Khayla 5

41 9 3
                                    

Disebabkan tindakan Imran di atas pentas semasa kami membuat persembahan, nama aku menjadi perbualan hangat gadis-gadis yang tergilakan Imran sekarang ini. Di mana sahaja aku pergi mereka akan pandang aku dengan pelbagai reaksi. Ada yang benci macam aku ni buat salah yang memalukan dan ada juga yang pandang aku untuk memastikan ini lah orang yang menyanyi bersama Imran.

Ini semua kerana Imran yang tiba-tiba memberi aku sejambak bunga sebaik sahaja kami tamat menyanyi. Jangankan mereka, aku yang memang sentiasa bersama dia pun tak tahu perkara ni berlaku. Kalau lah ada orang ambil gambar aku waktu ni, mereka akan nampak betapa terkejutnya riak wajah aku ketika itu.

"Patutla tak layan perempuan, dah berpunya rupanya!"

"Ya, weyh! Aku selalu nampak perempuan tu dengan Imran jalan berdua setiap kali waktu balik sekolah,"

"Sama! Imran siap bawa beg perempuan tu lagi,"

Itulah yang aku dengar setiap kali aku lalu di mana-mana lorong di sekolah ini. Mana aku nak sorok muka aku ni? Imran? Hanya buat tidak tahu macam tiada apa yang berlaku. Rasa nak marah pun ada. Kenapa dia tak beritahu awal-awal? Senang aku bantah cadangan dia? Apa yang dia fikir sebenarnya?

"Saja,"

Ha itulah jawapan Imran apabila aku minta penjelasan daripadanya. Bergaduh juga tapi tetap Imran yang akan jadi pemenang.

"Saja kau cakap? Kau tahu tak apa yang aku hadap lepasni ha?" marahku.

"Hadap jela. Kalau aku tak buat apa-apa pun, kau tetap kena kecam juga kan? Aku cuma tak nak persembahan kita sendu je. Bunga tu, kalau kau nak buang, buanglah. Kalau sayang sebab bunga tu bunga hidup, ha bagi dekat orang lain,"

Aku terlopong mendengar kata-kata daripada Imran. Mudahnya dia cakap! Makin mendidih api kemarahan aku ni. Rasa nak tampar je masa dia cakap macam tu. Aku ni seboleh mungkin tak nak dipandang buruk, dia pula makin apikan orang. Yang tanggungnya aku pula tu!

"You have crossed the line, Imran!"

Selepas itu, aku berlalu pergi dan sekarang aku hanya duduk di dalam kelas. Malas mahu keluar. Bukannya takut tapi tak nak menyakitkan hati lagi. Makin banyak aku dengar, makin aku sakit hati. Nak aje aku tampar semua orang dari cakap hal buruk. Mai pula aku suruh dia makan dengan Adila.

Seoarang rakan sekelasku bertanya tentang itu, aku jawab dengan nada geram. Persoalannya buatkan aku tercengang seketika sebelum menjawab.

"Kenapa kau nak marah sangat? Kalau kau tak suka dia, then chill jelah. Anggap diorang salah faham dan apa Imran buat tu untuk persembahan. Tak perlu marah macam ni pun kan?"

Mulut dia agak laser tapi soalan yang bagus untuk tanya diri sendiri.

"Aku tak suka. Aku tak suka apa yang Imran buat dan aku tak suka apa yang orang akan cakap atau apa orang akan anggap dekat aku. I'm sure kau akan jadi macam aku unless kau suka dia,"

Tapi betullah. Kenapa aku terlalu marah? Perasaan aku atau...haih entahlah. Aku pun keliru. Tapi yang pasti aku rasa satu perasaan yang aku memang nak marah.

Perut ni pun tak reti sabar! Lapar macam tak makan seminggu. Dah berbunyi macam dekat konsert. Aku berjalan keluar ke luar kelas. Semua pelajar sedang gembira menikmati makanan petang mereka. Ada baki tiga puluh minit sebelum kelas sesi petang bermula. Biasanya rehat sesi kedua, kami akan diberi masa selama empat puluh minit.

Tengok orang makan, makin lapar aku dibuatnya. Aku masuk kembali ke dalam kelas. Salah satu cara nak elak kelaparan, aku kena tidur. Namun, niat aku terganggu apabila orang yang aku benci sekarang ni ada di hadapan mata. Imran menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Dia membuka bungkusan makanan lalu serahkan kepadaku.

"Aku tak lapar,"

Imran tidak bersuara malah dia memberiku sudu dan garfu kepadaku. Aku tenung dia lama sebelum menyambut hulurannya. Rezeki Khayla, jangan tolak.

"Aku minta maaf, Khayla."

Ucapnya sebaik sahaja aku membaut suapan pertama. Aku tidak menjawab hanya merenung makanan yang sedap dan menyelerakan ini.

"My fault. I'm sorry,"

Kali ini, nadanya lebih rendah. Dengar sahaja aku tahu dia ikhlas dan jujur dia mengaku kesalahannya. Aku beranikan diri untuk bertentang mata dengannya. Walaupun mukanya bersahaja tapi aku nampak dari matanya yang meminta aku memaafkannya.

"I thought everything would be fine. But I was wrong. I thought my idea didn't cross our limits but I was wrong. I thought, you'll be fine with it but again I was wrong. I'm really sorry, Khayla ."

Hati yang kepanasan menjadi sejuk. Segala ego aku terus jatuh menjunam. Kemarahan aku lenyap begitu sahaja. Selalu orang minta maaf je, tapi Imran lain. Dari awal, dia akan betul-betul mengaku kesalahannya.

"Aku maafkan. Aku minta maaf juga. Aku pun salah,"

"Thank you,"

Aku membalas senyuman tipis Imran dengan perkara yang sama.

"Terima kasih juga, Imran."

Dia sekadar mengangguk. Aku sambung makan. Imran melihat jam tangannya lalu bangun dan meletakkan kerusi di tempatnya semula.

"Kau balik..."

"Aku balik dengan Mai harini,"

Dia angguk dan berlalu pergi.

BINTANGWhere stories live. Discover now