TUBUH tegap suaminya, Wafa peluk bagai tidak mahu lepas. Masih tak bersedia untuk berpisah dengan Althaf.
Althaf pula sudah mengerling jam di pergelengan tangannya. Dia sepatutnya bergerak sekarang jika tidak mahu terlambat! Sudah hampir 15 minit mereka berpelukan sebegini. Risau pula dia kalau terlepas flight nanti.
"Wafa, Althaf dah kena pergi tu." Zayn mencelah. Faham dengan isyarat yang diberi Althaf supaya dia datang membantu.
"Bila abang nak datang sini lagi?" soal Wafa. Air mata yang mula mengalir ke pipi dikesat dengan hujung lengan baju. Mesti Althaf ingat dia ni mengada. Sikit-sikit menangis. Sikit-sikit merajuk.
Tapi, dia tak boleh nak kawal perasaan ni. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh jadi terlalu sensitif dan manja sebegini.
"Kalau abang free, abang datanglah. Tapi abang tak janji tau. Abang dah mula sibuk dengan syarikat atuk. Kena jumpa doktor lagi."
Alasan-alasan yang diberi Althaf itu memecahkan esakan Wafa.
Althaf dan Zayn mula cuak. Sempat mereka bertukar pandangan pelik dengan karenah Wafa yang tiba-tiba. Dah la dekat tengah-tengah jalan! Habis mereka dipandang curiga oleh orang yang lalu-lalang.
"Wafa, janganlah macamni. Nanti terlepas pula flight Althaf tu." Zayn datang memujuk.
"Kan abang dah cakap, kalau abang free abang datang jenguk Wafa dekat sini," pujuk Althaf pula bila pujukan Zayn tidak dilayan.
"Nanti kalau Wafa rindu abang macam mana? Siapa nak kucupkan dahi Wafa tiap-tiap pagi? Siapa yang nak dengar Wafa bercerita tentang novel-novel yang Wafa baca nanti? Siapa yang nak peluk Wafa masa tidur nanti?" rengek Wafa. Masih enggan mahu melepaskan Althaf pergi. Malah semakin dikemaskan lengannya yang melingkar di pinggang lelaki itu.
Althaf sudah garu kepala, buntu. Nak pujuk macam mana lagi ni? Sedari tadi, dah bermacam cara dia dan Zayn guna, tapi satu pun tak menjadi!
Zayn juga sudah mati akal. Tak pernah dia lihat Wafa meragam macamni!
"Kita boleh video chat, Wafa" Althaf masih cuba memujuk.
"Tak nak! Tak sama!" rungut Wafa. Air mata yang bercucuran dibiarkan membasahi pipi. Langsung tiada niat mahu menyeka.
"Hujung minggu ni abang datang lagi." Pilihan terakhir Althaf. Haraplah berkesan.
"Betul?" Esakan Wafa berhenti mendadak, bagai mentol yang terpadam apabila suisnya ditutup. Wajah suaminya dipandang dengan air yang masih tersisa dalam mata.
Entahlah kenapa dengan dia, tiba-tiba buat perangai harini. Nak cakap lapar, dia dah kenyang. Nak cakap mengantuk, dia tidur lena dalam dakapan Althaf semalam.
Tak minta banyak, tapi dia harap sangat Althaf tak rimas hendak melayan segala karenah dia.
"Betul." Althaf mengangguk yakin. Terpaksalah dia kosongkan jadualnya untuk hari sabtu dan ahad nanti. Namun, dia lega. Nak tinggal pun senang hati apabila tangisan Wafa sudah terhenti.
"Janji?" Wafa hulurkan jari kelingkingnya.
"Janji." Laju Althaf tautkan jari mereka. Nak tergelak pun ada bila dia tengok wajah Wafa yang sudah comot dengan air mata dan hingus itu. Lengan kamejanya digunakan untuk mengesat hingus wanita itu. Kalau dia tahu ada drama air mata, dari awal lagi dia dah sediakan tisu.
"Kotor baju abang." Wafa tersipu-sipu. Gentleman betul Althaf ni!
"It's okay, darling." Althaf sengih. Pipi Wafa yang sudah timbul tompokan merah dikucup sekilas sebelum pengunguman kedengaran.
YOU ARE READING
Cinta Sejati
RomanceIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...