𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏𝟕

273 10 2
                                    

     DATIN Jasmine membetulkan selimut hospital yang sedang menyelimuti tubuh Amanda yang sedang koma. Baru sahaja Datin Jasmine ingin pergi matanya terhenti pada jari Amanda yang seperti sedang bergerak-gerak.

"Amanda?" tangan Amanda dipegang. Perhatian Datin Jasmine masih tertakluk pada jari Amanda.

Gadis itu seakan mahu bangun. Datin Jasmine mengusap tangan Amanda.

"Abang, Amanda dah nak bangun! Panggil doktor cepat!" Tengku Hayran yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam wad itu keluar semula untuk memanggil doktor.

Zarief melangkah masuk ke dalam wad persendirian Amanda bersama Tengku Hayran. Perlahan-lahan mata Amanda terbuka.

"Cik? Cik boleh nampak saya tak? Boleh dengar suara saya?" terkebil-kebil mata Amanda memandang Zarief. Kepalanya terasa berdenyut-denyut, pandangannya pun tidak terlampau jelas.

Lama-kelamaan pandangannya yang samar-samar sudah menjadi makin jelas. Zarief mengeluarkan lampu suluh sebelum sekilas dibawa ke arah mata Amanda lalu dia menyimpan menyimpan semula lampu suluh miliknya.

"Ni nombor berapa?" jari yang dibuat angka empat itu ditunjuk pada Amanda.

"E.. empat?" Zarief tersenyum sebelum dia memakai stetoskop miliknya.

"Boleh saya periksa cik kejap?" Amanda mengangguk. Setelah dapat keizinan Amanda, Zarief meletak hujung stetoskop itu pada tempat yang sepatutnya.

Zarief senyum lembut apabila jantung Amanda berdegup biasa. Tidak terlampau kencang tidak terlampau perlahan, biasa sahaja.

"Boleh cik gerakan jari kaki cik?" Amanda cuba untuk menggerakkan jari kakinya namun tidak boleh, Zarief mengeluh sebelum berhentikan Amanda dari mencuba lagi. Datin Jasmine memandang ke arah Zarief. Tengku Hazrael dah yang lain baru sahaja tiba di hospital.

Mereka terkejut dan juga gembira melihat Amanda yang sudah sedar itu. Belakang Tengku Hazrael ditolak oleh Raja Elhan dan Tengku Hayriel.

"Pergi lah kat Amanda..mesti kau rindu nak dengar suara dia." Tengku Hayriel tersenyum, walaupun dia pun menyukai Amanda namun dia dengan ikhlas akan mengalah. Abangnya lebih layak untuk bersama dengan gadis itu.

Tengku Hazrael mendekati katil Amanda sebelum dia mengucup pipi Datin Jasmine dan menyalam tangan ibunya. Tangan Tengku Hayran turut disalam.

"Oh tepat pada masa, boleh Tengku ikut saya? Saya nak beritahu keadaan Cik Amanda pada Tengku memandang Encik Ziyad tiada." Tengku Hazrael mengerling ke arah Amanda sebelum dia mengangguk. Dia dibawa ke luar pejabat Zarief untuk berbincang.

Tengku Hazrael duduk di kerusi yang berada di depan meja Zarief. Zarief memandang ke hadapan, dia meletak stetoskop di atas meja.

"Disebabkan Cik Amanda ditikam di bahagian paha jadi memang ada kemungkinan dia untuk susah berjalan. Tapi Cik Amanda ni lain sikit, dia tak boleh langsung untuk gerak. Jari pun tak boleh." Tengku Hazrael terkedu saat Zarief berkata begitu. Lidahnya terasa kelu dan dadanya berdebar-debar.

"Untuk tahu masalah Cik Amanda saya sarankan dia untuk buat pemeriksaan lagi. Seperti Foto Rontgen, CT scan, MRI, Elektromiografi (EMG) dan Lumbal pungsi." ujar Zarief.

"Baiklah." setuju Tengku Hazrael.

Pemeriksaan terhadap Amanda dilakukan. Tengku Hazrael sudah pun memberitahu kepada Ziyad tentang itu dan dia pun setuju. Kesemua pemeriksaan itu berjalan lancar, pemeriksaan itu tamat setelah dua hari.

Amanda yang sedang baring di katil memandang ke arah Zarief, dia ingin tahu apa penyakitnya. Dia sudah tidak harus memakai alat-alat orang yang tengah koma.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now