8 tahun berlalu...
Gelap gelita. Aku mengatur langkah dengan berhati-hati. Aku ni dah lah takut gelap, boleh pula blackout tiba-tiba rumah ni. Dalam hati sudah baca berbagai zikir, takut punya pasal. Lambat pula nak sampai tempat suis ni, selalunya sekejap aje. Rasa nak nangis pun ada sekarang ni. Takut teramat. Sudahlah aku seorang di rumah, rakan-rakanku yang lain semua keluar makan.
Aku je yang pemalas nak keluar. Disebabkan duduk seorang, aku pun buka lampu di semua tempat. Selepas tiga puluh minit berlalu, tiba-tiba rumah aku menjadi gelap gelita. Menjerit jugalah aku dibuatnya lalu terus melangkah menuju ke tempat suis.
Dengan lafaz bismillah, aku menaikkan butang suis elektrik. Bunyi belon yang kuat menyebabkan aku menjerit terkejut. Namun, perasaan terkejut berubah gembira. Suasana rumah yang sunyi menjadi riuh dengan nyanyian lagu selamat hari jadi.
Tersenyum lebar melihat semua rakan serumahku membuat kejutan ini. Siap ada kek dan hadiah yang tersusun cantik di tepinya. Air mata mengalir. Terharu dengan tindakan mereka. Kami sudah bersama sejak kali pertama masuk kelas sebagai pelajar universiti. Tidak dilupakan Mai yang tidak pernah berpisah denganku.
Selesai mereka bernyanyi, kami berpelukkan. Mai mengelap air mataku.
"Meera, potong kek!"
"Potong, potong, potong!" sorak semua orang.
Aku akur.
Tepukan yang meriah diberikan setelah aku memotong kek red velvet kegemaranku. Tahu-tahu je mereka aku suka makan ni.
Masing-masing mendapat bahagian mereka dan semua orang berkumpul secara rapat. Sambil makan, sambil bertukar cerita. Dalam rasa bahagia ini, terselit rasa kesyukuran yang tidak terkata. Aku tak sangka yang kami semua akan kekal bersama. Aku tak sangka, aku jumpa orang seperti mereka.
Dan aku tak sangka, Mai memegang janjinya untuk tetap berada di sampingku. Dia tak tipu. Mai betul-betul ada di kala aku jatuh dan di kala aku senang.
"Esok semua dah start kerja, mesti rumah ni akan jadi kosong lepastu dah tak meriah macam selalu!" ujar Kisya.
Semua sudah buat muka sedih.
"Itulah! Tapi do your best, everyone! Whatever it is, jalan je okay? Don't give up!"
"Okay!" semua serentak menjawab dan kami meletuskan tawa.
Indah.
*
Semangat betul aku harini. Mungkin hari ini merupakan hari pertama aku sebagai pekerja dan bukan lagi pelajar. Suatu perkara yang aku tidak pernah menyangka akan menjadi kenyataan. Impian aku tercapai. Ini satu lagi nikmat yang aku sangat bersyukur.
Hari ini, aku memakai baju kemeja bersama jeans biru dan bawal printed. Kemas dan cantik memandang. Beg tangan aku capai lalu keluar dari bilik. Kebetulan semua mula kerja pukul lapan, masing-masing kelam kabut nak bersiap dan juga memakai kasut.
"Bye, everyone! Goodluck!"
Disebabkan kurang mahir jalan yang menuju ke tempat kerja, aku mengguna waze. Mujur jalan yang dipilih tak membuatkan aku pening. Sesat nanti dah lambat sampai.
Tak sampai tiga puluh minit, aku sudahpun tiba. Berdebar pula nak melangkah masuk. Haritu macam tak besar sangat syarikat ni tapi kali ini rasa macam tiga kali ganda besar dia. Sambil menunggu lif, aku membaca papan tanda untuk melihat ke mana arah tuju yang perlu aku pergi.
Oh, tingkat sepuluh. Tinggi-tinggi nak ke mana syarikat ni? Lif sudah menunjukkan arasku yang sekarang ini, aku berdoa supaya tak ramai orang. Dan doa itu dimakbulkan. Butang nombor sepuluh aku tekan.
YOU ARE READING
BINTANG
RomanceKisah tentang Imran Khan yang introvert dan complicated dan Khayla Ameera yang juga complicated. Khayla mahu Imran mengaku perasaannya tapi Imran pula merumitkan keadaan.