𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟖

402 18 3
                                    

      KAKI di langkah ke arah Amanda sebelum lengan Amanda ditarik untuk mengikutinya. Amanda cuak memandang wajah Aiman dan cuba untuk melepaskan tangan Aiman dari menariknya. Kenapa Aiman disini?

"Lepas lah! Lepas saya cakap, Aiman Mikael!" Aiman melepaskan lengan Amanda, dari jauh Kalisha dan Puan Melati sudah naik marah.

"Kenapa lari ke Kuala Lumpur, Zerisa? Saya dah berubah, sumpah! Maklang dan paklang awak pun rindukan awak." kata Aiman lembut sebelum pipi Amanda diusap. Amanda pantas tepis tangan Aiman.

Amanda berlalu pergi dia malas ingin bergaduh seperti orang tidak tahu malu. Aiman lari mengejar dan memegang lengan Amanda. Sementara itu Kalisha dan Puan Melati berjalan ke arah mereka berdua dan menarik lengan Amanda juga.

"Ikut aku balik, kau jangan nak menyusahkan aku. Aku jaga kau dari 10 tahun lepastu kena pukul sikit dah lari dari rumah?" keras suara Pusn Melati. Terketap-ketap bibir Amanda kerana menahan amarah.

Baru sahaja ingin membalas ada satu tangan yang urat sudah tertimbul memegang tangan Aiman. Wajah tegang Tengku Hayriel membuat mereka tersentak.

Mata Tengku Hayriel sudah seperti singa kelaparan. Tangan Aiman di bawa ke sebelah sisi supaya tidak menyentuh Amanda semula.

"Tak tau beza halal haram ke? Dah tak tahu ikhtilat tu apa? Saya orang yang tak jaga ikhtilat sangat pun tahu ikhtilat tu apa." geram Tengku Hayriel berkata. Dia mengigit dalam pipinya.

Situasi yang agak kecoh itu menarik perhatian orang ramai. Ada yang merakam dan ada yang membisik ke kawan mereka.

"Dan Kalisha, saya tak tahu apa hubungan awak dengan Amanda tapi awak kena ingat Q Agensi tidak menerima orang kaki hina atau pembuli." tegas suara Tengku Hayriel sebelum dia berlalu pergi dengan Amanda. Pandangan orang ramai tidak dihiraukan.

Amanda mengerling ke wajah Tengku Hayriel, dia tidak pernah perasan Tengku Hayriel begitu kacak. Dia tunduk ke lantai, bagaimana maklang boleh tahu dia disini?

Datin Jasmine mendekati mereka. Sudah kenapa mereka dia ni? Lengan Amanda di sentuh.

"Kenapa ni?" halus bak serpihan kaca suara Datin Jasmine. Tidak pelik bagaimana Tengku Hayran boleh jatuh cinta.

Walaupun sudah berusia Datin Jasmine masih kelihatan cantik, mukanya tidak berkedut langsung. Amanda geleng kepala.

"Tak ada apa-apa lah mummy." Tengku Hayriel alih pandangan ke Amanda, gigi diketap kuat. Dia tidak suka apabila Amanda menipu.

Tengku Hayriel raup mukanya. Datin Jasmine suda berasa aneh, jarang Tengku Hayriel perangai macam ini. Tak mengapalah, dia akan tanya setelah pulang ke rumah.

Kalisha menutup pintu kereta dengan ganas. Marah akan kejadian tadi, Aiman disebelahnya meraup kasar rambutnya.

"Sial! Macam mana mamat kerabat tu kenal Zerisa, Kalisha Irdina?!" lantang dia bersuara. Tangan sudah sedia untuk menarik tudung Kalisha namun dihalang oleh Puan Melati.

"Manalah aku tahu, entah-entah dia tu dah goda Tengku Hayriel. Ya lah dia kan pelac-" tidak habis mengatakan perkataan tersebut wajahnya sudah ditampar. Puan Melati tekup mulutnya manakala mata Encik Shauki sudah mencerlung tajam ke arah Aiman.

"Kau ni memang otak tak ada kan?" sinis Aiman. Kalisha pegang mukanya lalu dia tertawa halus. Tangan Aiman ditarik.

"Macam kau tu baik sangat, kau fikir aku tak tahu yang tangan ni hampir buat Zerisa mati? Kau tak kena humban dalam penjara waktu tu pun sebab ayah kau bayar pengetua kita supaya tak beritahu polis." bisik Kalisha di telinga Aiman. Sengaja dia tekankan perkataan 'mati' itu.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now