𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟔

472 19 3
                                    

     PINTU pejabat CEO syarikat Q Agensi diketuk sebanyak tiga kali sebelum pintu itu dibuka. Kaki dibawa masuk ke dalam pejabat sebelum beberapa fail diletak di atas meja.

"Ini fail yang Tengku minta saya bawakan, jadual kerja Tengku pun saya dah ubah macam diarahkan." Tengku Hazrael mengangguk faham dan mengerling ke gadis di hadapannya.

"Thanks Kalisha, i appreciate it. Cuti yang awak apply untuk balik kampung tu saya luluskan." Kalisha menarik senyuman sebelum kepala ditunduk hormat.

"Terima kasih Tengku." Kalisha tersenyum beberapa kali sebelum keluar dari pejabat Tengku Hazrael.

Ekor mata Tengku Hazrael menghantar sosok gadis itu pergi sebelum dia bangun dari kerusi dan mengunci pintu. Rambut diraup kebelakang.

"Dia tak perasaan ke yang aku ni Hayriel?." Tengku Hayriel tertawa perlahan, tiada siapa perasaan kah bahawa dia bukan Tengku Hazrael melainkan Tengku Hayriel yang sedang menyamar.

Tunku Kareef keluar dari bawah meja kerja Tengku Hazrael manakala Ungku Thareez keluar dari bilik air peribadi Tengku Hazrael yang terletak di hujung bilik pejabat.

Ungku Thareez melambaikan tangannya ke Tengku Hayriel seperti gaya diva. Tunku Kareef pula sudah memakai cermin mata hitamnya dan berpura-pura menjadi bodyguard Ungku Thareez.

"Kita berpesta! Eh kejap, tak jadi lah pesta weh. Aku pura-pura jadi Hazrael sebab nak ambil barang yang kau minta tu, Reef." terus teringat Tunku Kareef tentang barang yang diminta, dengan tenang dia bergerak ke laci meja Tengku Hazrael.

Laci meja yang kedua dibuka lalu fail yang sudah bertukar warna itu diambil, kertas-kertas di dalam fail itu yang sepatutnya berwarna putih berubah warna ke kuning akibat sudah lama dibiarkan.

"Eh... Itu bukan ke fail 11 tahun lepas? Apa yang kau nak buat dengan fail tu?" Ungku Thareez muntahkan soalan yang dia dari tadi tertanya-tanya. Begitu juga Tengku Hayriel.

Tunku Kareef menggaru belakang leher "Err, nanti lah aku cerita. Yang penting aku dah dapat fail ni hah sekarang yang tu fail apa?" Fail yang Kalisha baru bagi sebentar tadi di tunding jari.

Tengku Hayriel angkat bahu dia tidak tahu apa di dalam fail itu. Mungkin hanya tentang projek baru untuk pengambilan model baru?

"Entah lah, tak payah lah kita tahu mungkin pasal projek untuk model baru kitorang kot?" terbuka luas mata Tunku Kareef, model baru? Wah, boleh menggorat ni. Itulah yang bermain di kepalanya sekarang.

"Kau tak payah nak try model tu eh, dasar buaya. Dah jom balik."

Didengarkan saja kata-kata Tengku Hayriel mereka bertiga mula melangkah keluar dari bilik pejabat Tengku Hazrael dan menuju ke lif khas.

---

BUNYI petir memanah dan hujan menitik bagaikan trauma bagi Amanda, walau bagaimanapun dia harus kuat. Kaki diayunkan ke buaian di luar rumah agam mewah tersebut sebelum punggung dilabuhkan.

Nafas dihembus lemah mata mula terasa berat bagaikan menampung air mata. Dia memandang keluar rumah dan tersenyum halus.

"Tuhan, berapa lama lagikah hidupku akan berterusan begini? Sungguh hamba terasa berdosa tinggal bersama lelaki ajnabi walaupun ada kaum sejenis ku juga, malu aku malu Ya Allah kerana duduk senang lenang di dalam rumah mewah ini bagaikan aku lupa asal-usul." bisikkan halus itu ditujukan pada diri sendiri.

"Aku terkedu Ya Allah, demi mu aku bersumpah aku tidak bermaksud ingin mendekati lelaki tetapi aku kagum dengan sikap Tengku Hazrael  sekeluarga..." sungguh dia kagum dengan sikap mulia Tengku Hazrael dan sekeluarga. Layanan mereka terlampau baik sehinggakan dia hampir terlupa asal-usul.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now