" BYE ." Lambaian yang diberikan dan juga teriakan dari Puan Adiyah untuk suami dan anaknya.Dimaklumkan Puan Adiyah tak sabar nak berbelanja sakan dengan menantu eh bakal menantu maksudnya.
Selepas saja kereta meluncur keluar dari perkarangaan mansion bersama puluhan kereta bodyguard yang ditugaskan menjaga dua permaisuri. Selepas itu suara tegas dan datar dari Tuan Afran kedengaran mengintimidasi anak-anaknya itu.
" Korang dah dapat keluarga menantu daddy Fawaaz?"
" Sudah ." suara tidak kalah datar kerana apa yang berkaitan Sya adalah urusan mereka juga. Seperti buat jahat di balas jahat, bukan Sya tapi Liongerz.
Mari kita telusuri Kumpulan Liongerz.
Ditubuhkan sebelum Tuan Afran dilahirkan pelopor kepada kumpulan ini ialah atuk kepada Fawaaz sendiri bersama 3 sahabatnya yang lain.
Perniagaan yang dilakukan oleh kumpulan ini ialah penjualan perkapalan Kapal yang hampir berjuta-juta harganya, seperti Norwegian Epic, Ovation Of The Seas, MSC Seascape dan juga MSC Seashore.
Selain syarikat perkapalan Liongerz juga melakukan perniagaan jual beli senjata yang berpusat di Rusia. Senjata yang diperuntukan jual beli hanya untuk pasaran cerah dan terang benderang iaitu Angkatan Tentera Diraja bukan untuk pasaran gelap. Mark that word.
Liongerz juga melakukan aktiviti membekalkan dadah untuk keperluan Hospital bagi kerajaan dan juga swasta dan pastinya legal.
" Daddy tak sabar nak jumpa bakal besan daddy. Jom Boys." ucap Tuan Afran dengan sinisan. Mengingati bahawa keluarga gadis itu sendiri ingin menjual ya kepada Along untuk melunaskan hutang membuatkan Tuan Afran mengetapkan gigi. Gweram.
Fawaaz yang sangat faham apa saja yang bakal menyakiti gadisnya bakal dihapuskan tapi tak tahulah. Fawaaz menganggkat bahu.
Carlen and the gang hanya mengikuti arah lelaki tua itu menuju ke ruangan rahsia iaitu red room. Red room menjadi tempat yang sangat dahsyat mereka akan diseksa secara halus.
Tiada seorang yang bersuara sepanjang perjalanan mengingat muka Fawaaz dan Tuan Afran yang ketat itu. Bukan mereka berdua saja yang lain turut sama geram dengan perbuatan keluarga Sya jadi mereka mahu bermain dengan keluarga itu sedikit saja. Alah sikit apa lah sangat cucuk-cucuk manja je.
" Selamat pagi Tuan Afran dan Tuan Muda sekalian." tunduk hormat pengawal itu kepada Tuan Afran dan kroninya.
" Hm."
" Macam mana besan saya adakah dia selesa duduk di sini?"
" Mereka sudah kami tak bagi makan dan juga cuit-cuit sedikit." gaya yang dibuat berbisik.
YOU ARE READING
TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZ
Romance[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHAN : LATAR BELAKANG YANG MENGIKUT IMAGINASI ...