"FINALLY!" Serentak Wafa dan Elisya bersorak sebaik saja mereka menapak keluar dari dewan peperiksaan. Gembira setelah menamatkan pengajian mereka setelah tiga tahun menempuhinya bersama-sama.
"Malaysia, I'm coming!" jerit Elisya, riang. Tidak sabar mahu pulang ke tanah air setelah lebih dari setahun dia menetap di sini. Rindu nak hirup udara di Malaysia!
"Kau balik dengan siapa?" Wafa buat-buat tanya.
"Kau kan kena duduk dengan hubby kau dekat sini, memang aku balik sorang-soranglah jawabnya!" Elisya menjeling Wafa yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya itu.
"Boleh ke balik sorang-sorang? Nak aku teman tak?" soal Wafa, serius. Dia tak kisah pun kalau Elisya minta dia temankan. Boleh dia ambil kesempatan untuk menjenguk keluarganya buat beberapa hari.
"Kau ingat aku ni kanak-kanak ke, Puan Wafa?"
"Kau kan penakut." Selamba Wafa berkata. Dulu, selagi dia tak bersetuju untuk menemani Elisya pulang ke Malaysia, sampai ke sudahlah Elisya tak jejak lapangan terbang itu.
"Dulu."
"Ye la tu."
"Ya la," tekan Elisya. Sejak kedua ibu bapanya meninggal setahun yang lepas, dia sudah mula belajar untuk berdikari memandangkan dia sudah tiada sesiapa untuk bergantung lagi. "Buy the way kan, mana hubby kau? Dia tak datang jemput kau ke harini?" Dia ubah topik. Biasanya, selepas saja mereka keluar dari dewan peperiksaan, mesti kelibat Althaf yang sedang tercegat menunggu Wafa menyapa pandangan. Pelik pula apabila lelaki itu tidak kelihatan hari ini.
"Entahlah." Wafa angkat bahu. Mungkin Althaf sibuk.
"Korang bergaduh, ke?" Menangkap mimik muka Wafa yang sudah berubah, Elisya bertanya.
"Taklah."
PENUH berhati-hati Wafa menguak pintu rumah. Althaf yang sedang berbaring di atas sofa yang berada di ruang tamu itu dikerling sekilas sebelum dia mengeluh lemah. Sudah beberapa kali dia menangkap kelibat Althaf yang termenung sorang-sorang bagai laki mati bini.
Bila dia tanya, laju saja Althaf mengelak dari memberi jawapan. Akhirnya, sampai sekarang dia membiarkan saja Althaf hanyut dalam dunia sendiri. Nak tanya lebih-lebih kan, dia takut Althaf tak selesa bila dia terus memaksa.
"Wafa dah balik?" Althaf bangun dari baringan. Rambutnya yang serabai dibetulkan sedikit sebelum dia bergerak ke arah Wafa.
"Ya, Wafa dah bukan student dah!" Wafa tersengih ceria. Tangan Althaf dicapai sebelum dia tunduk mengucup kekura tangan suaminya itu.
"Tahniah." Althaf tersenyum lebar, menumpang gembira isterinya. "Wafa pergilah mandi dulu, abang nak pergi hidangkan makanan untuk Wafa kejap. Abang masakkan lauk kegemaran Wafa tau." Althaf kenyitkan mata dengan senyuman yang bergantayangan di bibirnya. Kemudian, dia bergerak ke dapur kecil mereka.
Wafa hanya menghantar figura Althaf dengan lirikan mata. Sampai bila suaminya mahu berpura-pura kelihatan baik-baik sahaja?
"ABANG, are you okay?" Wafa henyakkan duduk di sebelah Althaf yang sedang ralit menonton televisyen. Atau lebih tepatnya, termenung.
"Okey." Althaf senyum nipis. Kepala Wafa ditarik lalu direhatkan ke atas dadanya. Tangan mengelus lembut rambut Wafa yang panjang sehingga ke paras pinggang itu.
"Kenapa abang tak beritahu Wafa kalau abang ada masalah?" soal Wafa apabila merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk terus mengabaikan keadaan suaminya itu. Makin bertambah teruk pula dia lihat!
Tangan Althaf yang mengelus rambut Wafa terhenti. Lama dia mengunci mulut sebelum dia akhirnya berkata, "It will stressed you out if I say what's on my mind out loud." Kemudian, rambut isterinya itu kembali dielus.
YOU ARE READING
Cinta Sejati
RomansaIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...