Bab 26

35.1K 1.6K 97
                                    

🌹

"GOOD morning, kesayangan abang." Parau suara Azriel berbisik pada telinga isterinya. Dia berdiri di belakang Humaira sebelum tubuh kecil wanita itu dipeluk. Pagi-pagi rasa macam tak cukup oksigen dibuatnya.

Humaira tersenyum. Ketika dia berpaling, dia melihat Azriel sudah kemas dengan seragamnya. Sekembalinya mereka dari French, dia tahu mereka akan kembali ke dunia masing-masing. Azriel kembali bertugas, sedangkan dia akan duduk di rumah. Pernah sekali dia meminta izin kepada Azriel untuk bekerja, tetapi lelaki itu melarang keras. Mahu tak mahu dia mengalah.

"Handsome betul suami saya pagi ni," ujarnya. Lengan Azriel dirangkul. Membawa jejaka itu ke meja makan.

"Hari ni sayang ada check up, kan?" Azriel memandang wajah bening isterinya. Wajah yang semakin berseri-seri setiap hari. Cantik.

"Ada." Sedar tak sedar, tidak lama lagi mereka akan menimang cahaya mata. Dan tentunya tanggungjawab mereka akan lebih besar. Dia sendiri tidak yakin akan kebolehannya. Namun itu tidak bermaksud dia tidak bersyukur.

"Tunggu abang balik. Abang temankan sayang." Senyuman tersungging pada bibir merah Azriel. Buatkan mata Humaira bersinar-sinar. Rasa semangat serta-merta mengalir dalam jiwa.

"Betul ni? Boleh?"

"Anything for you, sayang." Terus Humaira senyum lebar. Dia tahu. Azriel tidak membiarkan dirinya pergi seorang diri. Lelaki itu pasti akan lari dari kesibukannya semata-mata untuk tidak membiarkan dirinya keseorangan.

"Kalau abang tak boleh, it's okay. Maira pergi seorang diri. By the way, abang tahu tak hari ni hari apa?" Dia panggung kepala memandang suaminya. Sambil mengelipkan mata berkali-kali.

Azriel terngadah. Hanya diam menjadi jawapannya.

"Abang lupa?" Terus Humaira terduduk tegak. Senduk yang berada di hadapannya diambil dengan perasaan sedih. Tidak lupa dengan muka yang berubah masam.

"Apa dia, sayang? Maybe abang terlalu sibuk. Abang tak tahu. Hari ni birthday sayang?" tanya Azriel. Lembut nadanya. Tahu yang sebentar lagi pasti Humaira akan marah.

Terus Azriel buka kalendar telefon. Rasanya hari itu tiada apa-apa yang penting. Mana mungkin dia lupakan sesuatu yang penting.

"Tapi, hari ni bukan birthday sayang," katanya setelah diam sejurus. Wajah Humaira dipandang lagi.

"It's okay! Abang balik awal tak malam ni?" bidas Humaira. Dia ubah fikiran. Tak jadi nak merajuk. Alang-alang Azriel lupa, biar dia yang buat kejutan. Reward untuk Azriel.

"Abang balik lewat, sayang. Habis temankan sayang check up nanti, abang kena sambung kerja. Nanti abang usahakan balik awal. Okey?" balas Azriel.

"Okey!" Puas hati dengan jawapan Azriel, terus dia melahap makanan di hadapannya.

"Let me do the dishes." Seketika, Azriel berkata lagi. Dia berdiri kemudian laju mengambil apron. Disarungkan pada tubuh tegapnya.

"Nanti baju abang kotor. Letak pinggan tu balik!" marah Humaira. Dia berdiri di samping Azriel. Memerhati tingkah suaminya sendiri.

"Anggap yang abang tengah minta maaf sebab abang lupakan sesuatu pagi ni. Kalau tak, abang tak boleh dapatkan morning kiss abang," jawabnya. Seraya sebelah matanya dikenyit pada Humaira.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now