🌹
"BUKAN main masam muka you. Habis kena marah dengan Azriel?" Amanda yang baru sahaja terjengul, mengayun pertanyaan. Wajah kacak Arzhel dipandang. Tengok muka pun dah tahu jawapannya.
Biasanya di antara mereka, Arzhel yang paling tidak senang duduk diam. Paling lama berdiam mungkin hanya dalam 0.5 saat. Selepas itu, pasti meroyan tak tentu pasal. Kalau hidup dalam movie The Silence, Arzhel adalah karakter pertama yang akan mati dulu.
Ketika itu, Arzhel terlihat murung. Lebih murung daripada Rapunzel yang terkurung dalam bangunan tinggi sendirian. Sah! Ada yang tidak kena.
"Yang kau sibuk nak tahu kenapa?" Arzhel menjuihkan bibirnya. Tanda protes. Terus dia berdiri tegak. Kolar bajunya dikemaskan. Sebelum berdehem kecil.
"Hai, jaga seorang perempuan macam Humaira yang lembut tu pun tak boleh? Patutlah tak kahwin-kahwin." Seolah-olah sebuah sindiran, berdesing telinga Arzhel mendengarnya. Dia lihat Amanda tersenyum senget. Tersenyum penuh kemenangan. Puas!
"Ha, habis tu? Kau nak apa? Janganlah ngorat aku." Arzhel berpeluk pada tiang. Bersama wajah yang dibuat-buat cemas.
"Euw! Tak ada maknanya I nak ngorat you. Dekat sini lebih ramai yang elok. Setakat lelaki hauk yang pakej poyo macam you, tak hamak!" sembur Amanda. Jarang betul dia berdamai dengan Arzhel kecuali masa-masa genting yang mendesak.
"Aku cabai jugalah mulut itik kau ni. Muka macam aku ni, special! Mana kau nak dapat lelaki Kelantan mix Itali?" Arzhel meraup rambut tebalnya. Bangga. Walhal, dia bukanlah berdarah campuran. Seratus peratus Melayu juga.
"Mintalah dijauhkan," balas Amanda.
"Kau jangan. Terkadang, apa yang kita cakap akan makan diri kita sendiri. Mahunya Tuhan takdirkan aku untuk kau, macam mana? Kau kahwin dengan aku, aku balut badan kau ni pakai kain kafan." Arzhel menuding jari telunjuknya tepat-tepat pada wajah cantik Amanda.
"Kasarnya. Tak gentleman langsung!" Amanda menjodong.
"Dah kau pakai baju macam ni. Memang patutlah! Habis mata aku. Umi... Angah takut!" Arzhel menutup matanya. Terpaling jaga pandanganlah katakan.
"Rantai yang you pakai tu apa? Rantai haiwan?" sindir Amanda. Dah dua-dua tak mahu mengalah. Memang perang mulut jadinya.
"Rantai haiwan kau kata? Kau tahu apa? Aku bagi kau gambaran, kau dengan elok-elok. Kalau aku terjun dekat laut, lepas tu jerung gigit kepala aku, ngappp! Orang masih boleh tahu aku ni siapa even muka handsome aku dah hancur. Apa yang benak sangat engkau ni?" Rantai di lehernya diacungkan kepada gadis itu. Terpampang jelas ukiran nama Arzhel Qadr di situ.
"Bercakap dengan you memang asyik nak menang aje. Cuba tengok suami Humaira tu. Kalau Humaira marah-marah, dia mengalah. Bukannya membalas!" bidas Amanda.
"Itu suami Humaira. Yang depan kau ni calon suami anak tauke beras. Learn the difference!" Arzhel senyum lebar. Sekadar berseloroh. Tapi kalau dapat kahwin betul-betul dengan anak tauke, memang dia ulang-alik Watson setiap hari.
"Lah, ingat nak jadi suami I tadi."
"Bapa kau garang sangatlah. Buatnya dia minta hantaran 60K, terpaksa aku jual jantung dekat Itali." Arzhel menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Bapak I dah underground! Biadabnya you ni." Serentak itu, Amanda menjeling tajam. Kalau boleh, sampai terhiris kulit muka Arzhel gara-gara jelingannya.
"Eloklah tu. Ada juga kawan bapak aku dekat sana. Borak-borak kopitiam," jawab Arzhel.
"You tahu ke alam sana macam mana? Suka hati you nak buat jokes macam tu. Tak kelakar langsung " Amanda membidas.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
Romance"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicar...