Bab 25

2.2K 117 0
                                    

"WAFA, abang minta maaf kalau rumah ni buat Wafa tak selesa." Sebaik saja mereka berdua menapak ke dalam rumah, Althaf mengucapkan kata maaf lagi.

"Abang, kan Wafa dah cakap yang Wafa okey. Kenapa abang risau sangat ni?" soal Wafa. Naik rimas pula dia apabila lelaki itu tidak henti-henti memohon maaf kepadanya.

"Tengoklah rumah ni, Wafa. Terlalu sempit." Bebola mata Althaf bergerak mengelilingi ruang rumah itu. Dekat ruang tamu itu, hanya boleh memuatkan sebuah sofa dan televisyen. Membuktikan betapa sempitnya rumah dia.

Wafa hela nafas berat. Entah bagaimana lagi dia mahu yakinkan suaminya yang dia selesa. Memanglah betul bahawa rumah ni sempit, tapi tak adalah sesempit yang macam Althaf cakap itu.

"Wafa tak kisah, abang. Asal boleh hidup berdua dengan abang, hidup dalam kesempitan pun Wafa sanggup." Sempat Wafa menyelitkan kata-kata manisnya.

"Ya ke?" Althaf tayang muka ragu-ragu, sengaja.

"Abang ni selalu persoalkan kenyataan Wafa. Kenapa? Abang tak percaya Wafa ke?" Kedua belah mata Wafa sudah mengecil.

"Guraulah. Tu pun nak marah." Mahu memberhentikan pertikaian kecil itu, Althaf merangkul mesra lengan Wafa sebelum dia mengajak wanita itu sama-sama masuk ke dalam kamar tidur mereka.

"Ni, bilik kita. Sempit, kan?" Perkataan sempit yang keluar dari mulut Althaf buat Wafa mula sedut nafas panjang, hendak mengumpul kesabaran.

"Wafa dengar abang sebut perkataan sempit lagi, Wafa kepil mulut abang dengan pengepit yang ada dekat dapur tu," ugut Wafa, geram.

"Wafa berani, ke?" Althaf langsung tidak tergugat.

"Abang cabar Wafa, ke?" Kening Wafa sudah terangkat sebelah. Mahu membuktikan bahawa dia tidak main-main, rangkulan tangan Althaf ditepisnya. Baru saja dia hendak mula melangkah keluar untuk ke dapur, lekas-lekas lengannya ditahan.

"Tak, abang gurau aje tadi." Althaf akhirnya mengangkat bendera putih.

Wafa berpeluk tubuh. Tahu pun takut! "Now, I wanna ask you a serious question." Wajah serius dipasang.

"Go on."

"Abang ada banyak duit, kan?"

Kening Althaf berkerut. Pelik dengan soalan isterinya. "Ada, kenapa?"

"Kenapa tak guna duit abang tu untuk beli rumah baru?" Itu yang buat Wafa tertanya-tanya sejak dalam kereta lagi. Duit belambak, takkanlah tak mampu nak beli rumah yang lagi besar?

Bukan dia tidak bersyukur dengan rumah yang ada sekarang, cuma dia bosan mendengar perkataan yang sama berulang kali daripada suaminya. Sempit! Sempit! Sempit! Berbuih dah mulut dia ni terangkan yang dia tidak kisah tentang ruang. Lagipun, mereka hanya duduk berdua.

"Abang rasa dah tiba masanya untuk abang jujur dengan Wafa." Althaf tarik nafas panjang -panjang, bersiap sedia.

"Tentang?"

"Tentang perkahwinan kita."

"Okey."

"Abang sebenarnya ajak Wafa kahwin sebab abang nak ambil alih syarikat atuk. Since the only condition untuk abang dapatkan atuk punya approval is getting married, hanya Wafa satu-satunya perempuan yang ada di fikiran abang ketika itu. Dan lepas keluaga abang pergi masuk meminang Wafa tu, abang tak sangka yang papa dan mama nak percepatkan tarikh. Jadi abang tak sempat nak buat preparation apa-apa sebab abang betul-betul sibuk uruskan hal syarikat atuk. I need to attend meetings almost everyday."

"Not surprised." Wafa tayang wajah selamba. Salah satu sangkaannya mengena. Mungkin tidak setepat-tepatnya, tapi tidak juga jauh terpeleset dari apa yang dia andaikan selama ini.

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now