"KAU buat apa dekat Wafa?" Tiba saja Althaf di sisinya, terus Amjad bertanya.
"Buat apa? Maksud kau?" Althaf menyoal kembali. Kurang faham dengan soalan yang diberikan kepadanya tadi.
"Maksud aku, macam mana kau boleh buat Wafa jatuh cinta dengan kau? Aku tak faham."
"Maksud kau, macam mana aku boleh buat Wafa jatuh cinta dengan aku selepas segala trauma yang kau beri?" Dalam tenangnya, sempat Althaf menyelitkan sindiran. Ringkas, namun mendalam.
Lambat-lambat, Amjad mengangguk. Terasa, tapi sedar itu silapnya.
"Well apparently, my existence alone is enough to make her fall in love. Aku tak perlu usahakan apa-apa untuk dapatkan dia." Althaf mengutarakan fakta. Jika diputar waktu kembali, tidak pernah sekali pun dia mencuba untuk memikat hati Wafa. Wafa saja yang tiba-tiba boleh tertarik kepadanya.
"Kenapa kau tanya?" Lama menunggu Amjad merespons, Althaf menyoal lagi.
"Aku cuma pelik, Wafa tak semudah itu untuk didapatkan." Amjad jauh termenung, barangkali sedang memutar kembali kenangan lalu. Mengingati bagaimana dia mendapati wanita itu, bagaimana dia meraih persetujuan kedua-dua keluarga, dan bagaimana dia menghancurkan segala perkara yang sudah terikat dengan sekelip mata.
"Ya, tak semudah itu untuk dapatkan dia. She's expensive and she knows her value. She deserves to look for her own man rather than the man who's looking for her because her standards are way too high, so not just any man can win her heart."
"She wins men, not men win her. Itu Wafa yang aku kenal."
"Jadi Wafa yang terhegeh-hegeh dekat kau? That's so unlike her."
"Taklah, mana ada. Dia tak terhegeh-hegeh pun walaupun dia yang jatuh cinta dengan aku dulu. Dia ada beberapa kali cuba pikat aku, in her own decent way, tapi semua itu sia-sia. Sebab apa? Sebab kehadiran dia pun dah cukup buat aku terpikat."
"Lepas kau tanya macam ni kan, kau pula yang buat aku tertanya-tanya... memandangkan Wafa susah untuk didapati, kau guna cara apa untuk dapatkan dia dulu?"
Amjad terkedu. Bibirnya bagai digam, satu patah perkataan pun dia tidak mampu untuk ucap sekarang.
"Tak apa, kau tak perlu jawab soalan aku. Sebab nanti, lebih daripada jawapan yang aku nak aku akan dapat." Althaf tidak memaksa. Akhirnya, dia pergi setelah merasakan yang perbualan mereka telah selesai.
"ARGHHH!!!" Hampir bergegar satu rumah dengan jeritan Wafa. Mana dia tak terkejut kalau tiba-tiba ada orang menceroboh biliknya saat dia sedang berkemban sebegini?
"Kau dah kenapa?" Althaf berpura-pura tidak mengerti dengan jeritan Wafa itu. Pintu yang masih terbuka kecil dia tutup sebelum selaknya dikunci.
"Ni kan bilik Wafa, abang kenalah ketuk pintu dulu! Mana boleh terjah masuk macam tu saja," marah Wafa lagi, tidak puas hati. Dia dapat rasa yang wajahnya sudah membahang sekarang ni.
"Dan aku adalah suami kau. Salah ke kalau aku nak masuk bilik isteri sendiri?" Wafa yang statik berdiri di hadapan cermin, Althaf dekati.
Wafa pula bila nampak saja Althaf buka langkah untuk menghampirinya, lekas-lekas dia angkat kakinya supaya berundur ke belakang sehinggalah langkahnya terhenti sendiri saat belakang tubuh sudah bertemu dengan vanity mirror.
"Abang dah kenapa?" Meskipun sedang gugup, Wafa tetap memberanikan diri untuk mendongak kepala. Anak matanya yang bergetar-getar dipaksa untuk melawan renungan suaminya. Pandangan suaminya itu lembut, tapi sangat menusuk. Menusuk ke mana?
YOU ARE READING
Cinta Sejati
RomanceIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...