Khayla 6

41 8 0
                                    

Itulah kali terakhir kami berjumpa berdua dan bercakap. Imran tidak lagi menunggu aku selepas balik sekolah. Imran tak lagi menegur atau cuba untuk bertanya khabar. Kami tidak lagi membalas mesej antara satu sama lain biarpun semua itu hanya sebab urusan sekolah.

Aku tidak lagi menerima apa-apa daripada Imran.

Semuanya tidak berlaku seperti dahulu lagi. Aku dan Imran bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Kalau kami bertembung di sekolah, Imran tidak akan memandang aku.

Selepas beberapa hari, aku tidak lagi menerima apa-apa kecaman. Lega namun sakit juga jadi begini.

Eh kenapa nak sakit pula! Ni pun kau yang nak kan Khayla? Dari awal kau harap benda macam ni berlaku cepat dan sekarang dah berlaku, tak perlu kau rasa perasaan yang asing. Sebetulnya kau kena lega semuanya dah tamat.

Sekarang, tingkatan lima sibuk dengan kelas tambahan. Ini semua kerana SPM sudah semakin hampir. Makin kurang jugalah wajah-wajah senior di sekolah ini dijumpai. Mereka akan banyak menghabiskan masa di dalam kelas atau di dalam dewan. Waktu rehat mereka juga berubah.

"Khayla, tu Imran!" ujar Mai sambil menunjukkan kedudukan Imran menggunakan tangannya.

"Teman aku, Mai. Jangan lari tau!"

Mai mengangguk yakin. Kami menghampiri Imran yang tidak langsung memandang sekeliling. Dia memberi tumpuan yang sepenuhnya menghadap buku. Bekas makanan aku letak di atas meja. Itu sudah cukup menarik perhatian Imran. Mata kami bertemu.

"Ini balasan untuk makanan yang kau bagi dekat aku sebelum ni,"

Bila fikir balik, aku banyak menerima dari memberi. Imran sentiasa membuat sesuatu untukku dan aku hanya menerima semua perbuatannya. Jadi, aku rasa aku perlu membalas walaupun sedikit.

"No need, Meera."

Kemudian, Imran terus sambung kerjanya. Aku di sini terkedu. Mai mengambil bekas makanan itu dan menarik aku menjauhi Imran. Entah kenapa aku rasa sakit mendengar dia berkata begitu. Tak apa Khayla, mungkin dia cakap macam tu tanpa sengaja. Mungkin Imran tengan stres dan aku datang kepadanya pada waktu yang salah.

"Apalah! Orang dah bagi bukannya nak cakap terima kasih. Biadap!" marah Mai.

Aku hanya diam. Masih cuba menerima apa yang berlaku.

Mungkin dia menjauhi dirinya daripadaku. Mungkin ini terbaik. Haih, Khayla. Kau dengan dia bukannya kawan pun. Kau dengan dia kenal sebab persembahan tu aje bukannya kenal untuk berkawan.

"Kau nak buat apa dengan makanan ni?"

"Buang,"

"Ha?!"

Fikir Mai, aku main-main tapi tidak. Aku betul-betul nak buang makanan ni. Sakit mata dan sakit hati aku tengok. Tapi Mai cepat-cepat mengambil bekal itu dan membawa pergi. Malas mahu bertengkar, aku melangkah masuk ke dalam kelas.

"Jangan buang! Balik nanti kau bagi la kucing makan,"

Aku diam tidak membalas.

Cikgu Faridah yang merupakan cikgu matematik melangkah masuk ke kelas kami. Riak wajahnya yang tersenyum buat semua orang risau. Kalau bukan kuiz mengejut pasti dia ada agenda tersendiri. Cikgu matematik kalau senyum lagi menakutkan dari dia marah.

Seseorang mengetuk pintu dan terus melangkah masuk dan menuju menghampiri cikgu Faridah. Makin tersenyum lebar cikgu Faridah. Semua gadis dalam kelas ini sudah mula sengih apabila orang itu ialah Imran Khan. Aku pula pandang dengan penuh perasaan yang bercampur-baur. Cikgu Faridah bergerak duduk di belakang manakala Imran sudah terpacah di hadapan kelas.

BINTANGWhere stories live. Discover now