Khayla 20

36 7 3
                                    

Bilik yang sunyi diriuhkan dengan suara jeritanku. Rasa ingin melompat setinggi yang mungkin. Badan berguling di atas katil dan kaki pula menghentak katil. Hasil jeritan aku menyebabkan Mai masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang gelabah.

Mukanya nampak cemas. Aku memandang Mai dengan pandangan yang pelik. Aku rasa aku jerit yang gembira bukan jerit sebab takut.

"Boleh tak kau jaga sikit jantung aku ni? Aku tahu lah jantung kau semalam macam tak beberapa nak normal, tapi janganlah libatkan aku sekali!"

Aku ketawa. Geram sangat agaknya. Iyalah terpaksa jadi orang kanan Imran. Lepastu, jadi orang ketiga. Terpaksa layan diri seorang semalam. Nak kesian tapi nak buat macam mana lagi. Mujur Imran beri habuan yang menarik dan kena dengan tugasan Mai.

"Sorry, tak boleh kawal babe! Aku happy gila, finally apa yang aku harapkan dah terjadi!"

Mai duduk bersila di atas katil. Dia menarik lembut tangan kananku. terserlah keindahan cincin yang masih tersarung elok di jari manisku.

"Aku happy gila untuk kau, Meera! Aku tahu apa yang kau dah lalui selama ni sebab aku ada dengan kau. Bila pengakhiran dia jadi macam ni aku gembira sangat-sangat dan aku bersyukur kawan baik aku ni berakhir dengan orang yang dia sayang,"

Wajahku berubah terharu. Aku menarik Mai ke dalam pelukan. Lembut aku usap belakang badan Mai apabila terdengar tangisan daripadanya. Sedih pula rasa. Nanti mesti aku lebih banyak menghabiskan masa dengan Imran.

Setiap waktu pagi nanti aku dah tak jumpa Mai dan tak dapat rasa hasil masakkan Mai. Mesti rindu! Sedih pula. Dari kami zaman persekolahan sehingga sudah masuk alam pekerjaan, aku tak pernah berpisah dengan Mai. Kami sentiasa bersama.

Tapi lepas ini semua itu tak akan terjadi lagi. Aku akan teruskan hidup bersama Imran dan Mai bersama hidupnya sendiri.

Telefon aku berdering. Pelukkan dileraikan dan panggilan daripada Imran aku jawab. Sambil itu aku mengosok lembut tangan Mai untuk beri dia kekuatan.

"Hai cantik,"

Tersenyum lebar aku apabila disapa oleh Imran sebegitu rupa. Dah lama pendam ke ni? Mai menjeling aku apabila melihat aku sudah tersengih-sengih.

"Hai, Imran! Kenapa?"

"Awak sibuk ke Khayla?"

Selepas sahaja aku dilamar, kami pergi makan malam. Masa itu, Imran buat keputusan untuk buang panggilan aku kau di antara kami. Katanya dah tak manis panggilan tu. Walaupun agak janggal tapi bila sebut aku rasa selesa. Jadi, aku setuju je.

"Urm, tak busy pun. Kenapa?"

"Saya nak ajak awak tengok barang kahwin kita,"

Laju betulah dia ni. Tapi memang Imran ada cakap juag tentang ini malam semalam. Kiranya dinner tu adalah perbincangan tentang langkah kami yang seterusnya. Aku tiada membantah apa-apa sebab aku pun dah bersedia. Imran ada kata nak buat selang sehari antara tunang dengan majlis nikah.

Aku pun turutkan sahaja. Mudah. Majlis pertunangan itu akan dihadiri kedua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan sahaja. Kalau boleh, aku tak mahu habiskan duit banyak. Boleh guna lepas kahwin nanti.

Majlis kahwin pun aku cakap aku nak nikah dan bersanding sekali je. Mujur Imran setuju. Tak perlu buat tempahan baju banyak. Perbincangan semalam kami berbincang secara adil dan semua keputusan dibuat adalah sebulat suara.

"Boleh je! Awak nak ambil pukul berapa ni?"

"Lagi lima minit,"

"Imran Khan!"

Suara Imran gelak di hujung talian buat aku rasa nak jeling dia tajam-tajam. Menyakat je kerja dia sekarang ni.

"Lagi dua jam. Saya nak siapkan kerja dulu. Nanti saya call semula,"

BINTANGWhere stories live. Discover now