Khayla 25

43 9 2
                                    

Imran yang sedang menonton televisyen aku hampiri. Senyuman manis aku berikan sebaik sahaja Imran mendepakan tangannya. Beginilah kami, seorang manja dan seorang lagi selalu beri kasih sayang yang sampai sekarang aku rasa tidak pernah lagi berkurang.

Aku mendaratkan kepala di atas bahu Imran. Dia mengusap lembut kepala aku. Matanya masih fokus pada televisyen. Dah kalau tengok anime, memang segala benda dia akan lupakan. Aku tidak kisah pun sebab Imran juga sokong minat aku. Jadi, aku kena lah buat perkara yang sama.

"Imran,"

"Ya, saya?"

Seketika aku pandang muka Imran.

"Saya nak pergi watson sekejap, boleh? Barang saya dah habis," aku meminta izin.

Imran membalas pandangan mataku. Lama juga dia tenung sebelum mengangguk. Kenapa muka dia macam meragukan sesuatu? Dia ingat aku nak tipu dia ke?

"Kenapa awak buat reaksi macam tu?"

"Awak aneh,"

Berkerut keningku. Apa yang aneh? Aku angkat kening kanan sebagai tanda tanya.

"Selalu awak suruh teman tapi kali ni awak minta izin seolah saya tak perlu teman awak,"

Tergelak aku dibuatnya. Oh, itu ke? Aku tayang senyuman lebar.

"Saya nak jadi isteri yang boleh buat sendiri juga! Lagipun sekejap je. Lebih baik awak tengok anime ni dari teman saya,"

"Betul ni?"

Aku angguk yakin. Imran senyum dan mengangguk sebagai jawapan dia puas hati. Kaki melangkah mencapai tudung dan handbag. Rambut Imran aku kacau sebagai tanda aku sudah mahu pergi.

"Hati-hati, sayang!"

"Okay, Encik Imran saya!"

Perjalanan dari rumah ke Watson hanyalah sepuluh minit. Tak jauh tapi aku selalu malas nak memandu. Jadi, Imran lah mangsanya! Kali ini, aku kena jadi rajin. Ada misi khas dan aku harap misi ni berjaya.

Sampai sahaja di Watson, aku masuk dengan penuh harapan. Tangan terus mencapai barang yang mahu dibeli. Tapi, nanti mesti Imran minta aku beritahu kepadanya apa aku beli.

Tak boleh jadi! Aku kena beli barang lain. Mataku tertumpu pada lip cream Dazzle Me. Laju kaki aku melangkah ke rak yang dihujani pelbagai warna lip cream.

Ini yang aku tengok orang suka pakai. Katanya ringan dan lembut je dekat bibir. Baiklah, mari ambil dua sebab kalau satu mesti tak puas hati. Satu per satu warna aku calit pada lengan. Nak tengok warna apa yang aku suka dan sesuai.

"Kak, boleh guna beg ni!" ujar staf di sini.

Aku senyum dan mengambil beg yang dihulurkan. Selepas puas hati, aku melangkah ke tempat pembayaran.

"Saya harap ada rezeki buat akak dan suami," ujar cashier.

Senyum malu-malu aku dibuatnya.

"Terima kasih!"

Aku melangkah keluar dengan senyuman. Berdebar dan teruja.

*

"Awak beli apa, Khayla?"

Kan aku dah cakap! Soalan itu aku tidak boleh jawab ringkas. Aku kena cerita penuh. Kalau tidak, Imran akan tanya dan terus bertanya.

Aku duduk berhadapan dengan Imran dan tunjukkan dua lip cream aku beli tadi. Mulut Imran sedikit terlopong dan memandang aku dengan penuh rasa ragu.

"Kenapa?" soalku.

"Ini barang awak? Barang yang dah habis tu?"

Aku angguk.

"Saya ingat barang keperluan macam skincare atau sabun. Rupanya ini?"

"Hehe! Saya dah lama tengok orang pakai. Dah lama saya simpan niat nak beli. Tapi hari ini saya tak mampu bersabar lagi,"

Imran menepuk lembut pipiku.

"Bertuah punya isteri!"

Aku sengih.

"Saya nak naik atas sekejap,"

Imran sekadar mengangguk. Laju aku berlari naik atas dan masuk ke dalam tandas. Kotak yang aku sorokkan dalam handbag aku keluarkan.

Nasib aku tak lupa nak sorokkan kotak ni.

Pregnancy test!

Ya, aku rasa aku sedang mengandung!

*

Ke hulur ke hilir langkahku menunggu keputusan. Rasa macam ambil keputusan SPM. Sangat mendebarkan. Aku harap firasat aku betul. Lama aku menanti. Imran juga sama. Dia tak cakap tapi aku percaya dia juga sama macam aku.

Aku menghentikan langkah. Aku mengambil pregnancy test itu. Dengan lafaz bismillah, aku melihat apa yang berlaku.

Badan aku terkaku. Mulutku melopong. Air mata mula mengumpul dan jatuh.

Aku... aku bakal jadi ibu? Ya Allah, betul ke ni?

Pantas aku sentuh perut dan usap dengan lembut. Senyuman aku ukirkan. Ini hadiah yang terindah untuk kami berdua. Permata yang bakal meriahkan rumah ini.

Aku melangkah menurun anak tangga dengan berhati-hati. Punggung dilabuhkan sebelah Imran. Lantas Imran menghentikan ceritanya selepas lihat aku mengalirkan air mata.

Seketika kami berpelukan.

"Kenapa ni?"

Pelukan dileraikan. Dengan tangan yang sedang terketar aku hulurkan pregnancy test kepada Imran.

Imran tidak mengambil huluran aku. Dia hanya tenung benda itu tidak berkelip. Perlahan-lahan tangannya mencapai dan melihat tanda pada alat itu.

Terus dia memandang aku dengan reaksi mengejut. Aku mengangguk sebagai jawapan yang ada dalam fikiran Imran.

"Alhamdulillah, terima kasih!" ucap Imran dengan penuh rasa teruja.

Imran menyentuh lembut perutku dan kami berdua menangis kegembiraan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BINTANGWhere stories live. Discover now