🌹
"TAK tidur lagi?" Seraya itu, dia menoleh. Memandang Azriel yang baru sahaja terjengul. Dia sekadar menggeleng.
Mereka kini berada di ruang udara. Sudah lebih tiga jam lamanya. Semenjak kapal terbang berlepas, Azriel sibuk berbincang dengan Arzhel Qadr. Tidak lupa, Amanda terlibat sekali.
Sementara itu, dia menyibukkan dirinya. Macam-macam hal dia lakukan di situ sendirian. Sampailah dia lupa untuk tidur.
"Maira belum mengantuk lagi." Matanya masih terpaku pada tulisan-tulisan di atas lembaran sebuah novel. Dibelek, kemudian dibelek lagi. Kekadang senyum, namun terkadang marah juga.
Khusyuk dia membaca. Sampaikan banyak reaksi muka yang dia buat tanpa dia sedar. Nasib baik tidak ada yang menyaksikan adegannya menumbuk udara. Bergaduh dengan karakter yang tidak wujud nyatanya membuat dia gila untuk seketika.
"Tak nak share dengan abang?" Melihat Humaira yang sibuk dengan dunianya sendiri, dia duduk merapat. Tempat duduk yang seperti katil kecil itu cukup selesa. Memudahkan dia merapatkan jaraknya dengan Humaira.
"Mungkin tak ada yang menarik pada abang. Sebab abang tak suka novel. Orang yang tak suka membaca mana faham," balas Humaira. Terasa tubuhnya ditarik rapat oleh Azriel. Sehingga kepalanya kini beralaskan lengan jejaka itu.
Seketika, perbuatannya terhenti. Novel ditutup rapat. Peringatan pertama, jangan bagi orang lain tengok apa yang sedang dibaca. Peringatan kedua, jangan bagitahu apa yang sedang dibaca.
"Semua yang berkait dengan sayang, menarik pada abang. Now tell me, apa yang buat sayang tersenyum seorang diri?" Pandangan Azriel jatuh melihat tulisan yang terukir pada kulit buku yang berada di tangan Humaira.
"Mana abang tahu Maira senyum?" Dia mendongak. Pandangannya terus bersabung dengan tunak mata Azriel. Seolah-olah jejaka itu sedari tadi sudah bersedia melawan panahan matanya.
Dalam banyak-banyak ekspresinya, hanya senyuman yang Azriel tengok. Syukur!
"Abang dekat sana, berbincang banyak benda dengan Arzhel. Tapi hati dan fikiran abang tertinggal dekat sini." Entah nak senyum ataupun seram. Terus Humaira menjeling.
Nampak sangat lelaki itu lepasan diploma jurusan bahasa buaya. Huh!
"Maira baca novel. Novel ni, istimewa sangat pada Maira." Humaira tersenyum. Mengenangkan bagaimana naskhah itu memberi seribu makna yang maha dalam.
"Kenapa?"
"Kisah dia menarik. Hampir sama dengan kisah Nabi dan Saidatina Aisyah. Kalau abang nak tahu, novel ni abang yang bagi. Sebelum abang bertolak ke Itali tempoh hari." Itulah kenapa dia selalu membacanya. Berulang kali. Tidak pernah dia jemu.
Lagipun, seorang pembaca sepertinya memang mempunyai kebiasaan yang selalu dibuat. Satu buku, boleh jadi berkali-kali dikhatam.
"Nampaknya abang berjaya tawan hati sayang. Itu bermakna, hati sayang masih milik abang. Dan akan selalu abang huni." Tersungging senyum kemenangan pada bibir Azriel.
"Kenapa kisah dia hampir sama dengan kisah Nabi?" Azriel kembali bertanya.
"Hero dia penyabar. Dia tahu bila masa isteri dia marah dan bahagia. Minum pun, daripada bekas bibir isteri dia." Indah kisah cinta mereka yang tertulis.
"Dan kesayangan abang nak kan benda yang sama?" Azriel senyum. Dan tentunya, dia tidak keberatan. Anything for Humaira!
"Mestilah. Tapi, ada separuh daripada kisah mereka yang Maira tak suka." Humaira kembali bercerita.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
Romance"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicar...