Bab 11

51.4K 2.1K 108
                                    

🌹

DARI arah pantulan cermin sisi kereta, Humaira menatap wajah kuyu Tok Wan. Wanita tua itu setia berdiri menghantar kepergian mereka. Hari ini, seperti yang Azriel janjikan. Mereka akhirnya akan pulang ke rumah. Setelah kejadian semalam.

Pulang dengan segenggam lara. Jauh daripada menimang kenangan. Awalnya, dia berfikir bahawa kedatangannya di tempat itu akan mengukirkan masa-masa indah. Meskipun dirinya hanya diketahui sebagai Zaharah. Bukan Humaira.

Baru sahaja dia merasakan kenyamanan di saat dia menerima layanan yang baik daripada Tok Wan. Namun dia sendiri tidak menyangka bahawa dia harus pulang dengan kekecewaan.

Bukannya dia benci dengan kampung halaman itu. Tapi, kedatangannya ke tempat itu seolah-olah hanya untuk mendapatkan lebih banyak luka. Sedangkan luka lamanya, masih belum padam.

Humaira memandang langit yang masih gelap. Pasti sebentar lagi gelap itu jatuh. Kesunyian pasti datang lagi. Menemani siangnya dengan penuh suram.

Rumah, tempat dia berpulang tidak senyaman dulu. Begitu banyak masalah yang bertebaran. Begitu banyak nestapa yang mengundang.

Semalam, masih belum menjawab semua yang dia inginkan. Dia masih dilema. Permintaannya pada saat itu sepertinya berat untuk Azriel penuhkan. Tapi, kenapa?

Dia hanya menginginkan secebis ketenangan. Kegembiraan. Sama seperti wanita-wanita yang sudah bergelar isteri di luar sana. Adakah begitu sulit?

"Elok-elok bawa kereta!"

Hujung telinganya menangkap suara syahdu Tok Wan. Dia melirik. Melihat Azriel yang sedang menyalami tangan wanita tua itu.

"Aeril balik dulu. Tok Wan jaga diri. Jaga kesihatan. Mungkin, Aeril akan balik sini lama lagi. Aeril mesti rindukan Tok Wan." Dahi tokwan yang sudah berbelulang itu dikucup penuh kasih.

Sebelum akhirnya Azriel membuka langkah meninggalkan Tok Wan yang masih berdiri di tangga kayu yang usang itu. Menghantar pemergian Azriel dengan tunak mata yang kuyu.

Sebaik sahaja Azriel memasuki perut kereta, Humaira membuang pandang ke arah luar. Akankah detik itu, pertengkaran mungkin terjadi lagi?

Itulah yang dia takutkan.

"Kau okey? Muka kau nampak pucat," soal Azriel Ada kerisauan dalam gema suaranya. Bersama dengan pandangan yang redup.

"Saya okey." Hanya dua patah. Terasa liat mahu berkata panjang.

Sebelum mereka bergerak keluar dari rumah Tok Wan, reaksinya sama seperti itu. Hanya senyum hambar yang dia tayang kepada Tok Wan. Sementara yang lain, dia tidak melihat bayangan ibu dan ayah Sarah. Kelibat Sarah juga tidak kelihatan sejak pertengkaran besar semalam.

Mungkin, mereka malu. Ataupun keluarga kecil mereka juga sudah bertengkar hebat. Entah bagaimana nasib Sarah setelah kejadian itu. Dia malas mahu ambil peduli. Apa yang pasti, begitu sukar kata maaf meniti dibibirnya untuk Sarah.

Bohonglah kalau dia dengan mudah mahu memaafkan apa yang sudah Sarah lakukan. Namun, dia bukan pendendam. Mungkin ambil masa untuk dia berdamai. Syukur bila tiada apa yang terjadi kepadanya.

Adam pula, dia baru tahu lelaki itu bernama Adam. Lelaki yang katanya sudah berkali-kali menjadi buruan pihak polis. Tidak hairan jika hasutan yang Sarah berikan mudah untuk dia lakukan. Tapi entah apa yang berlaku pada jejaka itu sekarang.

"Adam dah kena tangkap." Seolah-olah tahu apa yang bermain pada benak Humaira ketika itu. Buatkan Humaira lekas menoleh memandang raut Azriel yang sita.

𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚Where stories live. Discover now