Khayla 18

33 7 5
                                    

Selepas pelbagai rintangan antara aku dan Imran, akhirnya kami dapat berjumpa juga. Imran mengajak aku makan malam hari ini. Keluar makan biasa je tapi aku punya berdebar tu macam nak jumpa jodoh yang keluarga tentukan. Dah lama sangat agaknya aku dan Imran tidak bertentang mata.

Disebabkan tempat makan yang Imran pilih bersebelahan dengan pantai, jadi aku memakai long dress. Mujur, aku siap dulu sebelum Imran sampai. Kalau tidak, mesti dia akan tunggu lama sebab bahagian tudung yang paling menyusahkan.

Punya lama aku berdiri di hadapan cermin untuk tengok mana satu gaya tudung yang sesuai untuk baju ini. Kesudahannya, aku pakai sahaja style biasa. Telefon berbunyi. Imran mesej memberitahu dia sudah tiba di hadapan rumah.

Aku tak tahu lah sebab dah lama tak jumpa ke atau memang malam ni Imran kelihatan sangat kacak. Handsome betul mamat ni. Imran yang bersandar di keretanya aku pandang dengan senyuman tipis sebagai sapaan.

"Ada apa-apa lagi tak?" soal Imran sambil membuka pintu kereta untukku.

Ada Imran. Aku nak tinggalkan perasaan aku dekat rumah ni. Bahaya betul perasaan ni. Rasa macam nak luahkan malam ni pula. Nasib mental aku kuat dan tetap dengan pendirian.

"Tak ada,"

Kami menuju ke destinasi. Benarlah, kawasan sini memang cantik. Tak sia-sia aku pakai baju ni. Boleh ambil gambar banyak-banyak. Sebenarnya aku meletakkan harapan yang rendah bila tengok gambar dalam google. Walaupun gambar yang disebarkan tu cantik pemandangannya tapi aku dah banyak kali kena tipu.

Jadi, aku tak letak harapan tinggi. Mujurlah, gambar sama dengan apa yang dilihat sekarang ini. Imran menyebut namanya kepada seorang pekerja yang menjaga pintu hadapan. Meja yang Imran pilih betul-betul sebelah pantai. Deruan ombak menyapa indah telingaku.

"Nanti lepas makan kita tengok pantai nak?"

"Ni dah tengok,"

Eh, dia ni! Sejak bila pandai cakap ayat macam ni? Hafiz ke yang ajar? Kalau betul, esok aku nak botakkan rambut dia. Tak pernah lagi Imran nak cakap ayat spontan macam ni.

"Bukan lah! Pergi dekat lagi. Nak tengok pantai dengan lebih dekat,"

Imran sengih. Memang dia sengaja mengusik aku. Sengaja juga mencabar kesabaran aku. Nasib pantai di sebelah boleh lah redakan kemarahan.

Pelayan mengambil semula menu makanan setelah kami selesai buat pesanan. Aku menongkat dagu dan melihat pantai. Sejuk dan tenang. Biasanya kalau lokasi macam ni ramai orang tapi malam ni macam tiada sambutan pula. Atau penduduk di sini sudah bosan tengok pantai yang sama.

"Hafiz buat apa dekat kau, Khayla?"

Soalan Imran membuatkan dahi aku berkerut. Aku memandang Imran menunjukkan riak wajah yang pelik. Tak tahulah siapa yang sepatutnya pelik.

"Buat apa? Tak ada apa pun yang pelik dia buat. Kenapa?"

"Kau diam je. Khayla yang aku kenal banyak cakap. Ada je dia nak cakap,"

Aku senyum. Rindu lah tu tapi sombong tak nak bagitahu. Nak aku bercakap, bagitahu jelah. Sampai esok aku akan bercakap kalau dia nak. Tapi aku tak tahu nak bual apa dah, jadi apa kata kita tukar situasi.

"Apa kata kau yang bercakap pula,"

"Bosanlah. Aku tak pandai bercerita,"

"Tak apa. Kalau kau yang cerita memang aku tak akan bosan punyalah!"

Imran menjadi terkedu di situ. Aku kena dengar nasihat Hafiz dan sekarang aku cuba selarikan niat tu dengan tindakan. Lama Imran diam, dia mula berdehem dan meletakkan kedua tangannya di atas meja.

BINTANGWhere stories live. Discover now