Selepas dua hari mendaki, kaki aku masih belum baik. Sakit dan lenguh sampaikan aku minta Mai hantar aku pergi kerja. Tak cukup dengan itu, aku ditimpa demam dan selesema. Namun aku malas mahu mengambil cuti atau pergi klinik. Nanti sama je ubat dia bagi. Baik, aku tolak tepi rasa manja ni dan pergi kerja.
Berkali-kali Mai larang aku pergi kerja tapi aku ugut aku akan tidur di office kalau dia tak hantar aku hari ini. Ingatkan ugutan aku tu dah cukup mengerikan akan tetapi ugutan Mai lebih mengerikan.
"Aku tahu nombor klinik Imran kerja. Jangan sampai aku call suruh doktor Imran rawat kau!"
Tak adil! Dia guna nama Imran. Malangnya, ini Khayla Ameera. Pelik sangat kalau aku dengar cakap. Ugutan Mai aku bidas dengan menyuruhnya telefon kalau mahu aku hilang lama. Selepas ugutan tu, Mai terus mengalah.
Ugutan aku bukannya saja-saja. Dulu, aku pernah menghilangkan diri lama kerana merajuk dengan Mai. Dengar macam budak-budak kan? Walaupun aku mengaku seperti itu tapi aku buat macam tu sebab aku nak buktikan yang aku tak main-main bila Mai perlekehkan ugutanku. Disebabkan itulah, aku suka guna ugutan tu bila mana aku rasa aku akan kalah.
"Bawa ubat tak?"
Aku angguk.
"Makanan bawa?"
Aku angguk lagi.
"Urm..."
"Tak payah risau sangatlah! Kalau aku tak larat sangat, office aku dekat je dengan klinik Imran!"
Mai menjeling tajam. Mesti dia nak marah tapi ada kawan yang degil dan asyik melawan je buatkannya memilih untuk bersabar. Aku melihat Mai berlalu pergi barulah aku menuju masuk ke dalam office.
Wajah lesuku diperhati lama oleh Kak Syira. Nampaknya, aku belum lepas lagi dari disoal jawab. Kak Syira bakal menggantikan watak keibuan Mai dan aku harus bersedia bila-bila masa dari sekarang.
"Are you okay? Kenapa datang kalau sakit? Muka nampak lesu je, risau akak!"
Ambil kau! Kak Syira beri komen terus tak ada nak tunggu aku jawab lepastu tanya lagi. Senyuman tipis aku berikan lalu menggelengkan kepala sebagai jawpaan utama.
"It's okay. Meera okay je cuma penat sikit,"
"Aduhai, apa yang buatkan awak penat sangat ni?"
Perlu ke aku jawab dengan jawapan yang jujur? Rasa macam perlu sebab kami ni boleh tahan rapat. Ada sahaja cerita yang nak dikongsikan bersama tapi aku belum cerita tentang Imran. Aku pilih untuk berdiam diri. Nanti kalau aku patah hati tak adalah orang gelakkan aku sebab dah tahu kenapa aku boleh jadi begitu.
"Hari sabtu Meera pergi hiking. Dah lama tak hiking agaknya, itu yang demam tu,"
"Lah, awak ni Meera! Patutnya rehat jelah dekat rumah. Suka sangat paksa diri!"
Aku sengih. Mujur Kak Syira tak membebel macam Mai. Kalau tidak bernanah telinga aku mendengar bebelan untuk kali kedua. Kami menyambung kerja seperti biasa.
Lama-lama aku rasa suhu badanku semakin panas. Nak bernafas pun sudah gunakan mulut sebab selesema sudah teruk. Batuk pula perlahan-lahan datang. Semua ni menyebabkan mata aku berat dan mahu tidur.
Pening sangat susah nak fokus. Nak menyesal tapi tiada gunanya. Aku sendiri pilih keputusan yang tak bijak ni.
Tiba-tiba terasa dahiku sejuk. Leganya! Aku buka mata sedikit mahu lihat siapa gerangan yang melekatkan cool fever di dahiku. Oh, Kak Syira! Wajahnya kelihatan sangat risau. Macam ibu risaukan anaknya yang sedang demam panas.
"Terima kasih," serah dan lemah suaraku mengucapkan terima kasih kepada Kak Syira. Dia mengurut bahuku. Tangan Kak Syira ni ada apa sampai lega macam ni rasanya? Patutnya Kak Syira buka rawatan khas untuk aku sahaja. Kena tuntut lepasni!
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.