𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟓

511 16 0
                                    

      TIDUR Amanda yang lena terganggu apabila dia terdengar bunyi besi jatuh. Bunyi itu nyaring dan kuat, Amanda menggosok matanya untuk hilangkan ngantuk.

Dia menyarungkan tudung sarungnya yang berwarna cream sebelum dia keluar dari bilik tidur dan menuruni dari tangga sambil memandang sekeliling.

Dia melangkah ke dapur sebelum dia terkedu melihat Tengku Hazrael yang mengambil periuk yang jatuh ke lantai. Tengku Hazrael mengangkat muka ketika dia seakan perasan seperti ada orang memerhati. Terkaku dia melihat Amanda.

"Awak buat apa?" Tengku Hazrael sebelum meletakkan periuk tersebut ke tempat asal. Dia memandang ke bawah.

"Tadi saya nak ambil garfu tapi terlanggar pulak periuk tu sampai jatuh." terang Tengku Hazrael lembut. Nadanya tidak pernah kasar dengan mana-mana perempuan kerana itu memang prinsip keluarga itu dari zaman moyangnya lagi prinsip itu sudah ada.

Amanda menoleh ke arag berlainan sebelum dia mengurut tangannya. Dia ingin bertanya tentang sidang media kelmarin.

"Awak...okay? Dekat sosial media nama awak dah tak naik macam dulu dah tapi saya tengok awak macam lain je." Tengku Hazrael tersenyum kecil dan angguk lambat. Kenapalah gadis itu lagi kisahkan orang lain daripada diri sendiri? Padahal dia pun mangsa juga

"Saya okay Amanda, awak patut risaukan diri sendiri.." Tengku Hazrael berjalan tepat di sebelah Amanda. Dia melirik ke arah gadis itu, cantik bagaikan bidadari. Entah mengapa ramai yang kata gadis itu hodoh? Jerawat itu normal.

"Kenapa awak berhadapan sendiri daripada suruh penulis artikel itu padam artikel yang dia tulis?" soal Amanda, dia pelik mengapa Tengku Hazrael memilih untuk berhadapan sendiri.

"Saya tak nak sia-siakan penulisan dia." jawab Tengku Hazrael

"Saya naik dulu." kata Tengku Hazrael, setelah Amanda mengangguk dia berlalu ke tingkat atas. Sampai di dalam bilik pintu itu dikunci.

Tengku Hazrael merebahkan diri pada katil sebelum dia tersenyum manis sehingga ke telinga. Dari tadi dia menahan senyum.

"Arghh, dah kenapa kau ni Hazrael!" dia menekapkan muka pada bantal lalu mejerit sekuat hati. Nasib bilik itu kedap suara.

Amanda yang di dapur sedang masih lagi berdiri di situ. Terlupa pula dia ingin bertanya kenapa Tengku Hazrael mahu mengambil garfu sebentar tadi.

---

BEG peninju dihadapannya ditumbuk sekuat mungkin, peluh mengalir di badan. Raja Elhan terduduk di di lantai bersama peluh di tubuh.

"Ril, takkan kau tak boleh masuk campur sikit pun? Dia adik sepupu kau."

beg peninju itu di tumbukknya sekali lagi. Mata tajam menikam beg peninju. Pisau di atas meja di ambil sebelum di baling tepat ke arah sebuah gambar.

"Aku sanggup mati hanya untuk dia jadi takkan kau tak boleh tolong!" tinggi suara yang Raja Elhan pada lelaki di belakangnnya. Kemarahannya sudah sampai ke puncak, Dia sanggup mati demi gadis itu!

Lelaki di belakangnnya terkedu dia tidak pernah melihat Raja Elhan semarah itu. Lelaki itu mengeluh, dia faham dengan perasaan Raja Elhan. Bukan cinta tetapi sayang.

"Aku bukan apa Elhan aku cuma taknak Eris banyak fikir kalau kau buka kes ni. Nanti diorang dah boleh jejak aku kalau aku tolong." kata lelaki itu bagi menenangkan Raja Elhan. Raja Elhan menghela nafas dan memusingkan badan untuk memandang lelaki itu.

"Kau memang tak kesiankan dia ke?" lelaki itu hanya boleh tersenyum. Dia merenung anak mata Raja Elhan.

"Aku kesian tapi sekarang aku tengok dia dah ada kebahagiaan dia. Dia dah tak sakit dah, engkau pun kadang-kadang jumpa dia jadi tak lah aku risau mana, nanti pun kalau masa dah tiba aku pasti kawan kau yang sorang tu akan ajak aku jumpa." senyuman palsu tercipta pada bibir lelaki itu, tipulah kalau dia kata dia tak risaukan gadis itu. Dia terlampau risau sebab itu dia menjadi sebegini

Lelaki itu berjalan keluar dari bilik gym Raja Elhan yang terletak di penthouse milik Raja Elhan.

Raja Elhan turut keluar dan memerhati lelaki itu pergi dari penthousenya. Dia berdiam diri untuk seketika. Raja Elhan mengeluarkan telefon pintarnya sebelum nombor seseorang didail.

Kareef Naufal

"Assalamualaikum, Pahal?" kedengaran suara serak basah Tunku Kareef di hujung talian tetapi masih boleh kedengaran yang dia sakit hati. Tengah sedap tidur boleh pula kacau mana lelaki itu tidak sakit hati.

"Dia tak setuju." terus dia bangun dari baring, Tunku Kareef menahan geram ketika dia mendengar ucapan Raja Elhan.

"Dah tu macam mana?!" Raja Elhan menyimpan senyuman sinis mendengar suara maskulin Tunku Kareef.

"Don't worry, I'll take care of everything Tunku Kareef." Raja Elhan tamatkan talian sebelum sim card di patahkan dan disimpan ke dalam kocek seluar.

Telefon Galaxy S23 Ultra miliknya pula di baling ke bawah. Raja Elhan bersiul santai dan berjalan ke biliknya. Senang sahaja untuk pujuk lelaki itu supaya setuju jadi buat apa gelabah?

---

PADA keesokannya Tengku Hazrael keluar bersama Tengku Hayriel untuk ke rumah keluarga Ungku Thareez. Mereka berdua ingin semangati Ungku Thareez dari rasa sedih kehilangan bekas tunangnya.

Tiba di rumah agam keluarga Ungku Thareez pasangan kembar itu keluar dari kereta dan masuk ke dalam diiringi oleh pembantu rumah agam itu.

"Reez." Tengku Hazrael dan Tengku Hayriel pantas memeluk Ungku Thareez dan menepuk belakangnya.

"Korang ni relaks lah.. aku redha yang Dyreena tu bukan jodoh aku." digepal erat penumbuk Tengku Hayriel, benci sungguh dia jika ada orang menyakiti kawannya.

"Eee budak Nusha Dyreena Sadyina tu kan!! Dah lah nama panjang! Kesian dekat bakal suami dia nanti. Nasib bukan kau Reez! Kalau aku jumpa budak kaki kikis tu memang lumat-lumat aku bebel kat dia." bebelan Tengku Hayriel menerima jelingan dari Ungku Tharisya. Tengku Hayriel sekadar menyambung bebelan.

Tengku Hazrael tepuk dahi malu dengan perangai adik kembarnya. Ungku Thareez hanya ketawa tanpa henti bagai tiada hari esok.

Bahkan Tunku Kareef yang baru sampai pun terikut gelak walaupun tidak tahu tentang apa. Tengku Hazrael sudah pasrah.

"Gila dah ke dorang ni eh hai abang Darwish!" kata Ungku Tharisya terhadap Raja Elhan saat dia perasan Raja Elhan di situ juga.

"Hm hai Risya." tersenyum manis Ungku Tharisya membuat Raja Elhan mengeluh.

"Risya, tolong pergi ambil air sejuk untuk abang kejap." Ungku Tharisya laju mengangguk dan pergi ke dapur untuk mengambil air sejuk

Raja Elhan mematahkan jari-jemarinya sebelum dia menghampiri Tengku Hazrael. Tengku Hazrael yang seperti faham dengan apa yang akan berlaku terus berjalan ke belakang.

Ungku Tharisya yang sudah kembali memberi Raja Elhan gelas yang berisi air sejuk itu, dengan pantas Raja Elhan mengambil gelas itu dan merenjis air sejuk itu ke Ungku Thareez, Tunku Kareef dan Tengku Hayriel.

"Woi sejuk lah!" marah ketiga-tiga jejaka itu. Raja Elhan menarik senyuman kecil sebelum dahi ketiga-tiga jejaka itu dijentik.

"Idiot." ketawa besar Tengku Hazrael mendengar itu, Ungku Thareez berasa amat bahagia walau di dalam hati masih terasa kepedihan yang amat sukar untuk hilang.

Mata ketiga-tiga jejaka itu mendarat pada kolam yang dekat dengan ruang tamu itu. Terguris senyuman nakal di bibir.

"Alang-alang dah basah sikit ni baik basahkan semua." lalu mereka berlari dan lompat ke dalam kolam. Ungku Tharisya sudah naik ke atas untuk mengambilkan tuala.

Turun semula ke bawah dia letakkan tuala itu ke atas meja di tepi kolam. Dia merengus apabila bajunya basah terkena renjisan Ungku Thareez.

"Abang habis basah baju Risya!!"

---

Maaf jika ada kesalahan tatabahasa, maafkan saya juga sebab chapter ni cliche, saya baca pun macam hmm tapi nak buat macam mana kan? Dah jalan cerita macam ni.
-NightRosezz, NR.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now