🌹
GUSAR. Sudah agak lama dia duduk di tempat itu. Bersama tangan yang memegang bakul yang tidak seberapa kecil, namun tidak seberapa besar juga. Bakul yang bersepulur kuih-muih itu diletakkan di sisi. Seraya duduk dengan perasaan resah.
Itulah rutinnya setiap pagi. Menghantar kuih yang ibunya buat ke warung kopi. Selepas itu, barulah dia ke sekolah. Ada masanya, dia terheret masuk ke bilik disiplin disebabkan masalah lewat datang. Hampir setiap hari. Bagaikan sudah lali dan bagaikan sudah biasa didenda.
Mungkin, hari ini dia akan terlebih lewat. Jarak ke warung masih agak jauh. Lebih-lebih lagi nak ke sekolah. Naik teksi mahal pula. Huh!
Sesekali, dilihatnya langit yang semakin lama semakin murung. Semakin ganas terbersin. Kilat menyambar di mana-mana. Bersama suara guruh yang lantang bergema. Sedangkan gemeretak hujan, tidak kalah laju mengguyur bumi.
Tudung sekolah yang tersarung dikepalanya dikemaskan. Habis basah lecun. Sebelum dia kembali mengamati suasana sepi di tempat itu.
"Adik manis nak pergi mana ni?" Entah dari mana datangnya, seorang lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30-an menyapa.
Dalam sekelip mata, bakul kuih ibunya sudah dalam genggaman jejaka itu. Buatkan dia terdiam sejenak. Perasaan takut mula menjalar di dalam hati.
"Nak abang hantarkan adik ke sekolah?" Semakin berani. Lelaki itu cuba untuk menyentuh bahunya. Buatkan dia gesit berundur ke belakang.
"Bagi balik bakul tu!" digagahkan dirinya untuk bersuara. Namun, apa yang dia dapat?
Lelaki itu mencampakkan bakul tersebut. Hinggakan semua isinya melampar di atas lantai yang kotor. Berlutin jadinya. Berdesup darahnya melihat itu.
Bertambah marah, dia melenting, "Apa ni!"
"Alah, rilek lah. Nak main-main pun tak boleh? Adik baik tak? Tolong abang boleh? Abang nak main sekejap lah dengan adik..."
Lancang mulut lelaki itu. Dari marah, dia mulai takut. Kata-kata itu berjaya membakar segala keberanian dalam dirinya. Lebih-lebih lagi, sudah banyak kes rogol yang dia saksikan di kaca TV dan akhbar. Buatkan keresahannya semakin membakul.
Di saat lelaki itu mula menapak menghampirinya, dia berundur. Sehingga dia merasakan, dirinya kini di bawah guyuran hujan yang lebat. Tidak menunggu lama, dia berlari sekuat tenaga.
Bersama air mata yang sudah terlanjur mengalir deras di pipi, bersama mulut yang sedari tadi melafazkan kalimah-kalimah suci, dibawa dirinya itu berlari tanpa tujuan.
Lelaki yang tidak dikenalinya itu masih mengejar langkahnya. Hujung telinganya menangkap suara tawa halus yang menyeramkan.
Sehingga satu saat, tubuhnya rebah menyembah lantai tanah. Detik itu juga, pandangannya berpinar-pinar. Darah mengalir keluar daripada hidung. Sebelum dunianya gelap dan kelam.
Laura Humaira mencelikkan kelopak matanya. Gesit dia berundur ke kepala katil. Badannya meringkuk. Nafasnya tidak teratur.
"Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim..."
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
Romance"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicar...