𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏𝟓

284 10 4
                                    

     ZIYAD merenung Amanda yang sedang terbaring di atas katil hospital dengan dipakaikan segala jenis alatan yang dipakai ketika koma. Ziyad duduk di tepi katil hospital itu sebelum tangan Amanda diraih.

"Maafkan abang Yad, Eris. Rehatlah, abang harap lepas adik bangun dari koma adik akan lebih baik dari sebelum ini." dia melepaskan tangan Amanda dari genggaman. Ziyad meletakkan bunga lili yang baru dibelinya tadi ke atas meja.

"Abang Yad belikan bunga kegemaran adik. Kalau adik bukan dalam koma mesti adik dah pukul abang sebab tinggalkan adik kena dera dengan maklang yang jahat tu kan? Abang minta maaf, abang tak sengaja nak tinggalkan adik. Abang kena larikan diri sebab ada orang tengah buru abang. Dia kata kalau abang dekat dengan adik nanti dia sakitkan adik, jadi abang tak sanggup." luah lelaki itu. Tengku Hazrael memerhati dari pintu, Ziyad menyeka air matanya.

"Abang dengar Hazrael ada confess dekat adik? Hazrael tu baik sangat jadi adik terima lah dia, kesian dia. Dah lah abang dah sailang Raina dari dia eh bukan abang sailang tapi Raina tu yang jatuh cinta dekat abang. Mesti sebab abang lagi kacak dari Hazrael kan? Hehe." Tengku Hazrael ketawa sebelum dia berjalan ke arah katil itu.

Ziyad menoleh ke belakang sebelum dia menahan gelak. Boleh pulak dia banding diri dia dengan Tengku Hazrael. Sudahlah tuan badan disitu. Aduhai.

"Bunga lili.. bunga kegemaran Eris?" Ziyad mengangguk. Amanda memang sukakan bunga lili dari kecil lagi.

"Dah dekat seminggu dia koma tapi masih tak sedar... lusa aku dah kena balik Perak." kata Ziyad sayu, dia tak mahu tinggalkan Amanda tetapi dia harus ingat yang dia tentera. Dia harus berkhidmat kepada negara.

"Jangan risau aku akan jaga Eris macam aku jaga nyawa aku. Aku akan cuba pindahkan Eris ke hospital Kuala Lumpur sebab kalau nak pindahkan ke Johor aku risau diorang kembali." Ziyad mengangguk sebelum bangun dari duduk. Dia tersenyum ke arah Tengku Hazrael. Dia terhutang budi dengan lelaki itu.

"Aku nak beritahu kau sesuatu..tapi kita tak boleh bincang di sini. Dia sedang memerhatikan kita." kata Ziyad. Tengku Hazrael memandang ke arah Amanda sesaat.

Mereka keluar dari wad Amanda sempat Tengku Hazrael memberitahu anggota polis yang sedang menjaga luar bilik itu untuk tidak benarkan sesiapa masuk. Kalau doktor atau jururawat suruh mereka buktikan.

Ziyad dan Tengku Hazrael duduk di sebuah pondok di luar hospital. Wajah serius lelaki tentera laut itu ditenung.

"Elhan dan Kareef dah buka kes sebelas tahun lepas senyap-senyap. Diorang dua nak aku masuk campur tapi aku taknak tapi lepas apa jadi dengan Eris aku decide untuk setuju." Tengku Hazrael pandang Ziyad tidak percaya.

Apakah...

---

TUNKU Kareef mengigit sebiji buah epal sambil membaca novel. Dia, Tengku Hayriel, Ungku Thareez dan Raja Elhan sedang berada di luar wad Amanda.

Tunku Kareef melipat kulit buku novel itu supaya lebih senang untuk dia membaca. Ungku Thareez yang perasan boleh terasa ngilu. Ini kalau ada Ungku Tharisya mesti Tunku Kareef sudah kena bebel.

"Kareef bak sini epal tu, aku nak sikit." Tunku Kareef menoleh ke Tengku Hayriel sebelum dia menghulurkan epal itu ke Tengku Hayriel.

Tengku Hayriel menyambut huluran sebelum dia mengigit epal milik Tunku Kareef. Setelah dia mengigit sedikit epal itu dia berikan semula pada Tunku Kareef.

"Hayriel." sapa Tengku Hazrael dari belakang sebelum dia meletakkan tangannya di bahu Tengku Hayriel. Ziyad melabuhkan punggung di sebelah Raja Elhan.

Tengku Hayriel menoleh ke belakang. Berubah wajah Tengku Hayriel apabila Tengku Hazrael tidak membawa sebarang makanan.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now