Kata-kata Imran semalam masih menghantui diriku. Ianya benar-benar buatkan aku menyedari apa kesilapan yang aku telah buat sebelum ini. Perasaan asing itu sudah hilang. Lega aku dibuatnya apabila aku tidak lagi rasa sesuatu yang berat.
Benarlah, aku perlu fokus pada diri sendiri juga. Selama sebulan ini, aku fokus pada kerja sehingga aku lupa nak jaga diri sendiri. Bila sakit, aku paksa diri pergi kerja. Bila mana lapar, aku biarkan sehinggalah aku lupa untuk isi perut. Lama-lama badan pun penat dan tak mampu nak bertahan lagi lalu emosi aku terganggu.
Terima kasih, Imran. Sebetulnya, doktor Imran. Macam salah bidang pula Imran ambil. Patut ambil lah psikiatri tapi lain pula bidang dia ambil. Tak apalah, mungkin dia tidak berminat. Selepas sahaja aku nampak lega, Imran menghantar aku pulang.
Sampai hari ini, aku masih tertanya tentang perasaan Imran. Perbualan Imran dan kawannya Hafiz masih melekat kuat di ingatan. Kali ini, aku menunggu Imran untuk jelaskan kepadaku. Bukan tak mahu menyoal tapi aku takut Imran sendiri yang memilih untuk diamkan diri dan aku rasa begitu.
Perasaan Imran aku dah kenal pasti. Perasaan aku selepas lapan tahun? Aku sendiri tidak pasti dan agak ragu-ragu. Apabila bersama Imran, aku rasa selamat dan tenang. Seolah-olah dia ialah rumah buatku. Namun bila Imran tiada di sisi, aku tak ada rasa kehilangan malah memikirkan tentangnya jarang sekali.
Mungkin aku dah terbiasa tanpa Imran selama ni. Dan mungkin perasaan itu akan jelas bila aku dan Imran menjadi rapat semula.
"Hujung minggu ni kau ada plan apa-apa ke Meera?" soal Mai.
Aku diam seketika untuk berfikir. Rasa macam tak ada apa yang aku nak buat atau rancang dari awal melainkan nak bantai tidur dari pagi sampai esok.
Tiba-tiba telefon aku berdering. Imran menelefonku. Peliknya kenapa dia tiba-tiba call. Aku segera menjawab panggilan. Mana tahu penting.
"Kau free sabtu ni?"
Dah kenapa dua orang manusia hari ini berminat dengan perancangan hujung minggu aku? Macam tak boleh aku duduk senang pula.
"Free,"
Disebabkan Mai belum cakap apa-apa, jadi aku jawab aku free hujung minggu ini. Kalau Mia ajak awal, mungkin aku kena berfikir panjang mahu mengikut siapa. Tentang Imran, sanggup aku ketepikan Mai. Kawan tak guna kau ni Khayla.
"Jom hiking?"
Melopong mulutku mendengar ajakkan Imran. Ini luar dari jangkaan. Tak pernah orang nak ajak Khayla Ameera yang pemalas ni pergi mendaki. Biasa orang ajak makan atau tidur je. Tiba-tiba aku rasa menarik pula ajakkan Imran. Dah lama aku tak mendaki. Lagipun aku ni dalam diam minat juga aktiviti lasak.
"Okay," aku setuju.
"I will text you the details later, see you tommorow!"
Panggilan ditamatkan oleh Imran. Ada pesakit lah tu, dengar rushing je suara. Aku padang Mai yang sudah merenungku dengan mata helangnya. Aku hanya mampu tersengih. Dia belum tahu apa yang jadi malam semalam. Fikirku tidak mahu bercerita kepada sesiapa tetapi memandangkan Mai sudah dengar perbualan kami, terpaksalah aku cerita nampaknya.
"Serious lah? Dia tunggu lapan tahun?!"
Mai terkejut mendengar ceritaku. Dia seperti tidak mahu percaya tetapi melihat aku yang bersungguh-sungguh cerita, Mai memilih untuk percaya.
"Jadi sekarang ni korang..."
Pantas aku geleng.
"Not yet. I'm still waiting for Imran to confess to me," jujurku.
"Memang kau tak akan kahwin Meera,"
Aku sekadar mengangkat bahu. Kali ini aku kena tetapkan pendirian. Situasi begini biarlah Imran yang memulakan langkah dahulu.
YOU ARE READING
BINTANG
Lãng mạnKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.