Khayla 10

34 9 3
                                    

Sepatutnya tengah hari ini kami akan melakukan aktiviti lasak tapi disebabkan hujan, aktiviti itu dibatalkan. Memandangkan juga sekarang ini pelajar tingkatan lima banyak mengambil alih bilik-bilik khas, jadi kami diarahkan untuk membuat aktiviti bebas.

Aku dan Mai membuat keputusan untuk duduk dalam bilik. Tapi lama-lama duduk dalam bilik ni bosan lah pula. Kepala menoleh memandang Mai yang sibuk membaca buku. Dari situlah, aku mendapat idea untuk pergi ke perpustakaan. Mereka kata perpustakaan sekolah ini cantik. Tiba-tiba nak pergi pula, aku mendekati Mai lalu mencuit lengannya.

"Kau nak ke mana?" soal Mai.

Tahu-tahu pula aku nak ajak berjalan. Aku sengih.

"Jom pergi library? Diorang kata library sekolah ni cantik, jom pergi tengok!"

Mai gelak dengan kuat. Aku tahu Mai akan gelakkan aku. Manusia yang bernama Khayla Ameera ni ajar Nur Umairah pergi perpustakaan adalah suatu perkara yang paling mustahil tapi sekarang benda itu telah pun dihapuskan.

"Ish, gelak pula!"

"Yelah! Tak pernah-pernah kau nak jejakkan kaki dekat library, ini tiba-tiba gedik nak ke sana kenapa? Dah berjanji dengan Imran ke?" ujar Mai lalu meneruskan tawanya.

Lengan Mai aku tampar kuat. Geram! Nak kaitkan dengan Imran pula. Tapi betulah juga, aku rasa Imran di perpustakaan sekarang. Firasat aku ni kadang betul dan kadang salah. Kali ini, aku was-was sebab katanya mereka ada kelas sekarang. Jadi agak mustahil untuk Imran ada di sana.

"Jomlah! Tak nak teman, aku pergi seorang!"

"Nak merajuk pula kau ni! Yelah, jom pergi!"

Aku senyum lebar dan terus memakai kasut. Kami melihat dua rorang gadis yang sebilik dengan kami berjalan sambil memegang buku. Macam buku pinjam dari perpustakaan.

"Korang dari perpustakaan ke?" Mai menyoal.

Serentak dua sekawan ini mengangguk. Amboi, senyum lebar ni mesti ada makna! Sama ada mereka dapat baca buku yang mereka minat atau dapat jumpa pelajar yang handsome. Melihat gaya macam dua-dua pun ada.

"Aku tanya cikgu yang jaga kita tu, dia kata boleh je kalau nak masuk library. Cuma jangan masuk pintu ketiga. Ramai pelajar form 5 tengah guna kawasan situ,"

Kami berdua mengangguk faham.

"Erm, ramai tak?" soalku pula. Segan lah kalau ramai.

"Tak ramai pun. Senang cerita boleh kira pakai jari lah berapa orang dekat sana,"

Aku angguk. Kami mengucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanan. Dengar ada sampai tiga pintu sudah dapat aku bayangkan betapa besarnya perpustakaan itu. Semakin rasa nak tahu pula keadaannya.

Tiba di hadapan pintu-pintu perpustakaan, aku mengira semua pintu yang ada. Semuanya lima. Satu tingkat dan lebarnya muat tiga buah kelas. Kami masuk melalui pintu pertama. Masuk-masuk sahaja aku dan Mai melopong. Cantik yang tidak terkata. Hiasannya dan susunan buku amatlah menarik.

Rugi siapa tak pergi sini.

"Eh, tu bukan Imran dengan Adelia ke?"

Aku pandang arah yang ditunjukkan oleh Mai. Oh, betulah tu! Mesti mereka berdua ni kawan rapat. Selalu berkepit. Kiranya di mana ada Imran di situlah Adelia berada. Mai yang ingin ke sana aku tahan lalu menggelengkan kepala.

"Jangan kacau! Diorang tengah study,"

Mai akur dan kami menuju ke rak buku. Semua buku disusun kemas. Indah mata memandang. Aku nampak sebuah buku yang sudah lama aku nak baca. Laju sahaja tangan ini mencapai buku itu dan duduk di sofa yang sangat empuk ini. Kalau macam ni, lebih rela aku tidur sini dari pulang ke bilik.

BINTANGWhere stories live. Discover now