Roti buatan kami semua ianya mungkin pelik tapi sedap. Tidak tahu tapi rasanya selepas ada anak dan isteri semua perkara yang dulu aku anggap pelik menjadi sangat biasa tidak malah bertambah istimewa.
Bayi kecil daddy tengah tidur ini kali pertama daddy pakaikan baju itupun lepas mummy paksa. Daddy bukan tak mahu tapi takut Kashah waktu ni sangat kecil nak kata tak minum susu setiap 3 jam bangun nak susu. Apapun bila dah besar jangan melawan mummy kena sayang isteri daddy tau. Ini paksa.
Waktu ni Kashah demam tak sampai hati daddy nak pergi kerja selalu anak daddy yang aktif jadi lemah letoy bukan buat mummy je susah hati tapi daddy pun. Susu pun sikit je minum mummy sikit je lagi nak kena baby blues. Semoga sihat-sihat selalu ya anak daddy. Daddy sedih tengok Kasha sakit tapi ianya bertambah sakit bila mummy menangis dan bercakap dia gagal jadi mummy untuk Kashah. Bagi daddy, mummy selalu jadi yang terbaik.
Tengok ni kecil je tangan Kashah mana tak daddy takut. Mummy pun tangan kecil. Masa ni mummy nak bawa jumpa maktok kat penjara Kashah nangis taknak tengok maktok dan adik mummy, tapi mereka tak marah pun malah mendoakan Kashah jadi goodboy tau.
Gambar ni selepas 2 minggu Kashah lahir kedunia. Daddy suka cium Kashah sebab wangi sangat serius daddy tak tipu air liur pun wangi. Sampai mummy marah kata jangan cium selalu nanti Kashah bangun. Mummy ni kan nak merajuk tapi tak boleh. Sayang mummy dengan Kashah.
YOU ARE READING
TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZ
Romance[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHAN : LATAR BELAKANG YANG MENGIKUT IMAGINASI ...