LEMAH gemalai tubuh Wafa yang sedang melangkah keluar dari tandas. Lilitan tudung di kepala juga sudah terbuka sepenuhnya, menampakkan mahkota indahnya yang selama ini cuba disembunyi dari mata-mata.
Mengucap panjang Althaf setelah melihat keadaan gadis itu. Mujurlah dia seorang saja yang ada di kawasan ini. "Wafa, kau dah kenapa?" Lekas-lekas Shawl di tangan gadis itu dirampas sebelum dia lilitkan ala kadar di kepala gadis itu.
"Abang Althaf, badan Wafa panas." Spontan kaki Wafa yang sedia longlai itu hilang kudratnya. Mujur ada tangan yang lebih pantas menyambut, tubuhnya selamat dari tersungkur.
Althaf buntu. Terketar-ketar tangannya yang mencempung tubuh kecil itu. Dia rasa sungguh berdosa walaupun situasi mereka sudah dikira darurat.
Baru saja dia hendak menapak meninggalkan kawasan itu, kakinya bagaikan terpaku sebaik melihat pantulan pada cermin. Kelihatan susuk tubuh pelayan yang menawarkan mereka minuman tadi sedang bersembunyi di sebalik dinding.
Rahangnya terketap geram, tipulah kalau dia cakap dia masih tidak tahu bahan apa yang telah dimasukkan ke dalam minuman Wafa sehingga gadis itu bertindak sebegini sekali.
"Abang Althaf."
Seruan halus Wafa menerbitkan dengusan kasar keluar dari bibir Althaf. Serabutnya!
Seusai memastikan persekitarannya kosong dengan susuk tubuh manusia, langkahnya dibawa masuk ke dalam satu bilik yang berhampiran. Tubuh Wafa dibaringkan ke atas katil berhati-hati, bimbang jika menyakiti. "Lepaskan leher aku, Wafa." Suaranya keras memberi amaran.
Wafa menggeleng sambil bibir bawahnya digigit kuat, cuba menahan diri dari mengeluarkan kata-kata yang bakal dia sesal esok hari. Tapi bahasa tubuhnya kini betul-betul mahukan sesuatu yang dia tidak pernah rasai sebelum ini. Kepalanya terasa pening yang menggila, boleh tidak waras jika dia tidak mengawalnya.
Althaf mendengus lagi. Cuba bersabar, dia menarik nafas panjang. Sebuah bekas bersaiz kecil yang dipenuhi dengan pil berwarna putih dikeluarkan. Sebiji diambil sebelum dia sumbat ke dalam mulut Wafa secara paksa.
Efek kuat daripada ubat itu, perlahan-lahan mata Wafa melayu dan spontan lengan yang melilit di leher Althaf itu melonggar.
"Tunggu sini. Jangan keluar."
Dalam keadaan separuh sedar Wafa mendengarnya.
Balkoni luar menjadi tujuan Althaf. Pintu balkoni itu dikunci, tidak mahu Wafa datang hampirinya walaupun dia pasti sekarang gadis itu sudah mula diulit lena. Hanya satu langkah berjaga-jaga, risau menjadi satu fitnah nanti kalau mereka ditangkap berdua-duaan di dalam satu kamar.
"Aryan, tolong hantarkan satu helikopter untuk aku." Sebaik panggilan bersambut, dia mengajukan arahan tanpa huraian. Ringkas dan tegas.
"Ada apa-apa yang terjadi ke dekat sana?" Aryan di talian menyoal, risau. Luar biasa sungguh permintaan adiknya itu kali ini.
"Yes, something happened. Please hurry!" gesa Althaf.
"20 minit."
Spontan tangan Althaf naik memicit pelipis sebaik menerima jawapan daripada abangnya itu. "Tak boleh pendekkan lagi, ke?" Dia tidak mahu berlama dengan Wafa yang dalam keadaan sebegitu. Pelbagai fitnah boleh timbul jika mereka berdua disedari mata-mata lain.
"Aku akan cuba."
Panggilan tamat.
TERGESA-GESA Aryan berlari mendekati susuk adiknya yang sedang mencempung seseorang sebaik turun dari helikopter. "Apa yang dah jadi, Thaf?" soalnya dengan nafas yang termengah-mengah.
YOU ARE READING
Cinta Sejati
RomanceIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...