdebar dan takut. Tiba-tiba aku bertanya pada diri sendiri, bersediakah aku? Kuatkah aku?
Macam-macam boleh terjadi selama lapan tahun ini. Aku kena lapangkan hati dan fikiran aku untuk terima segalanya.
Kuatlah hati.
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.