TALI leher berwarna hitam yang sudah di pakai di kolar baju dibetulkan sedikit serta rambut dikemaskan supaya rapi. Mata turun buat memandang jam tangan
7:13 AM
Tengku Hazrael memakai kot kerjanya sebelum pintu biliknya dibuka dan di tutup semula. Kaki membuka langkah ke arah lif. Sampai di hadapan lif, punat lif ditekan tangan disilang ke dada sambil menunggu lif tiba.
Apabila lif sudah tiba Tengku Hazrael berjalan masuk ke dalam, punat yang bertulis tingkat satu di tekan sebelum pintu lif itu terkatup rapat dan mula turun ke bawah.
Tengku Hazrael keluar dari lif dan bergerak ke ruang makan sebelum langkahnya terhenti. Hidungnya membau sesuatu yang hangit. Tak akan maid kot?
"Kak Su?!" nama pembantu rumah dipanggil dengan nada yang ditinggikan sedikit bukan berniat ingin kurang ajar tetapi pembantu rumah yang sorang ni pekak sikit. Tunggu punya tunggu tiada sahutan dibalas.
Tiba-tiba dia terfikir tentang adik kembarnya, Tengku Hayriel Qaerf. Bukan boleh percaya budak sorang tu baru je minggu lepas dia campak telefon Tengku Hazrael ke dalam kolam dia fikir itu telefon Ungku Thareez sebab itu dia baling katanya nak balas dendam.
"Hayriel!!" teriak Tengku Hazrael namun masih tiada sahutan. Sah ini kerja Tengku Hayriel.
Dengan pantas dia berlari ke dapur sampai sahaja dapur itu sudah dipenuhi dengan asap. Tengku Hazrael menekup mulutnya dan mencari di mana datangnya asap ini.
"Dics- ehh" tergantung ayat Tengku Hayriel ketika dia melihat wajah Tengku Hazrael yang seperti singa akan mengaum.
"Err hai abang kembarku yang kacak lagi baik hehe... cabut!!" belum sempat Tengku Hayriel ingin melarikan diri ada satu badan berdiri di hadapannya menghalangnya dari lari.
"Nak lari mana Tengku Hayriel Qaerf? Cuba lah lari kalau nak mummy bakar baju kesayangan Hay tu." Tengku Hayriel telan liur menelan ugutan Datin Jasmine.
Gerun!
"Hazrael sebagai abang mummy nak awak disiplinkan adik awak ni." Tengku Hazrael menganguk lambat. Senyuman sinis terukir di bibir Tengku Hazrael.
Datin Jasmine menepuk bahu Tengku Hazrael lalu pergi dari dapur itu. Tengku Hayriel memeluk lengan sasa Tengku Hazrael.
"Bang jangan ah macam ni tak akan kau nak denda aku macan seminggu lepas kot.. kau tak sayang aku ke?"
Tengku Hazrael melepas tawa.
"Sayang memang sayang tapi aku lebih sayang mummy jadi mesti lah aku akan denda kau. Sekarang kau kena ikut aku pergi satu program." Tengku Hayriel kerut dahi. Apa kena mengena kempen dengan denda?
"Hah?"
"Program. Program tolong orang miskin dan gotong-royong kat masjid." terus senyum jahat Tengku Hayriel mendengar itu. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar.
"Kejap eh aku nak suruh ikan bawal dengan ikan keli datang sekali, hehe."
Tengku Hazrael sudah menjulingkan matanya ke atas telefon pintar Tengku Hayriel dirampas dan simpan dalam poket kot kerjanya. Terpaksa dia memakai sut kerjanya kerana pada pukul 9:23 pagi nanti dia akan ada mensyuarat penting.
"Kemas dulu sebelum aku cubit kau." ugut Tengku Hazrael. Tegas.
"Baiklah abangku patik mengikut perintah." dengan malas pintu bilik stor dibuka, penyapu di ambil walaupun di rumah ini ada vacuum mereka harus menyapu dahulu sebelum vacuum.
YOU ARE READING
𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]
RomanceD'REA SERIES 1 ❧𝑲𝒏𝒐𝒘𝒏 𝒂𝒔 𝒉𝒆𝒓 𝒔𝒐𝒇𝒕 𝒔𝒑𝒐𝒌𝒆𝒏 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕𝒐𝒓 Jejak sahaja ke dalam rumah kayu Puan Melati dan suaminya hidup gadis bernama Amanda Zerisa itu berubah 180° dahulu mungkin dia ada umi, abi, atok dan abang sepupunya. ...