𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟑

596 21 2
                                    

WAJAH gadis dihadapannya di pandang. Wajah gadis itu sungguh cantik, rambut hitam lurus, hidung mancung bibir yang berwarna merah jambu itu menserlahkan lagi kecantikan gadis itu. Tetapi malangnya hati gadis itu tidak lagi berdegup kencang kerana dirinya.

"Sit Raina." Raina melabuhkan punggungnya di hadapan jejaka itu, dia menghela nafas. Dia menyelitkan beberapa rambutnya ke tepi telinga.

"Kenapa you nak jumpa i, Hazrael?" Tengku Hazrael menghirup air americano miliknya.

Dia memandang mata Raina dan tersenyum nipis. Raina berasa hairan, mengapa Tengku Hazrael ingin berjumpa dengannya?

"Raina, you ada kan nombor lelaki tu?"

Lembut sahaja suara Tengku Hazrael menanya. Raina kerut kening, lelaki mana?

"Lelaki?"

Tengku Hazrael menegakkan posisi duduknya kemudian dia memandang tajam anak mata Raina Melissa itu. Tahu sahaja cara pandangan Tengku Hazrael sudah berubah terus dia faham.

"Ziyad Al-Zahril." ditekannya nama jejaka itu. Raina sekadar mengangguk.

Raina menulis nombor jejaka bernama Ziyad Al-Zahril itu dan menghulur kertas itu ke Tengku Hazrael.

"Here." Tengku Hazrael senyum sekilas. Dia mengambil kertas yang dihulur itu lalu disimpan ke dalam kot kerjanya.

"Okay then.. i have to go first." Raina menahan Tengku Hazrael menggunakan beg tangannya.

"Kenapa you nak nombor dia?"

"Adalah."

---

RAJA Elhan melirik tajam wajah Tunku Kareef. Dia baru sahaja tiba di syarikat TKF brand iaitu syarikat keluarga Tunku Kareef.

Tunku Kareef meletakkan fail-fail tentang kes 11 tahun lepas. Raja Elhan bersandar pada sofa yang terletak dalam pejabat Tunku Kareef.

"Kita kena buka balik kes ni." pinta Tunku Kareef. Tegas.

"Kita bukan polis Reef. Kau fikir senang-senang je ke nak buka kes ni balik? Lagipun kita tak boleh buka balik sebab kita bukan ahli keluarga dia," tutur Raja Elhan, dia bukan tidak mahu menolong tetapi kes ini bukan main-main.

"Aku tahu Han, tapi kau tak kesian ke dekat Hazrael, auntie dan uncle?."

Raut wajah Raja Elhan berubah muram, kes ini memang pening dan merumitkan. Polis pun sudah buat keputusan untuk tutup kes ini setelah apa yang terjadi.

"Baiklah tapi bagi aku jumpa lelaki tu dulu." Tunku Kareef angguk,dia tahu siapa yang dimaksudkan sahabatnya itu. Lelaki yang akan Raja Elhan jumpa itu baik, pintar dan pernah berkawan dengan orang di kes yang akan Tunku Kareef dan Raja Elhan buka semula.

"Aku tahu tapi jangan risau kes ni kau dengan aku je."

Anak mata coklat tua itu merenung anak mata coklat muda Raja Elhan itu. Raja Elhan menepuk bahu Tunku Kareef, dia senyum kecil. Tunku Kareef berdiri dan duduk di sebelah Raja Elhan.

"Aku rindu dia Han." sayu Tunku Kareef berkata dia rindu akan arwah kawan baik mereka.

"Aku pun rindu dia Reef.."

---

BUK! Amanda angkat kepala untuk tengok siapa dia telah langgar sebab keras sangat. Terbeliak matanya tatkala orang yang dia langgar adalah Tengku Hazrael Qarish! Ini sudah kali keempat dia terserempak dengan Tengku Hazrael. Maklumlah dia sudah berada di Kuala Lumpur selama seminggu.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now