🌹
ROKOK yang berada ditangannya disedut senafas sebelum ditenyeh di dalam sebuah bekas. Air putih kemudiannya dituangkan ke dalam cawan. Lalu, ia diteguk rakus.
Ralit dia memandang wajah kusut Karl Azriel. Sudah berjam-jam lamanya mereka berada di tempat itu. Namun, sedari tadi jejaka itu berdiam diri. Jelas kedengaran nafas berat yang dihela terlepas pada bibir jejaka yang satu itu.
Mengutarakan kegusarannya dalam satu nafas yang panjang.
"Rilek lah. Lagipun bini sendiri, kan?" Luqman tersenyum kecil. Lebih tepatnya, mengejek. Baru pertama kalinya dia melihat tingkah Azriel yang tidak keruan. Tidak seperti sedia kala.
Karl Azriel meraup kasar wajahnya. Dia bersandar pada kerusi. Menatap kosong ke arah kipas yang laju berputar di atas sana. Pagi itu, dia langsung meninggalkan Humaira yang masih lena. Tanpa sempat bersua.
"Kau tak rasa ke yang aku ni pengkhanat?" Azriel mengubah posisinya. Dia terduduk tegak. Dingin raut wajah itu merenung Luqman yang berada dihadapannya.
Sebenarnya, dia sendiri boleh menjawab persoalannya itu. Sudah tentu dia telah berkhianat. Memainkan perasaan Humaira yang sama sekali tidak mengetahui apa-apa. Mengambil kesempatan di atas rasa percaya Humaira terhadapnya.
Belakang tengkuknya yang tidak gatal diusap berkali-kali. Terlakar jelas keresahan pada wajah kacak Karl Azriel. Seandainya Humaira mengetahui keadaan yang sebenarnya, mustahil rasa benci tidak berputik dalam hati wanita itu.
Kejadian semalam benar-benar berbekas di ruang ingatan. Mengundang selautan rasa bersalah dan sesal yang sudah pentan terus-menerus mengganggunya. Jika kebenaran terungkap, mungkin dirinya adalah lelaki yang paling dibenci oleh Humaira.
"Kau cakap, dia ada trauma. Apa hal?" Pertanyaan Azriel sebentar tadi dibiarkan berlalu. Soalan dibalas dengan soalan.
Luqman mengambil sebatang rokok, entah untuk kali yang keberapa. Setelah dinyalakan, ia disedut senafas. Pandangannya masih kekal tertumpu pada raut kusut Azriel.
"Aku dah tanya banyak kali. Dia tak nak jawab. Bila aku pegang bahu dengan belakang dia, dia takut. Tapi..." Azriel mengapuk rambut sendiri. Terlepas rengusan kasar pada bibir jejaka itu. Masih gusar. Lagi dan lagi, dia cuba mencari sekelumit ketenangan.
"Aku tak rasa yang dia mangsa rogol. I was her first." Mendengar itu, Luqman mengangguk. Laci meja ditarik, sebelum satu fail disuakan kepada Azriel.
"Satu tan mamat tu dah bawa lari pergi Itali. Markas dia dekat sana. We've got no time. Kalau tidak, makin banyak keldai dadah. Belum habis satu masalah dia buat, timbul lagi masalah lain." Giliran Azriel yang mengangguk-anggukkan kepala. Meneliti setiap maklumat dengan jitu.
"Bila?" ajunya.
Sudah setahun lebih masalah ini berlarutan. Nyawa, tenaga dan masa. Semuanya dipertaruhkan. Hanya untuk menangkap oportunis yang licik.
Penyeludupan dadah, kes rogol, pembunuhan dan perancangan sulit. Semuanya dilakukan oleh satu kumpulan penjenayah. Baru-baru ini, sindiket daripada kumpulan jenayah terancang itu sudah membawa pergi satu tan dadah ke luar sempadan negara. Bersama 70 laras AK47 yang dibawa lari ke Itali.
Sehingga detik itu, siapa yang mengetuai sindiket tersebut atau di mana 'sarang' utama mereka, belum dapat diketahui. Sudah banyak wanita dan kanak-kanak yang menjadi tebusan mereka. Dijadikan hamba seks atau dipaksa bekerja di rumah urut sebagai punca pendapatan bagi sindiket tersebut.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
Romance"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicar...