"Aku terima nikahnya Khayla Ameera Binti Ahmad Fahim dengan mas kahwin sebanyak RM 5000 tunai,"
*
Lafaz Imran masih bermain di fikiran aku. Kini, aku sah bergelar isteri Imran. Apa yang aku harapkan selama ini, benar menjadi kenyataan. Cinta yang aku pertaruhkan selama ini dihargai. Perasaan itu tidak menjadi sia-sia.
Banyak rintangan yang aku lalui untuk pertahankan perasaan ini dan akhirnya, ia bernilai. Pengorbanan aku tidak sia-sia. Begitu juga Imran. Aku pasti tentang itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya aku selepas nama aku dilafaz oleh Imran.
Ketika itu, aku mengalirkan air mata. Dan tidak sangka, Imran juga mengalirkan air mata. Selepas sahaja lafaz itu sah, Imran memandang aku dengan senyuman yang seribu satu makna. Aku turut membalas senyuman itu.
Selepas selesai majlis, kami terus berehat di dalam bilik yang disediakan. Penat. Ingatkan aku dah jemput sikit dah, rupanya ramai juga. Walau apa pun, aku puas hati dengan semua hasil majlis hari ini. Semuanya ikut apa yang aku impikan. Rasanya Imran pun dah muak dengar aku puji majlis kami.
"Khayla, jom solat?"
Aku angguk dan berlalu masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Imran mengimamkan solat isyak untuk kali pertama kami sebagai suami isteri. Perasaan itu memang sukar untuk digambarkan tapi ia bahagia.
Selesai menunaikan kewajipan, Imran menghulurkan tangannya. Aku sambut tangannya dan Imran mencium dahiku. Aku senyum. Rasa nak melompat apabila dilayan begini.
"Mari sini," ujar Imran sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya. Aku turut permintaan Imran.
Lama Imran tenung aku sebelum dia menarik tanganku lalu menggosok perlahan. Dapat aku rasakan Imran mahu aku luahkan sesuatu.
"Boleh jujur dengan saya?"
"Jujur apa?" soalku semula.
"Tentang perasaan awak sebelum kita kahwin,"
Dengan itu, aku tahu apa yang Imran cuba sampaikan. Teguk air liru dibuatnya. Aku tak mahu dia salah faham mahupun terasa denganku. Kali ini, aku pula yang merenung Imran. Mahu pastikan dia dalam keadaan okay.
"It's okay. Tak perlu takut atau risaukan saya,"
Melihat wajah Imran yang sememangnya ingin tahu itu buat aku rasa mengalah. Aku keluh perlahan sebelum membuka cerita.
Ragu-ragu. Entah mengapa hatiku menjadi ragu-ragu. Perasaan itu menghantui diriku selama beberapa hari ini. Mahu mengelak dari terus berfikiran begitu namun tidak berjaya. Bercampur-baur perasaanku. Takut, ragu-ragu dan sedih.
Kata orang, rasa itu normal. Tapi bagi aku, perkara ini bukan perkara yang baik dan yang sepatutnya aku rasa sekarang ini. Sepatutnya aku gembira dan tak sabar mahu bergelar isteri. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya.
Pelbagai soalan mula bermain di fikiranku. Aku rasa mahu berkurung dan memikirkan semula keputusan yang aku buat ketika dilamar.
Betul ke apa aku buat ni?
Aku dah bersedia ke?
Kami akan bahagia? Imran akan sayang aku sampai bila-bila ke? Dia tak akan curang ke?
Banyak persoalan lain yang buat aku tertanya-tanya. Aku tahu, aku patut meletakkan kepercayaan kepada Imran. Dia akan menjadi suami aku tidak lama lagi. Berhari-hari aku buat solat istikharah, meminta petunjuk dari NYA.
Mai juga menjadi tempat aku meluahkan perasaan. Dia sedar akan perubahan yang berlaku dan mungkin Imran beritahu Mai tentangku. Iyalah disebabkan perasaan ini, aku cuba elak dari bertemu dengan Imran. Jadi, mungkin dia berhubung dengan Mai kerana risaukan aku.
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.