𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟐𝟏

347 10 0
                                    

TELEFON di sebelah dicapai sebelum aplikasi WhatsApp di buka. Mesej dari 'Syurgaku' di buka. Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala menggunakan satu tangan. Dia baru sahaja habis mandi.

Syurgaku
Hazrael, pukul 8:43 nanti turun. Sarapan dekat ruang private cafeteria sama-sama dengan yang lain.

You
Okay, nanti Hazrael turun dengan Amanda.

Setelah membalas mesej Datin Jasmine dia meletakkan semula telefon ke atas meja. Rambut dikeringkan dengan cara yang betul selepas rambut kering, tuala disangkut pada tempat penyangkut.

Tengku Hazrael melabuhkan punggung di atas katil, Amanda yang sedang tertidur dengan lena dipandang.

"Sayang, bangun. Solat subuh." pipi Amanda di usap lembut. Tengku Hazrael senyum sendiri apabila Amanda merengek tidak mahu bangun.

"Kejap lagi dah azan, sayang. Abang tahu sayang tengah selesa sangat sampai susah nak bangun tapi solat tak lama pun, sekejap je." Amanda mencebik, malas betul ingin bangun tapi nanti kalau dia lambatkan solat Tengku Hazrael juga yang susah.

"Ha kan bagus ni, abang dukung ya?" Amanda angguk kecil dan membiarkan Tengku Hazrael mendukung dirinya. Entah Tengku Hazrael dah ada wudhu ke belum dia pun tidak pasti.

Masuk ke dalam bilik air Tengku Hazrael meletakkan Amanda ke atas kerusi roda. Dia memang sengaja letak kerusi roda dalam bilik air supaya dia boleh dukung Amanda.

Setelah mengambil wudhu Tengku Hazrael menolak kerusi roda Amanda ke sejadah. Telekung di hulur ke isterinya.

"Pakai dulu, abang nak ambil wudhu." Amanda mengambil telekung di tangan Tengku Hazrael dan menyarungkan ke kepala. Tengku Hazrael tersenyum dan melutut untuk memakaikan stokin di kaki Amanda.

"Terima kasih.." ucap Amanda, Tengku Hazrael senyum manis dan pergi ke bilik air. Setelah wudhu di ambil azan subuh pun berkumandang.

Tengku Hazrael berdiri di hadapan Amanda dan memulakan solat subuhnya bersama isteri tercinta. Usai menunaikan solat, Tengku Hazrael membaca doa.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmatilah perkhawinan kami. Panjangkan jodoh dan umur kami. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi bencana yang akan datang. Kau lindungi lah keluarga kami." doa Tengku Hazrael dengan penuh khusyuk. Amanda mengaminkan doa Tengku Hazrael, tersentuh hati gadis itu mendengar doa suaminya.

"Amin ya Rabbal A'Lamin." Tengku Hazrael pusing memandang Amanda dan menghulurkan tangannya ke Amanda. Amanda menyalam dan mencium tangan Tengku Hazrael sebelum Tengku Hazrael mengucup dahi Amanda.

"Kejap lagi mandi, pukul lapan lebih kita turun sarapan." Amanda merenung wajah Tengku Hazrael lama. Tengku Hazrael merenung kembali wajah isterinya.

"I love you, bidadari purnama abang." kening Amanda dikucup lembu. Amanda senyum kecil dan mengusap tangan Tengku Hazrael.

Andai hubungan mereka akan menghadapi masalah dia bersumpah tidak akan menyakiti isterinya walau apa pun terjadi.

---

TURUN ke kafeteria Tengku Hazrael menolak kerusi roda Amanda ke ruang makan khas. Ruang makan itu dibina khas untuk keluarga mereka. Kerusi roda Amanda berhenti di hadapan meja.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now