𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏𝟑

237 9 0
                                    

     TELEFON yang menjerit minta dijawab di angkat. Berkerut dahi Ziyad melihat nama pemanggil.

Komander Haithful

"Kau datang ke sini sekarang. Ini arahan Leftenan Ziyad." arah Haithful. Tidak sempat Ziyad ingin bertanya kenapa panggilan itu sudah dimatikan.

Ziyad bangkit dari duduk sebelum dia pergi ke pejabat Haithful. Pintu diketuk tiga kali sebelum dia masuk. Dia tabik hormat kepada Haithful.

Alangkah terkejutnya melihat Tengku Hazrael dan kawan-kawannya di sini. Pandangannya beralih pada Tengku Hayriel yang memandang tajam ke arahnya.

"Duduk Ziyad." pinta Haithful sebelum Ziyad mengangguk.

"Baik Tuan." dia berjalan ke kerusi dan melabuhkan punggung.

"Saya tak nak banyak cakap tapi saya nak awak tolong Tengku Hazrael dan kawan-kawan dia. Tentang kerja awak jangan risau sebab awak cuma tolong beri lokasi dan sebagainya lepastu datang ke pangkalan semula." tergamam Ziyad, macam itu aje Haithful akan beri dia tolong Tengku Hazrael? Lain macam, ini mesti Tengku Hazrael ada beri apa-apa pada orang atasannya.

"Tapi Tuan." kata-kata dicelah dengan pandangan tajam Haithful. Nak taknak dia harus terima. Dia berdiri tegak dan tabik hormat.

"Baik Tuan!" Ziyad keluar dari pejabat Haithful diikuti Tengku Hazrael dan yang lain.

Selepas itu mereka pergi ke kereta milik Tengku Hazrael. Kereta itu panjang dan lebar jadi memang muat untuk enam orang.

Masuk sahaja ke dalam situasi di dalam kereta janggal dan senyap. Sepanjang perjalanan tiada siapa bukan mulut. Mata Tunku Kareef tertangkap pada biceps Ziyad.

Kelihatan sungguh yang dia banyak bersenam. Tunku Kareef memegang bicep miliknya, cemburu dengan Ziyad. Kesenyapan di dalam kereta itu di hancurkan dengan deheman Tengku Hayriel.

"Kau bukan sepatutnya sibuk ke? Bukan nak kata apa si Lisa tu mengadu kat mummy aku yang kau tu asyik sibuk aje." Ziyad mengurut jari-jemarinya. Dia geleng kecil.

"Aku memang sibuk tapi dah Komander aku arahkan aku untuk tolong korang." Tengku Hayriel mengetap rahang. Entah mengapa dia panas hati mendengar itu.

"Boleh beri tahu jalan ke rumah maklang kau?" celah Tengku Hazrael membuat Ziyad kerut kening. Aik? Ziyad mengerling ke Raja Elhan.

Raja Elhan mendekatkan mulutnya ke telinga Ziyad sebelum dia membisikkan sesuatu.

"Aku dah kata yang adik sepupu kau masih tak selamat selagi kau tak masuk campur tapi taknak dengar.. hmm i wonder how will arwah Rian react when he knows the girl he save before get kidnapped." pucat terus wajah Ziyad. Eris.. tak mungkin semua ini terjadi, bukan ke dia selamat dengan Tengku Hazrael.

Ziyad memandang Tengku Hazrael yang sedang membawa kereta. Ziyad mengepal penumbuk, dia takut jika Eris ter apa-apa.

"Berhenti! Hentikan kereta!" Tengku Hazrael memberhentikan keretanya. Terkejut dia mendengar suara lantang Ziyad.

Ziyad keluar dari kereta Tengku Hazrael sebelum kedua-dua lututnya jatuh menghentam jalan tar. Dia menekup mulutnya, dia tak sangka ini akan terjadi. Air mata yang sudah ingin jatuh ke pipi cepat diseka.

"Maaf aku tak boleh..aku tak boleh." Bahu Ziyad dipegang Ungku Thareez. Dia tahu lelaki itu kesal dengan sikap dirinya.

"Jangan macam ni Ziyad, kau tak tahu benda ni akan jadi. Beritahu kami ya? Biar kami selamatkan Eris." pujuk Ungku Thareez. Ziyad menggeleng, mereka sudah terlambat.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now