𝐁𝐉𝐓𝐇|𝟏

864 22 1
                                    

     TENGKU Hazrael menuruni anak tangga sambil jari melipat lengan baju melayu sempat dia mengerling sekilas ke arah adik kembarnya. Tengku Hayriel membetulkan rambutnya sebelum dia memandang Tengku Hazrael. Satu kening diangka ke atas.

"What?" soal Tengku Hayriel dengan muka poyo. Tengku Hazrael membuang muka dan bahu Tengku Hayriel dipukul kuat manakala Tengku Hayriel yang mendapat pukulan itu merungut.

"Orang pergi masjid solat bukan menggatal." sindir Tengku Hazrael sebelum dia berjalan ke ruang tamu sempat dia menjeling tajam ke Tengku Hayriel. Tengku Hayriel mengikuti langkah Tengku Hazrael.

"Alah kita kan nak pergi rumah Allah jadi kena lah wangi." balas Tengku Hayriel sebelum dia tersengih. Ada sajalah alasan Tengku Hayriel untuk mengelak.

Langkah saja ke ruang tamu terdapat Tengku Hayran Qaerzi menunggu mereka. Mereka melirik ke arah bapanya lalu ibunya sempat mereka memberi isyarat mata. Tengku Hayran berjalan setapak ke arah Tengku Hayriel sebelum minyak wangi Tengku Hayriel menusuk ke dalam rongga hidung.

"Boleh pingsan orang bau minyak wangi budak ni." perli Tengku Hayran sebelum tangan Datin Jasmine dipegang dan berjalan ke arah pintu utama tatkala itu Tengku Hazrael dan Tengku Hayriel melihat sesama sendiri. Tengku Hazrael sudah kemam bibir kerana ingin menahan gelak manakala Tengku Hayriel sudah mencebir bibir.

Selepas itu Datin Jasmine, Tengku Hayran, Tengku Hayriel dan Tengku Hazrael memasuki ke dalam kereta Range Rover yang sudah disediakan oleh pemandu. Dalam beberapa saat kereta itu tatkala mengeluarkan bunyi enjin dan bergerak pergi.

---

KAIN yang basah disangkut pada tempat penyangkut, kepala dipaling pada cermin, kaki di bawa di hadapan cermin. Bahagian tubuhnya seperti lengan itu penuh dengan lebam tidak lupa juga ada kesan melecur akibat air teh o panas yang disiram oleh Puan Melati pada permukaan kakinya. Dia turut dipukul teruk oleh paklangnya dari asar sehingga maghrib tanpa henti kecuali saat sudah masuk waktu solat. Tangannya digepal erat.

"Aku kena lari, aku tak kisah kalau tempat bas dah tutup ke apa yang penting aku kena lari." Amanda bisik sendiri sebelum bag diambil dan almari dibuka. Tangan mengambil baju, seluar dan juga keperluan lain.

Dia sudah menyimpan duit dari dulu hanya kerana ingin melarikan diri dari rumah seperti neraka ini. Sewaktu dia kecil dia pernah berfikir bahwa maklang dan paklangnya sudah berubah namun tidak mereka tidak pernah berubah.

Anak mata mengelilingi bilik yang suram itu namun belum sempat dia ingin zip beg miliknya terdapat satu suara yang membuat tubuhnya dengan tangkas menyorokkan bagnya ke bawah katil. Otaknya bercelaru siapakah yang datang ke rumah maklangnya? Tidak mungkin itu maklang dan paklang kerana mereka di masjid.

"Zerisa." suara lelaki yang memanggil namanya itu membuat Amanda terasa hairan sebelum otaknya mula berfungsi dan apabila dia mengenali suara itu dia mula panik.

Amanda mengunci pintu biliknya dan menyorok di dalam almari dadanya berombak ganas. Dia kenal suara itu!Tetapi tak mungkin kerana lelaki itu dalam penjara tak mungkin dia sudah keluar. Lelaki itu dia adalah lelaki yang pernah mencuba menculiknya sewaktu dia berumur 17 tahun.

Jika bukan sebab abang sepupunya yang menolongnya mungkin dia sudah diculik oleh lelaki kejam itu. Dahulu dia boleh mengharapkan abang sepupunya untuk tolong selamatkan dirinya namun sekarang? Tiada siapa-siapa.

Seketika itu jeda.

Amanda keluar dari almari setelah itu dia mengambil bagnya semula dari bawah katik, bag itu dizip kemudian bag itu digalas kemas. Amanda membuka tingkap biliknya kemudian dia perlahan-lahan melompat keluar dari tingkap.

𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 [HIATUS]Where stories live. Discover now