TERBUKA besar mata Tengku Hayriel memakan mee sup di tepi pantai. Sedap sangat mee sup ni! Mereka baru sahaja tiba di Kelantan, Tengku Hazrael fikir dia terus nak ke Balai Polis di Kelantan tetapi disebabkan Tengku Hayriel tak habis-habis merengek kata lapar jadi dia pergi ke kedai makan dahulu.
"Adik kau memang tak reti nak matang eh?" Tengku Hazrael tersenyum halus. Tahu sangat dia yang Ziyad memang ada masalah hati dengan adiknya.
"Hayriel tu memang tak matang mana, tapi kau jangan risau lah dia tu bukan beban. Dia tu tak matang sebab aku jugak, aku yang manjakan dia." kata Tengku Hazrael, jujur. Ziyad memandang ke arah pantai.
Teringat tentang hubungannya dan Raina terus hilang senyumannya. Dia rasa sebersalah sebab tidak menunaikan janjinya. Raina sanggup batalkan perkahwinan dia dengan Tengku Hazrael semata-mata untuk bersama dengan Ziyad.
Tengku Hazrael yang perasan dengan perubahan Ziyad menepuk bahu lelaki itu sebelum berjalan ke arah Tengku Hayriel yang sedang makan bersama Tunku Kareef dan Ungku Thareez kecuali Raja Elhan yang bermain telefon. Dia ingin memberi ruang pada Ziyad.
"Nak tambah satu lagi boleh tak?" tanya Tengku Hayriel memandangkan Tengku Hazrael yang akan bayar makanan dia bersama Tunku Kareef dan Ungku Thareez.
"Hay jangan makan banyak sangat nanti terlampau kenyang habis nak kena cari tandas. Dah habiskan, aku nak pergi bayar. Han, tolong start kan enjin kereta." Tengku Hazrael menghulur kunci kereta ke Raja Elhan lalu lelaki itu mengambilnya dan pergi ke kereta.
Tengku Hayriel mencebik dengan Tunku Kareef. Mereka mahu makan lagi, dah lah dah nak masuk dua hari mereka tak boleh tidur sebab risaukan Amanda. Ni nak makan banyak pun tak boleh.
"Tapi kitorang lapar! Boleh lah." pujuk Tengku Hayriel. Ungku Thareez sudah gelak tak henti.
"Okay tapi bukan mee sup. Nanti lepas pergi balai aku bawa korang pergi mana-mana tempat yang jual keropok." terus senyum lebar dua lelaki itu sebelum mereka berlari anak ke kereta diikuti Ungku Thareez.
Tengku Hazrael tergelak kecil melihat perangai tak matang mereka. Usai bayar, Tengku Hazrael masuk ke dalam kereta dan pergi ke mana-mana Balai Polis terdekat.
Hampir tiga puluh minit juga mereka mencari Balai Polis dan akhirnya mereka jumpa. Mereka semua keluar dari perut kereta sebelum melangkah masuk ke dalam Balai Polis tersebut.
"Encik, saya nak buat laporan." pegawai polis itu angkat kepala tatkala dia mendengar suara Tengku Hazrael.
"Boleh berikan info lebih lanjut?"
---
KEHILANGAN SEORANG GADIS.
Diketahui bahawa seorang gadis yang berumur 21 tahun sudah pun hilang kelmarin lagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hussein Arshad telah menghantar anggota-anggota PDRM untuk menyiasat dan mencari gadis itu.
Tengku Hazrael Qarish iaitu orang yang melaporkan kes ini kepada pihak polis memberitahu orang ramai agar tidak masuk campur seperti dahulu kerana ini adalah masalah privasi.
Penyiasatan ini dilakukan di seluruh daerah Kota Bahru, Kelantan. Ahli keluarga Tengku Hazrael Qarish turut datang ke Kelantan hanya kerana kes ini.
Kehilangan gadis itu mengingatkan mereka terhadap arwah kawan baik Tengku Hazrael Qarish yang pernah hilang juga tetapi disebabkan jejaka itu hilang sudah lama pihak polis bersetuju untuk mengesahkan bahawa beliau sudah meninggal dunia.
Artikel dari Diaries Metro.
---
SEBUAH rumah banglo lama yang agak usang itu ditenung Tengku Hazrael. Setiap kali dia lalu kawasan ini mesti dia rasa sesuatu. Sebelum ini dia hanya abaikan perasaan itu tetapi kali ini dia tidak tahan lagi.
YOU ARE READING
𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]
Storie d'amoreD'REA SERIES 1 ❧𝑲𝒏𝒐𝒘𝒏 𝒂𝒔 𝒉𝒆𝒓 𝒔𝒐𝒇𝒕 𝒔𝒑𝒐𝒌𝒆𝒏 𝒑𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕𝒐𝒓 Jejak sahaja ke dalam rumah kayu Puan Melati dan suaminya hidup gadis bernama Amanda Zerisa itu berubah 180° dahulu mungkin dia ada umi, abi, atok dan abang sepupunya. ...