ALTHAF sempurnakan solatnya dengan bacaan doa. Seusai mengaminkan, isterinya yang santai berbaring sambil menatap telefon pintar dikerling berulang kali. Sekonyong-konyong berasa gugup, belakang tengkuk yang langsung tidak gatal digaru. Otak ligat berfikir, bagaimana dia mahu memujuknya isterinya?
Beberapa minit berteleku di atas sejadah, akhirnya Althaf bangun setelah penat mencari idea. Sejadah dilipat sebelum disangkutkan pada penyidai pakaian. Songkok di kepala turut dibuang dan diletakkan di atas tempat yang sama Wafa meletakkan barang-barang mekapnya.
Katil dituju. Althaf berdiri lama di sisi katil itu sebelum dia perlahan-lahan membaringkan badan. Jarak kedudukan antara dia dan Wafa pada malam ini begitu jauh, tidak seperti malam-malam sebelumnya. Nampak yang Wafa betul-betul marah dengan dia.
"Wafa," panggilnya, mencuba basib.
"Hmm." Sembari mata tidak beralih pada skrin telefon, hanya itu yang dibalas Wafa. Suaranya kedengaran bosan.
Althaf tersenyum kecil. Merajuk macam mana pun Wafa terhadap dia, Wafa tak pernah biadap dengan dia. Setiap kali dia panggil, gadis itu pasti akan menyahut. Tanggungjawab sebagai seorang isteri juga masih gadis itu laksakan dengan sempurna.
"Boleh kalau abang nak cakap dengan Wafa sikit?" Sempat Althaf telan liurnya sebelum mendapat ilham untuk membahasakan dirinya abang.
Wafa pula bagai terkena renjatan elektrik, seluruh tubuhnya mengeras. Tindakan spontan, perlahan-lahan badannya yang pada mulanya membelakangi lelaki itu dibawa supaya bertentang dengan suaminya itu.
"Cakap apa?" Nada dikekalkan biasa. Wafa tidak mahu menampakkan yang sebenarnya dirinya suka dengan cara Althaf bahasakan diri sendiri tadi. Bergetar jiwa dan raga. Sampai lumpuh satu badannya buat seketika.
"Abang minta maaf sebab dah lukakan hati Wafa dengan kata-kata abang semalam. Abang tak berniat pun nak buat Wafa terasa, cuma Wafa yang tak mahu dengar abang cakap sampai habis." Sungguh, Althaf rasa mahu menyorok dalam selimut sekarang juga! Malunya tak terkata!
Entah kenapa, sewaktu pertama kali dia bahasakan dirinya abang dulu tidaklah kekok sebegini. Tapi kini, berbeza. Siap pakej dengan degupan jantung mengiringinya.
Bibir Wafa akhirnya melengkung dengan senyuman. Manis. Sangat manis pada pandangan Althaf. Tak tipu, tapi sempat buat lelaki itu terpukau seketika.
"Kenapa Wafa senyum?" soal Althaf, tidak mengerti.
"Kan Wafa dah cakap yang abang tak perlu minta maaf sebab Wafa akan selalu maafkan abang," beritahu Wafa bersama senyumannya yang masih melebar. Jujur dia tak boleh tahan bibirnya dari melengkung ke atas apabila gelagat Althaf begitu mencuit hati.
"But still, I need to apologise. Tak kira sebesar mana pun perasaan Wafa pada abang, when I do wrong, I need to be sorry. Because you deserve that, and I'm not taking it easy just because you love me so much."
"Your love is not to be taken for granted, but cherished. Abang hargai cinta Wafa pada abang." Althaf tersenyum lagi, spontan. Entah mengapa, tapi hatinya rasa tenang setelah meluahkan rasa itu.
"Instead of appreciating it, why don't you accept it and try to love me back?" soal Wafa dengan penuh harapan di dada. Pun begitu, dia tetapkan hadnya. Sebab dia tahu apa akibatnya bila terlalu berharap pada manusia.
"Kenapa perlu mencuba kalau abang sudah pun melakukannya? Abang already loves you, Wafa. I don't know since when, but I love you, Wafa. Damn much!"
"Ke perasaan cinta abang masih tak sampai kepada Wafa? Macam mana nak suruh perasaan itu terasa ke hati Wafa? Kena sentuh macam ni, ke?" Sambil mengutarakan soalan yang bertalu-talu, tangan Althaf laju bergerak mengambil tangan Wafa dan lekapkan pada dadanya. Mahu suruh isterinya rasa degupan jantungnya yang menggila.
YOU ARE READING
Cinta Sejati
RomanceIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...