PANG! Kuat Puan Melati menampar wajah anak sedaranya, langsung tak dia hiraukan tubuh yang sudah menggigil ketakutan itu.
"Kau dengar sini Amanda Zerisa binti Arzan Zariel, aku ni jijik ada anak sedara macam kau! Kau jangan fikir aku tak tahu apa kau buat selama ni." bukan hanya kuat namun juga nyaring Puan Melati menengking Amanda. Rambut hitam panjang Amanda yang diikat sanggul itu ditarik.
"Apa yang Risa buat maklang?" soal Amanda bersama kepala ditunduk kebawah. Puan Melati terus mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan banyak gambar Amanda seperti satu gambar ini dimana menujukkan dia sibuk mengutip barang dari sampah.
Amanda menghela nafas dia penat dengan fitnah ini. Ada juga yang mengatakan dia mengambil barang terlarang dan sebagainya. Tetapi dia bersumpah dia tidak pernah buat semua itu.
"Memalukan keluarga!" berkaca-kaca mata Amanda mendengar itu. Wajah Amanda di tampar keras buat kali kedua.
Jag yang berisikan air teh o yang masih panas di atas meja digapai Puan Melati lalu disiram nya air itu di kaki Amanda.
"Sakit maklang, Ya Allah." rintih Amanda. Sungguh dia sangat terseksa tinggal di rumah itu.
"Kau ni beban aje! Tak berguna!"
"Bawak mengucap maklang.." masih lembut suara Amanda, walaupun dia kesakitan dia masih cuba untuk kuatkan diri.
"Dah lah! Sebelum aku makin naik angin dengan kau baik kau lap air teh o kat lantai ni!"
Puan Melati memukul Amanda buat kali terakhir sebelum berlalu ke biliknya. Tangisan Amanda memenuhi ruang itu.
"Ya allah aku tak kuat jadi jika masaku sudah tiba aku rela nyawaku ditarik.." bisikkan doa Amanda begitu halus, dia penat. Dunia ini indah namun penghuninya tidak seindah yang disangka.
Sambil dia bisikkan doa dia membersihkan air teh o yang membasahi lantai itu. Kakinya sudah merah menyala
"Jika masaku belum tiba hantarkan lah ku seorang pendamping hidup."
Satu keluhan halus tercetus di bibir Amanda sebelum dia menyambung bisikkan doanya sebentar tadi.
"Hantarkan lah ku seorang pendamping hidup yang boleh melindungi ku dari semua ini." jelas doanya di bisik tika itu dia berdiam diri dan bangun dari lantai, kaki yang lemah itu dihayun ke arah biliknya.
---
KECEKAK! Gambar yang baru di ambil oleh Tengku Hayriel Qaerf itu dilihat sekilas. Tengku Hazrael menggaru belakang leher sebelum di geleng kepala.
"Astaghfirullah ni dah ke dua puluh empat kali aku tangkap gambar kau takkan tak ada yang okay lagi?" bebel Tengku Hayriel sambil gambar-gambar Tengku Hazrael yang di ambil sebentar tadi di lihat penuh fokus. Tengku Hazrael menggengam kedua belah tangannya sementara Tengku Hayriel masih membebel. Aduh banyak cakap lah adik dia ni.
"Macam mana nak okay kalau semua tu gambar langit?!" marah Tengku Hazrael sambil rambut diraup kebelakang. Tengku Hayriel hanya ketawa terbahak-bahak.
Tengku Hayriel tersenyum lalu bahu abangnya di tepuk sekali. Dia angkat kepala dan mencucuk lesung pipit Tengku Hazrael. Tengku Hazrael menahan geram lalu rambut Tengku Hayriel dirosakkan penuh sakit hati.
"Bang yang kau usik rambut aku kenapa? By the way, sorry not sorry. Langit tu mesti sedih sebab tak ada sesiapa nak tangkap gambar dia jadi aku tangkap lah." sengaja dia mengepitkan suaranya memandangkan Tengku Hazrael tidak suka dengan nada itu.
Lelaki berumur 24 tahun itu membetulkan rambutnya semula. Walaupun mereka kembar tetapi perengainya lain dari Tengku Hazrael.
"Ikut kau lah Hay, kejap sekarang pukul berapa?" kornea mata disinggahkan pada jam tangan berjenama Audemars Piguet itu. Terbuka besar matanya apabila jarum jam itu menunjukkan pukul 5:43 petang.
"Hay, jom balik. Kita tak solat asar lagi nanti permaisuri hati marah." Tengku Hayriel dengan pantas masuk kedalam perut kereta Buggati Chiron milik Tengku Hazrael. Tengku Hazrael mengikut langkah Tengku Hayriel dan masuk ke tempat pemandu sebelum enjin kereta dihidupkan lalu kereta itu dipandu laju.
---
AMANDA menyapu ubat di kakinya sebelum pintu biliknya dibuka dengan kuat. Figura seorang lelaki separuh tua itu dipandang sekilas sebelum matanya tertangkap pada tali pinggang di tangan Encik Shauki.
"Paklang.." Encik Shauki menghayunkan tali pinggang itu kearah tubuh Amanda yang dilapik baju dan seluar. Amanda menutupi kepalanya sebelum dirinya dipukul berkali-kali tanpa henti.
Itulah hidup gadis bernama Amanda Zerisa itu. Penuh dengan kesakitan. Amanda akan selalu cuba untuk membuat Puan Melati dan Encik Shauki melayannya dengan baik tetapi semuanya hampa.
---
SATU sengihan tercipta di bibir Tengku Hayriel dan Tengku Hazrael sambil memandang ke arah permaisuri hati mereka, siapa lagi kalau bukan ibu mereka. Datin Jasmine Erlida wanita yang begitu cantik walaupun sudah berumur 43 tahun. Wajah seram Datin Jasmine mengundang gerun terhadap kembar itu.
"Naik atas mandi dan solat faham? Jangan nak mengelak ya Tengku Hayriel Qaerf, ingat mummy tak tahu yang Hay tak ikut daddy pergi masjid semalam? Nak bagi alasan apa?" tegas Datin Jasmine berkata sebelum anak mata hazel Tengku Hayriel dipandang tajam. Tengku Hayriel mencebik lalu kepala dilentok elok pada bahu Tengku Hazrael sebelum dia memeluk erat lengan Tengku Hazrael.
"Alah kita tak sengaja." Tengku Hazrael menjeling tajam adik kembarnya saat Tengku Hayriel membuat suara comel.
"Gedik." kata Tengku Hazrael.
Belum sempat Datin Jasmine ingin mengatakan apa-apa sudah ada satu tangan kekar keluar melingkar di pinggang Datin Jasmine. Datin Jasmine memandang suaminya lalu tersenyum halus.
"Kenapa ni?" tegur Tengku Hayran Qaerzi dengan suara maskulinnya sebelum pinggang Datin Jasmine di usap lembut. Tengku Hazrael dan Tengku Hayriel membuat muka tak puas hati, boleh pula ibu bapa mereka buat tayangan filem romantik di sini?
"Tak ada apa-apa, cuma sakit hati dengan si kembar ni lagi-lagi si adik" Tengku Hayran memandang Tengku Hazrael dan Tengku Hayriel sebelum pandangan itu berubah tajam. Tika itu rumah agam mewah milik Tengku Hayran berubah senyap tanpa sebarang bunyi.
Tengku Hazrael dan Tengku Hayriel yang sudah tahu apa akan terjadi mundur setapak sebelum mereka menunduk hormat dan menelan liur serentak.
"What are you waiting for? Naik atas solat." dengan pantas kembar itu menunduk hormat lalu berlari ke tingkat atas sebelum Tengku Hayriel terlanggar pemegang tangga dan tergolek ke bawah.
Tengku Hazrael menahan gelak sebelum tangan Tengku Hayriel dipapah lalu ditolong berjalan ke atas manakala Datin Jasmine dan Tengku Hayran sudah melepaskan gelak yang dipendam sewaktu Tengku Hayriel tergolek. Tengku Hayran menggeleng perlahan sebelum pinggang Datin Jasmine di usap lalu tepi dahi Datin Jasmine dicium.
Tengku Hazrael Qarish, lain dari Amanda Zerisa. Mempunyai keluarga ceria walau kadang gerun itu ada. Tengku Hazrel dia adalah lelaki yang lemah lembut dengan perempuan manakala dengan lelaki dia sedikit kasar tetapi masih lembut.
YOU ARE READING
𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]
Roman d'amourD'REA SERIES 1 ❧𝑲𝒏𝒐𝒘𝒏 𝒂𝒔 𝒉𝒆𝒓 𝒔𝒐𝒇𝒕 𝒔𝒑𝒐𝒌𝒆𝒏 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕𝒐𝒓 Jejak sahaja ke dalam rumah kayu Puan Melati dan suaminya hidup gadis bernama Amanda Zerisa itu berubah 180° dahulu mungkin dia ada umi, abi, atok dan abang sepupunya. ...