Hari ini merupakan hari yang malang bagiku. Entah kenapa semuanya serba tidak kena. Ada sahaja kesilapan yang aku buat dan ada sahaja kejadian tak diingini berlaku. Mahu mengalirkan air mata tetapi tidak keluar pula. Hanya mampu mengeluh.
Fikiran aku melayang. Salah aku juga sebab tak fokus. Kalau selalu buat kesilapan, memang lah kenapa marah kan? Itulah yang berlaku di office hari ini. Semua kerja yang aku buat, semuanya ditolak dan aku kena marah dengan teruk. Sudah sebulan aku bekerja di sini, belum pernah buat kesilapan yang besar dan banyak tapi harini perkara itu terjadi sehingga Kak Syira pun pelik denganku.
Mujur ada Kak Syira yang membantu, kalau tidak aku sudah mengalah di situ. Aku sendiri tak pasti apa masalah diri sendiri. Apa yang pasti, aku rasa nak mengalah dan rasa down teruk. Rasa suatu perasaan yang sangat menyedihkan.
Disebabkan kejadian itu, aku pulang lewat dari kerja. Kak Syira mahu teman tapi kesian pula suaminya di rumah nanti jadi aku suruh Kak Syira pulang. Sempat aku yakinkan dia yang aku boleh bersendirian. Lagipun itu yang aku nak sekarang ni.
Kaki terpacak di lorong jalan. Bandar ini terlihat tenang waktu malam buta. Aku pandang dengan perasaan yang kosong dan rasa sedikit tenang. Angin malam yang sejuk tenangkan hati aku yang bercampur baur dengan perasaan yang sukar digambarkan. Patutlah Imran suka tempat ni, tenang. Sesuai dengannya.
Bercakap tentang Imran, aku teringat tentang tempat kerjanya. Aku toleh kiri. Nampak papan tanda klinik yang merupakan tempat kerja Imran. Kaki menyusun langkah menuju ke klinik itu. Aku berdiri lama di hadapan klinik.
Klinik ni buka 24 jam cumanya aku tak pasti Imran bekerja untuk 24 jam atau tidak. Mahu melangkah masuk namun perasaan teragak-agak itu muncul. Kenapa aku ke sini? Kenapa tiba-tiba aku kena cari dia semula? Mahu patah balik tapi kaki ini masih bertapak di sini.
"Khayla?"
Suara Imran menarik perhatianku. Badan aku berpusing menghadap Imran yang melangkah menghampiriku. Dia memakai baju kerja jadi sekarang mesti waktu dia bekerja. Tangannya membawa plastik 7-eleven.
"Kau sakit ke?" soalnya. Aku diam. Melihat Imran di hadapan buatkan aku rasa tenang dan mahu menangis. Menangis untuk luahkan segalanya kepada Imran. Asing sungguh perasaan ini.
"Kenapa ni, Khayla? What's wrong?" soal Imran lagi.
Aku cuba tahan air mata namun gagal. Ia mengalir jua. Jelas terpancar wajah Imran yang risau dan cemas melihat keadaan aku yang sudah menangis.
"Ya Allah, kenapa ni?"
This side of Imran. Soft.
"Tunggu sini sekejap, aku pergi ambil barang. Kita pergi tempat lain,"
Langkah Imran terhenti apabila aku menarik hujung bajunya. Sebaik Imran menoleh, aku menggelengkan kepala. Aku tak mahu kacau waktu dia bekerja. Rasa bersalah pula aku nanti.
"It's okay. Aku okay cuma penat sikit je. Kau sambung lah kerja. Sorry ganggu,"
"You are not okay, Khayla. Masa kerja aku dah tamat, ada doktor lain dah masuk bertugas. Memang sekarang waktu aku balik cuma aku rasa nak stay kejap sebab lapar. Jadi, kau tak ganggu pun. Dah, tunggu kejap aku ambil barang,"
Aku angguk. Imran Khan. Sentiasa beri penjelasan walaupun aku tak minta. Rasa lega bila Imran kata begitu. Selesai Imran ambil barang, Imran membawaku menuju ke tempat letak keretanya. Entah ke mana dia mahu bawa aku pergi, ikut sahajalah.
Tidak lama perjalanan kami, akhirnya tiba di pantai. Wah, tempat yang aku nak sangat pergi. Aku perlukan tempat begini. Keluar sahaja dari perut kereta, aku dengar deruan ombak yang cukup menenangkan. Imran bijak bawa aku ke sini.
Kami mencari tempat duduk yang masih kosong. Selepas mendapat tempat duduk, Imran berlalu ke gerai kecil. Teringat dia lapar, kesiannya.
"Nah," Imran hulur minuman dan makanan kepadaku.
"Tak apa. Kau makanlah. Kau cakap kau lapar tadi,"
"Aku beli dua,"
Huluran Imran aku ambil. Kami menikmati makanan dengan ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Aku merenung pantai. Malam buta pun masih ramai lagi di sini. Mungkin mereka pun membawa rasa yang sama sepertiku.
Healing.
"Sorry Imran, susahkan kau hari ni." ucapku.
"Tak ada apa yang susahkan aku kalau orang tu kau, Khayla."
Aku diam. Aduh dia ni nak bermanis pula. Aku ni dah lah cepat blushing.
"Kau okay? Kenapa tiba-tiba menangis?"
Soalan ni kalau tanya orang lain mesti rasa nak tampar tapi tidak untukku. Aku faham apa yang Imran mahu sampaikan. Aku bukannya orang yang cengeng di hadapan orang lain. Depan-depan kasar, di belakang hanya Mai yang sanggup layan. Dan aku rasa Imran tahu aku orangnya begitu.
Aku mengeluh perlahan.
"Entahlah. Aku tiba-tiba rasa down. Harini apa aku buat semuanya serba tak kena sampai kerja pun terganggu. Sebab tulah aku balik lewat. Aku rasa sedih sangat tapi aku sendiri tak tahu kenapa perasaan macam tu boleh ada sekarang ni," walaupun sukar untuk diluahkan dengan kata-kata tapi aku cuba. Aku harap Imran faham.
"It's okay to not be okay, Khayla. Don't blame yourself sebab kau buat banyak kesilapan harini. Yes, your job is important and your priority tapi untuk letakkan itu sebagai kepentingan utama kau salah. Your first priority and should be focus on is yourself. You should focus on yourself first,"
Dah lama tak dengar Imran cakap panjang lebar. Kata-kata dia buat aku rasa terpujuk. Tak salah aku mencari Imran hari ini.
"Mungkin kau sedih sebab kau penat. Baru mula kerja kan? Mesti lah diri kau masih lagi nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Bila kita tak cukup rehat lepastu asyik fokus kerja je, mestilah badan akan penat. Lama-lama diri terbiar sampai emosi tak stabil..."
Imran diam seketika.
"Sebab tu Khayla, jangan lah abaikan diri kau. Aku tahu dan aku faham, kau suka kerja kau sekarang tapi itu bukannya alasan untuk kau fokus seratus peratus pada kerja. Kau patut jaga diri juga. Bila sakit, rehat. Bila lapar, makan. Bila badan dah rasa penat, tinggalkan kerja sekejap lepastu rehatlah. Kau patut utamakan apa yang patut, Khayla."
Jeda.
Aku cuba telan semua nasihat Imran. Rasa tenang dan perasaan itu perlahan-lahan menghilang. Mungkin ini adalah sebab kenapa kami ditakdirkan berjumpa semula. Aku tak mampu sendiri. Seseorang perlu menjadi penyokong untukku. Dan aku? Mungkin aku kena buat perkara yang sama bila Imran perlukan seseorang untuk sokongnya.
"Thank you Imran,"
Imran senyum tipis.
"Aku nak pergi basahkan kaki kejap!"
"Jangan jatuh pula!"
Aku sengih. Tahu-tahu je aku ni jenis tak berhati-hati.
Sejuknya. Puas hati betul aku dapat berada di sini. Kepala mendongak langit. Cantiknya. Senyuman aku melebar melihat keindahan langit malam.
Langit malam sentiasa indah dan menyenangkan.
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.