𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏𝟎

279 11 0
                                    

        TUBUH yang sudah longlai ditumbuk kuat, kaki panjang miliknya disepak ke arah kepala lelaki dihadapam. Lelaki itu tersenyum, dia masih kuat untuk senyum seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Kau jangan nak senyum lah Ev!" Ev masih tersenyum sebelum dicelah-celah bibirnya telah meneliti kalimah syahadah. Aaryan sudah naik gila dengan perangai Ev sebelum dia menumbuk abdomen lelaki itu.

"Aku dah kurung kau lama Ev, tapi kenapa kau masih taknak berpihak pada aku?!" Jerkah Aaryan kuat. Wajah Ev yang dipenuhi lebam, luka dan darah itu dipegang.

"Aku takkan berpihak pada syaitan." kata Ev. Darah yang berada di dalam mulut di ludah ke lantai.

Aaryan menarik rambut Ev sebelum kepala lelaki itu dihantuk ke dinding. Ev mengerang kesakitan apabila pehanya yang baru di tusuk sudah dipijak oleh Aaryan.

"Aku bukan hamba kau Aaryan!" Aaryan ketawa gila sebelum dia angkat kening.

"Iya? Baiklah.. rasakan ni!" besi panas ditekap pada peha Ev. Ev sekadar boleh beristighfar memohon kepada Allah agar semua ini berhenti. Mahu jerit? Bukan boleh hilangkan sakit pun.

Selepas dia di seksa Aaryan meniggalkan tempat itu maka tinggallah Ev seorang. Ev menarik nafas berat.

"Lagi seksa hidup kau dekat akhirat nanti kalau kau berpihak dengan dia.." nasihatnya pada diri sendiri.

Aaryan adalah seorang lelaki yang berumur dua puluh sembilan tahun. Kulit berwana kuning langsat, kening sedikit tebal, mata sepet seperti orang Cina walaupun dia bukan dan rambut yang di warna dengan warna perang itu tidak menunjukkan langsung dia berumur dua puluh sembilan tahun.

Ev, dia benci akan lelaki itu. Sudah lama dia dikurungkan disini tetapi dia masih lagi bernyawa. Ev pun berasa aneh kenapa Aaryan tidak membunuhnya saja.

---

PUTUNG rokok dihisap sebelum asap rokok itu dihembuskan dari mulut. Aiman menggeleng terhadap Encik Shauki yang sibuk menghisap rokok itu. Dia tidak suka rokok, asap rokok itu sangat busuk baginya.

"Apa faedah kau hisap rokok eh?" tanya Aiman. Encik Shauki berdecit sebelum dia meletakkan rokok itu ke satu pinggan yang dipenuhi dengan rokok lain.

"Kau tanya apa faedah aku hisap rokok? Kau jawab solan aku dulu, apa faedah kau obses dengan Zerisa? Apa faedah kau obses dengan dia?"

"Faedah dia... aku akan bahagia kan dia daripada kena dera oleh kau dengan anak bini kau." Aiman menolak pinggan yang dipenuhi rokok itu ke lantai.

Sudah tiga hari mereka harus tinggal di Kuala Lumpur memandangkan mereka tidak tahu dimana keberadaan Amanda. Kadang kala Aiman mengekori Tengku Hayriel supaya dia tahu dimana Amanda berada tetapi setiap kali dia dapat kesempatan untuk tahu mesti ada aje benda berlaku.

Seperti semalam, dia baru sahaja akan tahu dimana Amanda tetapi malangnya ada orang dilanggar kereta sehingga figura Tengku Hayriel hilang dari pandangan kerana situasi yang heboh.

Nak tak nak dia harus pulang tanpa Amanda. Di kampung, dia adalah lelaki yang dikira kacak jadi ramai makcik-makcik di sana ingin membuat lelaki itu sebagai menantu walaupun dia bekas banduan. Namun, hatinya sudah dimiliki oleh Amanda. Dari dia tingkatan dua hingga dia umur dua puluh satu tahun dia masih setia dengan Amanda.

Dia dimasukkan ke dalam penjara pun kerana di cuba menculik Amanda, atas sebab dia hilang kawalan kerana dadah. Nasib ada abang sepupu gadis itu untuk mempertahankan dan menjadi saksi kalau tidak Aiman mesti tidak akan masuk penjara.

---

TIBA di Markas Pangkalan Lumut&KD Malaya, Raina membuka kaca matanya dan berjalan ke arah pintu masuk sebelum dia dihalang oleh seorang kadet. Sanggup dia datang ke sini walaupun jauh.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now