𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟒

575 17 0
                                    

     TENGKU Hayriel menyilangkan tangan ke dada dan memejam matanya. Dia membuka mata kembali dan mengerling ke jam tangannya. Baru sahaja sebentar tadi dia oncall dengan Tengku Hazrael tentang artikel yang tersebar.

Dia merenung ke lantai lama saat pintu dihadapannya terbuka cepat-cepat dia angkat kepala. Ah, akhirnya dia boleh pulang.

"Mummy. Amanda." panggil Tengku Hayriel. Dia meregangkan badannya dan bangun dari duduk. Lenguh badan duduk lama sangat.

Datin Jasmine memegang lengan Amanda dan melangkah pergi tanpa membalas panggilan Tengku Hayriel. Tengku Hayriel terkedu dia menghela nafas dan mengikut langkah Datin Jasmine dan Amanda ke kereta. Kena palau pula, haih..

Setelah masuk ke dalam kereta Tengku Hayriel memandang Amanda. Amanda yang seakan perasan tentang itu memandang Tengku Hayriel kembali. Mereka berpandangan lama.

"Ehem!" deheman kuat Datin Jasmine membuat mereka berdua memandang ke tempat lain. Datin Jasmine mengerling ke Tengku Hayriel.

"Mummy, nanti tolong Hay carikan baju tidur kegemaran Hay tu." kata Tengku Hazrael. Datin Jasmine mengangguk, Tengku Hayriel sudah pandang ke arah tingkap. Penat.

---

PAKLANG menumbuk dinding dan memandang tajam anak mata lelaki di hadapannya. Lelaki dihadapannya sekadar diam.

"Kau kata kau akan ambil dia lepas kau keluar dari penjara, Aiman!" tengking paklang kuat. Lelaki bernama Aiman itu berdecit rimas. Berang dia bila tahu yang Amamda sudah larikan diri.

"Bukan salah aku dia hilang, salah kau punya keluarga." kata Aiman santai. Dia senyum sinis ke Encik Shauki dan duduk di atas sofa yang terletak berdekatan dapur itu.

Aiman mengambil buah epal yang di dalam mangkuk dan mengigit buah itu. Dia menguyah epal itu dan tergelak kuat bagaikan orang gila.

"Anak kau si Kalisha mana? Tak akan duduk KL terus tak boleh jenguk kau dengan bini kau kut? Dia lupa diri ke?" Encik Shauki menumbuk muka Aiman. Aiman menyeka darah di hujung bibir.

"Dia kerja. Bukan macam kau." Aiman mengangkat tangannya ke atas udara. Dia tertawa gila dan menurun kan tangannya.

Encik Shauki bernafas berat dia duduk berhadapan Aiman. Aiman menyebak rambutnya ke belakang.

"Nanti aku suruh orang kampung cari Zerisa." ujar Aiman sebelum dia bangun dan keluar dari rumah kayu paklang itu.

Aiman berjalan ke setiap rumah untul memberitahu tentang Amanda hilang dan sekarang dia berada di rumah makcik Hanum iaitu ketua kumpulan membawang. Makcik Hanum sekarang bersama dengan kawan-kawan membawangnya yang sibuk duduk di bebalai.

"Eh Aiman! Duduk duduk, Aiman buat apa datang sini?" tanya makcik Hanum lembut. Aiman masih lagi berdiri dia tersenyum kecil. Orang kampung di sini memang pelik, Aiman yang bekas banduan di sanjung tapi Amanda yang tidak lakukan kesalahan dibenci.

"Saya nak bagitahu yang Zerisa hilang jadi saya nak minta tolong cari dia." kata Aiman, makcil Hanum mengalih pandangan.

"Buat apa? Biarlah perempuan tu entah-entah dia ikut jantan mana pergi larikan diri takpun pergi Kuala Lumpur untuk tinggal kat lorong, iyalah dia dengan mak dia tu sama je!" hinaan makcik Hanum itu membuat kawan-kawan membawangnya mengangguk dan iyakan hinaan ketua mereka.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now