Dipagi hari yang berembun terlihat dua manusia yang masih lagi bergulung selimut di bilik bernuasa putih. Selepas subuh saja Fawaaz memujuk isterinya untuk tidur semula memandangkan Sya sedang di fasa menyesuaikan diri menjadi ibu. Sya muntah sedikit selepas Fawaaz menyuapkan buah apel kepadanya.
Muka kepenatan Sya berada di fasa menyesuaikan diri ini membuatkan Fawaaz sangat risau sehingga dia meminta Asyraf membawa baju-baju ya ke hospital. Muka tenang Sya ketika tidur mengurangkan sedikit kegusaran di hati Fawaaz.
Doktor khusus Sya juga mengatakan bayi dan ibu sangat sihat terkadang saja melemah kerana semua bergantung kepada si ibu juga emosi dan pemakanan. Fawaaz yang sentiasa siap siaga untuk isterinya menuntut ilmu kepada mummy ya Adiyah tentang penjagaan di awal kehamilan wanita. Fawaaz mencatat dan dilekatkan di dinding serta disematkan juga sebagai Wallpaper home iphone ya.
TOK
TOK
Bunyi pintu diketuk perlahan oleh salah satu penjaga dan mengatakan bahawa doctor yang khusus memantau Sya datang untuk memeriksa. Dia menyuruh membenarkan mummy Carlen masuk lalu Fawaaz menegur Liz Andina nama ibu Carlen nama saja ala-ala luar negara namun hakikatnya pure melayu.
" Morning mummy Liz." Liz hanya tersenyum kepada anak sahabatnya lalu melihat ke arah Sya.
" Morning too, mummy Liz datang nak check Sya dia baru tidur ke? Muntah lagi? " soal Liz kepada Fawaaz dengan jari yang akan menulis beberapa point.
Fawaaz menganggukan kepalanya lalu menceritakan bermula Sya terbangun pada pukul tiga pagi muntah sehingga selepas subuh Sya tertidur selepas memakan buah apel.
Liz hanya menulis sesekali memandang Fawaaz. Dia berkata " Tolong kejutkan Sya mummy nak check darah."
" Pelan-pelan je kalau tak nak bangun nanti mummy Liz datang lagi." Katanya lagi.
Dia faham lalu cuba mengejutkan isterinya. Dia mencium kening Sya lalu menoel pipi itu memanggil halus nama isterinya,
" Sayang bangun jom doctor nak periksa sayang dengan baby ."
Terpisat-pisat Sya cuba menyesuaikan mata dengan cahaya dia memadang Fawaaz yang lagi tadi memandang cuba untuk membangunkanya.
Dia melihat doctor lalu di menutup semula mukanya dengan selimut. Fawaaz tersenyum dia tahu tentang tabiat isterinya ketika malu dilihat oleh orang lain ketika bangun tidur lalu Fawaaz membuka selimut itu.
" Sayang kenapa tutup?" soal ya bergurau.
" Malu." Singkat saja Sya menjawab.
Liz yang melihat itu kan jadi rindu dengan suaminya. Setiap pagi suaminya akan menyempatkan diri berjumpa Liz dengan membawa sarapan kegemaran isterinya.
Dia tersenyum melihat anak sahabatnya yang dulu keras serta dingin saja menjadi hangat apabila bersama pasangan ya. Damai sekali melihat itu.
Fawaaz memberikan isyarat kepada Liz untuk menunggu sebentar. Liz menyetujui lalu mengambil iphone ya untuk membuat panggilan kepada perawat wanita untuk mengambil air untuk ditambah di wayar Sya dan juga barang perubatan yang lain.
YOU ARE READING
TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZ
Roman d'amour[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHAN : LATAR BELAKANG YANG MENGIKUT IMAGINASI ...