Seperti yang dijanjikan oleh Hafiz, kami kini berada di taman. Agak janggal berada di sini bersama Hafiz. Lebih janggal ini kali pertama aku dan Hafiz akan berbual panjang. Sebelum ke sini, aku nampak Imran dan Hafiz berbual di hadapan klinik.
Imran menoleh ke arah ku seketika sebelum masuk ke dalam office. Aku rasa Hafiz beritahu niat kami berjumpa. Kut. Tapi kalau Hafiz bagitahu mesti Imran akan ragu-ragu untuk membenarkan hal ini berlaku. Iyalah, soal perasaan dia.
"Imran tahu ke kita buat apa dekat sini?"
Hafiz geleng.
"Alah macam kau tak kenal Imran. Dia bukannya akan tanya banyak pun. Aku cakap aku nak pinjam kau dua jam lepastu dia angguk je,"
Wah, ingat aku ni barang ke apa? Suka hati je cakap nak pinjam dua jam. Macam aku ni isteri Imran Khan pula kena beritahu bagai.
"Straight to the point. Aku sebenarnya masih tak faham kenapa kau kena bagitahu aku cerita Imran. Sepatutnya Imran yang kena cakap benda ni,"
"Tet! Salah! Kau salah analisis pernyataan aku tengah hari tadi,"
Dia ni fikir aku tengah main teka-taki ke? Tiba-tiba dia salahkan aku pula. Dalam serius pun masih lagi buat lawak. Imran memang penyabar yang tak terkata. Hafiz meletakkan kedua tangan di atas meja.
"Memang Imran patut cakap benda ni. Tentang hal kau dengan dia dulu dan apa yang korang berdua rasa sekarang, memang sepatutnya seratus peratus Imran yang kena cakap. Macam aku cakap sebelum ni, aku tak tahu banyak. Tak tahu banyak tu memang melopong cerita korang ni. Cuma, yang aku tahu perasaan Imran selama lapan tahun ni,"
Jeda.
"Aku nak cakap apa yang Imran lalui sepanjang terpisah dengan kau. Let say, kau akan tanya lagi kenapa aku kena bagitahu... Aku nampak something di antara kau dengan Imran. Something yang menghalang untuk korang bersama,"
Berkerut dahiku. Aku rasa biasa je. Tiada apa yang lain pun. Kalau menghalang pun sebab aku tak nak mulakan langkah dahulu. Kalau Imran lambat, maka tamatlah semuanya. Memang aku berpegang teguh untuk Imran yang mulakan semuanya kembali. Itupun kalau betul aku ni pilihannya.
"Maksud kau? Apa yang menghalang?"
"Kau sebenarnya tunggu Imran kan? Kau sebenarnya masih lagi marahkan Imran betul tak? Dan kau sebenarnya ragu-ragu dengan Imran... Betulkan apa aku agak ni?"
Pergh, tepat tekaan Hafiz! Dia ni tilik orang ke apa? Bukannya aku selalu berjumpa dengan dia tapi boleh dia teka dengan tepat. Ingatkan dia ni pakar tilik sakit orang je tapi rupanya pakar tilik fikiran orang juga.
"Sejujurnya, betul lah tu tekaan kau!"
Hafiz senyum. Dia nampak berpuas hati kerana semua tekaannya tepat. Dia teguk air dahulu sebelum mata kami bertemu semula.
"Macam mana kau boleh teka tepat? Kau tilik orang ke?"
"Aku bukan bomoh lah! Berdasarkan apa aku tahu dan berdasarkan apa aku nampak sekarang ni, aku teka lah macam tu. Lagipun aku ada dengar Imran mengeluh bila aku usik dia pasal kau. Imran akan cakap kau masih marahkan dia. Aku mula-mula pelik tapi bila fikir balik, mesti ada sesuatu terjadi antara kau dengan dia. Sebab tulah Imran cakap macam tu,"
Fikiran aku terimbau kembali kejadian di cafe sebelum Imran pindah sekolah. Hati aku bagai ditikam di tempat yang sama. Sakit. Masih sakit luka ini. Bertambah sakit apabila teringat lagi kejadian di perpustakaan.
Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Imran. Selepas itu, aku langsung tak ada dengar khabar tentang Imran. Sekarang, lapan tahun dah berlalu, Imran sudah ada di hadapan mata. Kami berhubung semula dengan situasi yang berbeza.
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.