𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏𝟖

337 11 1
                                    

     TERSENYUM manis Ziyad melihat gambar pertunangan Amanda. Simple tapi cantik. Dia tidak dapat pergi ke majlis pertunangan Amanda kerana dia sedang bertugas.

"Cantik mat adik sepupu kau, orang kata muka adik sepupu kau buruk sebab jerawat tapi aku tengok jerawat dia sikit je tapi muka dia still cantik." puji Lut jujur. Ziyad tersenyum bangga, Amanda memang sudah cantik dari dulu tetapi setelah Datin Jasmine menolong untuk hilangkan parut, jerawat dan minyak di kulit Amanda dia menjadi semakin cantik.

"Dia lumpuh sementara tu, tunang dia tak buat apa-apa ke? Fisioterapi ke?" Ziyad angkat bahu, dia pun tidak tahu jika Tengku Hazrael akan hantar Amanda untuk buat fisioterapi atau tak. Biasalah dia kan tentera, sibuk. Mesej Raina pun dia tak sempat baca.

Kring!

Kring!

Tepat pada masa gadis itu menelefonnya sudah seperti tahu-tahu je yang Ziyad sedang bercakap tentang dirinya. Lut menjulingkan matanya ke atas sebelum dia pamit. Dari jadi orang ketiga baik dia pergi dulu.

Ziyad tersenyum sebelum dia menjawab panggilan telefon itu. Video call.

Mel my energizer.

"Hai Leftenan kesayangan Mel." tegur Raina ceria. Tertawa bahagia Ziyad mendengar suara Raina.

"Hai juga kesayangan i, dah makan? Sedap ke makanan dekat majlis pertunangan, Amanda?" Raina mendekatkan wajahnya pada skrin telefon sebelum dia mengangkat ibu jari.

"Sedap sangat sayang! Boleh gemuk i makan semua ni, ahh sedap betul!" Ziyad tersenyum kecil, dia bersandar pada dinding di bilik gym.

Raina memandang ke arah kamera dan turut senyum.

"Makan je lah banyak mana you nak, you gemuk ke kurus keding ke i still sayang dan cintakan you. Mel, pandang sini jap boleh sweetheart?" merona merah pipi Raina. Arghh sweetheart?!? Raina memberi perhatian penuh pada apa yang akan disampaikan Ziyad.

"Will you marry me? I fikir nak lamar you depan-depan tapi i takut tiba-tiba i ada misi urgent jadi apa salahnya kalau i lamar sekarang kan? Kalau you setuju.. you dah dikira tunang i." terbeliak biji mata Raina akibat terkejut. Raina kipas muka menggunakan tangannya.

"Absolutely! Guys i dah jadi tunang orang!! Amanda i akan jadi kakak sepupu you!" tergelak Ziyad melihat perangai tunangnya. Aduhai comel aje. Terlompat-lompat Raina kerana terlalu gembira, dia tidak kisah orang memandangnya.

Kerusi roda Amanda mendekati Raina. Amanda memandang ke arah kamera.

"Mana boleh tiba-tiba lamar dalam telefon macam ni abang Yad! Lamar depan-depan baru bagus!" celah Amanda.

"Biarlah, eh Raina i dah nak kena pergi. Komander dah panggil, mengamuk karang dia tu sebab i lambat. Bye Mel, bye Eris." Raina dan Amanda melambai ke arah telefon sebelum Amanda menamatkan panggilan.

Tamat sahaja panggilan Ziyad bergerak ke punching bag. Tanpa memakai sarung tangan dia terus menumbuk punching bag. Wajahnya perlahan-lahan berona merah. Komander panggil dia sengaja bagi alasan sebab takut mereka nampak wajahnya yang merona merah.

Blushing!

"Mel tunang aku? Arghh! Ya Allah aku dah jadi tunang orang!" tersenyum-senyum Ziyad memikirkan yang dia dan Raina sudah menjadi tunang. Lut menggeleng kepala melihat perangai Ziyad.

"Nanti kahwin jemput lah ya, Leftenan Ziyad. Tapi sekarang komander betul-betul dah panggil kau." terus Ziyad berhentikan perbuatannya.

Mulut masin!

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now