Khayla 3

46 9 3
                                    

"Tapi kenapa dia nak kena jelaskan pasal gitar dengan aiskrim tu? Kenapa dia kena bagitahu dia memang nak beli aiskrim tu untuk kau?"

Itulah persoalan Mai yang dari tadi bermain di fikiranku. Walaupun Mai ni menyakitkan hati tadi tapi kata-kata dia bagaikan magnet yang boleh melekat kuat di fikiran. Penat betul berfikir, bukannya dapat jawapan pun. Tapi itulah, itu aje yang otak aku berkenan nak fikir sekarang ini.

Aku cerita kejadian petang semalam kepada Mai semasa waktu rehat tadi. Macam-macam reaksi Mai tunjukkan. Macam-macam persoalan dan rumusan dia ujarkan. Tetapi semua itu aku balas dengan kemarahan. Memang otak dia fikir yang Imran ada hati dengan aku. Mengucap sepuluh kali pun belum tentu dia suka aku. Atau aku yang suka dia, lagi lah jauh sekali.

Hari ini, aku tak nampak Imran. Ke mana entah dia menghilang. Ataupun dia memilih untuk tidak menonjolkan diri hari ini. Suara-suara gadis menyoal tentangnya juga sedang mencari di mana keberadaan Imran Khan. Dia cuti kut. Baguslah, kalau tak aku kena stay dekat sekolah sampai petang lagi harini. Dapat juga aku melaksanakan aktiviti wajib setiap petang iaitu tidur.

Meja yang bersepah menjadi bersih kerana kerajinan aku yang tiba-tiba singgah. Kalau tidak, memang aku tak ada niat langsung nak kemas meja. Sekarang subjek matematik, cikgu kelas aku tidak hadir hari ini. Jadi, sebelum aku masuk ke alam tidur, alangkah baiknya aku kemas meja. Mana tahu ada orang minat aku lepastu nak letak surat bawah meja, tengok-tengok meja aku bersepah. Buat malu je!

Akhirnya, aku boleh juga meletakkan kepala di atas meja. Sudah beberapa kali aku menguap dan badan meminta untuk tidur, akhirnya aku boleh tidur. Semoga diberi ketenangan sepanjang aku tidur.

Suara perempuan dalam kelas aku senyap membuatkan dahi aku berkerut. Namun, mata masih tutup rapi. Biarlah, mungkin sudah sedar betapa riuhnya mereka. Telinga aku mendengar seseorang menarik kerusi di meja hadapanku. Lalu, mejaku diketuk.

Aku mengeluh panjang.

"Jangan kacau. Aku nak tidur,"

"Memang kerja kau tidur je ke?"

Suara Imran Khan. Aku terus mengangkat kepala. Wajah Imran Khan aku tatap dengan penuh tidak puas hati. Kenapa dia mesti mengganggu aku waktu-waktu begini? Perlu ke? Takkan dia tak nampak betapa bahagianya aku tidur?

"Haah," jawabku dengan nada geram.

Dia angguk-anggukkan kepalanya.

"Jadi aku kena tunggu kau selesai buat aktiviti buang masa tu ke?"

Wah, perli depan-depan! Sakit hati.

"Wait, kenapa kau datang sini? Tak pelik ke?"

Imran menjungkitkan kening kananya.

"Kau tu form five, aku ni form four."

Disebabkan Imran ni mudah memahami, jadi aku singkatkan penjelasan untuk soalan aku tadi. Persoalan aku dibalas dengan angkat bahu. Sekarang ni, aku dah keliru dengan sikap dia. Orang kata dia jenis tak bercakap atau malas nak bergaul dengan orang. Apatah lagi nak jumpa orang. Ni kenapa lain pula ni? Banyak bertanya tapi less reaction.

"Hari ni, kita buat practice kat dewan. Full rehearsal dekat dewan petang ni,"

"Aduh, malasnya!"

"Not my problem," dia terus pergi.

Semua mata memadangku dengan penuh tanda tanya.

"Nothing to worry about girls. Not mine and will never be mine. So, don't worry." ujarku. Aku nampak riak wajah beberapa gadis sudah berubah lega. Malas mahu berfikir panjang, aku menyambung aktiviti aku tadi.

BINTANGWhere stories live. Discover now