Muluku yang sedang terlopong ni boleh masuk tiga keping roti dah rasanya. Sebaik sahaja aku mendengar arahan cikgu sebentar tadi, mulutku terus terlopong. Banyak persoalan yang tidak berjaya diluahkan dan aku di sini terkaku serta terkelu. Selain memikirkan jawapan untuk semua persoalan, aku juga memikirkan bagaimana mahu elak dari perancangan cikgu.
Ini bukan idea yang baik.
Kami berjalan menuju ke pondok. Kami mengambil tempat duduk masing-masing. Aku masih tidak dapat menerima apa yang aku dengar tadi. Kenapa aku? Apa yang cikgu nampak pada diri aku sehinggakan dia pilih aku? Dalam sekolah ni, pelajar tingkatan empat ramai tapi kenapa nama Khayla Ameera juga menjadi pilihan?
Mungkin cikgu tak tahu betapa teruknya aku nak cuba berkomunikasi dengan orang. Nasib kau lah, Khayla Ameera.
Petikkan jari Mai menyedarkan aku dari lamunan. Dia memandang pelik. Aku hanya beriak biasa walaupun aku tahu dia sedang meragui sesuatu tentangku. Sebenarnya, aku belum beritahu dia apa hajat cikgu tadi. Dengan melihat aku begini, aku percaya Mai sedang meragui sesuatu dan tunggu masa sahaja untuk dia ajukan soalan sehinggalah aku beri jawapan yang memuaskan hatinya.
Kelibat seseorang membuatkan aku tertarik untuk perhati. Mai yang masih memandang aku dengan reaksi pelik itu aku biarkan. Kelibat itu seakan mencari seseorang. Siapakah gerangan yang bertuah itu? Atau yang malang tu?
Membulat kedua mata aku yang tersedia bulat ini apabila susuk tubuh itu melangkah menghampiri pondok yang aku dan Mai duduk sekarang. Nampaknya, Mai akan dapat jawapan selepas ini.
Mai juga kelihatan terkejut melihat Imran ada di hadapan mata kami. Ya, bukan aku seorang yang akan terkejut dengan kehadiran Imran Khan yang penuh dengan tiba-tiba.
"Cikgu Alif ada bagitahu kau apa-apa?"
Aku sekadar mengangguk.
"Kau setuju?"
Kali ini, aku mengangkat bahu pula.
"'Okay. You have to make a decision right now, Khayla."
Reaksi wajahku berubah menjadi pelik dan penuh tanda tanya. Nak mengeluarkan suara tapi terasa mulut dijahit pula.
"Well, kalau kau tak setuju, senang la aku nak bantah dekat cikgu Alif. Melainkan kalau kau setuju,"
"Kau?" akhirnya aku bersuara. Tapi itulah, sepatah aje yang keluar.
"I don't mind. If you say yes then kita teruskan rancangan cikgu. If not, kita kena jumpa cikgu now."
Imran faham apa aku cuba sampaikan. Lega, tidak perlu menyusun ayat untuk jelaskan kepadanya.
Aku diam tidak beri jawapan. Cuba fikir keputusan yang baik untuk aku dan kami berdua. Aku pandang Imran. Wajahnya tenang memandang aku. Mataku memandang pula Mai yang nampak keliru dengan apa yang berlaku sekarang.
"Come on, jangan bazirkan masa aku!"
"If I say yes, what will you say? Are you really okay with that decision or do you want me to say no?"
Imran mengangkat bahu. Kereknya dia ni. Mai kata dia ni tak cakap dengan perempuan sangat. Aku rasa dia ni gangster sebenarnya.
"Macam aku cakap, aku tak kisah!"
"Then the answer is yes,"
Imran terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Aku terlopong sekali lagi. Dia ni tak belajar ke adab sebelum dan selepas berbincang dengan orang? Mana terima kasih? Kalau tak nak berterima kasih sebab aku beri kerjasama sekalipun, cakap lah sepatah dua kata sebelum pergi.
"Baik kau cakap dengan aku apa berlaku sekarang ni!"
"Nothing serious. Cikgu Alif minta aku duet dengan dia je. Cliche!"
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.