Bab 29

1.4K 87 3
                                    

"CANTIK cincin." Fawwad menegur sebaik Wafa melabuhkan duduk di hadapannya.

Wafa tersenyum kekok. "Terima kasih."

Melihat wajah mendung Fawwad, Elisya hela nafas lemah. Kasihan pula dia menyaksikan cinta bertepuk sebelah tangan lelaki itu. Sudah hampir tiga tahun lelaki itu memendam perasaan, tidak penat, ke?

Lagipun, Wafa memang dari awal lagi menoktahkan lelaki itu agar berhenti berharap. Sedikit pun Wafa tidak memberi apa-apa harapan. Dia pun dah banyak kali beri nasihat, tapi satu pun tak jalan.

"Macam mana dengan progress assignment group kita? Kau orang dah buat ke part masing-masing?" Sambil menyuapkan makanan di mulut Elisya, Wafa bertanya.

"Dah siap dah. Tapi Firash punya part aku tak tahu," jawab Fawwad. Teh ais di hadapannya yang belum disentuh diteguk sekali lalu. Membasahkan tekak yang kering.

"Haah, mana Firash, eh? Aku tak nampak lagi batang hidung dia harini." Pandangan Elisya meliar ke serata kafe, mencari kelibat lelaki itu. Kemudian, mulut dinganga apabila tangan Wafa bergerak untuk menyuapnya.

"Submission minggu ke berapa, eh?" soal Wafa. Terlupa due date assignment mereka. Ada dia catat di dalam buku notanya, tapi malas mahu ambil di dalam beg kerana tangannya yang penuh dengan nasi.

"Minggu ke 13, tapi aku tak pasti tarikh dia berapa. Sekarang dah minggu ke 12, jadi dalam seminggu lagi la sebelum kita kena hantar," beritahu Elisya.

"Hai, korang." Firash datang melabuhkan duduk di sebelah Fawwad. Sepinggan mi goreng dan segelas kopi ais diletakkan ke atas meja.

Elisya menggelengkan kepala. "Aku dengan Wafa dah nak habis sepinggan, tapi kau baru nak makan."

Bibir Firash terjongket sebelah. "Kau dua orang tu berkongsi, lainlah. Itu pun entah habis ke tidak," balasnya. Biasanya, dia dan Fawwad la yang selalu habiskan makanan dua gadis itu.

Serentak Wafa dan Elisya menjeling kepada Firash. Biarlah apa yang dikata lelaki itu betul pun, tapi mereka tak mahu mengaku!

Ternampak figura profesor kesayangan Wafa sedang berjalan ke arah kafeteria itu, Elisya menyenggol Wafa di sebelahnya.

Wafa menjongketkan kening melihat kawannya itu.

"Suami kau," bisik Elisya.

Terus Wafa menoleh ke belakang, melihat suaminya yang sedang beratur membeli makanan. Ini kalau orang tak tahu yang Althaf itu pensyarah, mesti dah lama pelajar-pelajar dekat sini mengorat. Itu pun masih ramai yang cuba untuk masuk jarum. Mujurlah suaminya itu bukan jenis yang melayan!

Pabila mata mereka bersabung, cepat-cepat Wafa tundukkan pandangan. Takut menerima tatapan lelaki itu. Garang sungguh! Dia ada buat silap, ke?

Akhirnya, persoalan itu dibiarkan tergantung saja. Malas mahu memeningkan kepalanya dengan lelaki itu buat masa sekarang. Kepalanya sudah cukup serabut dengan assignments yang berlambak dan perlu dihantar dengan segera.

"SIAPA lelaki yang dekat kafe tadi?"

Baru saja sebelah kaki Wafa masuk ke dalam kereta, Althaf sudah mengajukan soalannya.

"Kalau ya pun cemburu, biarlah Wafa ni masuk dalam kereta elok-elok dulu, abang." Wafa menahan gelak melihat wajah cemberut suaminya. Comel betul! Rasa macam hari-hari nak buat lelaki itu cemburu!

"Jawab soalan abang." Althaf memulakan panduan.

"Tadi ada dua lelaki, jadi yang mana satu abang maksudkan? Atau kedua-duanya sekali?"

Cinta SejatiWhere stories live. Discover now